Wednesday, November 16, 2011

Misi Belajar Fareez Iskandar!

Hari ini dah bermula kemasukan pelajar-pelajar baru untuk program Diploma ke UiTM. Masih terasa keseronokan mendaftar sebagai pelajar baru kat UiTM Shah Alam 12 tahun lalu. Ececeyyy.. Apa taknya teruja okeih sebab dapat keluar jauh dari negeri sendiri. Walaupun sebelah negeri saje tiap kali nak balik kampung bukan main seronok. Siap takleh tidur malam tu sebab nak naik bas balik kampung punya pasal. Tiap kali naik bas tu feel dia memang tak boleh nak cakaplah. Sapa-sapa student yang balik kampung naik bas tau lah perasaannya macamana. Takleh nak kabor kan rasenyerrrr. ;))) 

Subuh tadi family Kak Ina dan Mak dah bergerak ke Kelantan untuk hantar anak sulungnya kat UiTM Machang. Rasanya dia ambil kursus Diploma Pengurusan Maklumat kalau tak silap aku. Ni kalau arwah Ayah masih ada ni mesti dia pun sibuk nak ikut sekali. Arwah ni dulu kalau bab berjalan memang dia taknak tinggal. Walaupun tau dia tak larat tapi tetap nak ikut jugak. Tu yang kitorang kadang-kadang malas nak bawak dia. Tapi kalau tinggal kang kesian lah pulak. Rindunya kat Ayah! ;((





Baju biru Amirul (anak Kakni) dan baju kuning tu lah Fareez.


Teringat pulak masa dia dengan Paktam (adik aku si Kocey) jaga arwah Ayah kat hospital. Disebabkan dah berkampung kat hospital tu sampai mak guard dah kenal dia. Ada sorang mak guard india ni suka sangat nyakat si abang ni "Budak Ensem". Hehehe. Celah mana ensem ntah. Kalau senyum tak nampak gigi memang ada lah sikit ensemnya. Tapiiiiiii kalau bukak je mulut nampak gigi...danggggg terus misi gagal. Bukan apa gigi agak tak beratur lurus. Dah tu belum habis sekolah dah hisap rokok gigi pun berkarat. Gelik mak nengok okeih. Jadinya sebelum pergi hari tu aku dah banyak kali bebel suruh pergi scaling gigi dulu. Ntah dah buat ke belum. Nanti ada duit boleh pakai pendakap gigi pulak kasik lagi ensem. 

Besok pulak keputusan peperiksaan UPSR akan keluar. Berapa lah si Along (Amirul) ni dapat ntah. Aku pulak tak sabar nak tau. Biasa lah budak darjah nam kan bukan nak belajar sangat. Macam aku dulu langsung tak tengok buku tu yang dapat 3A 1B je. Kira ok la time tu kan. Sekarang tak dapat beb. Budak sekarang pandai-pandai. Sapa tak dapat semua A memang malu. Mak bapak tak berani nak tunjuk muka.


Untuk abang,
Kata-kata nasihat dari makcikmu...
Belajar sungguh-sungguh ye.. Jangan sia-siakan harapan mama, abah, adik, nana, opah, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan semua sepupu-sepapat kau ni. Kalau ada apa-apa bagitau cik ati tau. Kami doakan yang terbaik untuk abang. Tapi kalau fail siaplah ye.. Parang atuk menanti kau kat depan pagar rumah. Thihihihi.. Gurau je. 





No comments: