Friday, November 4, 2011

Malam Ini Ada Kenduri Arwah

Petang nak balik ke kampung halaman. Ingat nak hilang terus je tapi adik pulak nak ikut. Terpaksa lah menunggu sampai dia habis kerja. Kacau plan betul lah. Tapi bagus gak dia ada. Malas nak drive karang boleh suruh dia kan? Bijok bijok... Ehehe


Balik kampung kali ni jugak bukan sebab sekadar nak menyambut raya Aidil Adha sahaja. Adik-beradik dah start berhimpun kat rumah sekarang ni untuk persiapan kenduri arwah ayah kesayanganku malam ini selepas Isyak. Pejam celik pejam celik dah genap 44 hari ayah meninggalkan kami. Moga ayah tenang di sana. Y_Y





Batu nisan ayah pun rasanya dah siap. Boleh lah pasang sekali besok. Kami adik-beradik yang tempah batu nisan dan binaan kubur (aku lupa pulak apa nama dia) untuk ayah. Setengah orang kata tak elok buat binaan macam tu kat kubur. Menyakitkan si mati katanya. Itu wallahualam. Bagi kami takda niat nak sakitkan or bebankan si mati cuma sekadar untuk memperingati arwah. Lagipun bukan buat binaan yang grand-grand pun. Sekadar yang dibenarkan sahaja.  


Untuk yang balik kampung jugak tu, hati-hati ye ketika memandu. Selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca (err ada kew?). Jangan makan daging korban banyak-banyak, nanti diet anda terkorban sama. Pesanan untuk diri sendiri. Kbai. o(^.^)o


4 comments:

adek debab debot said...

selamat hari raya aidiladha cik yatt..
:)

nkara said...

atin balik kg ke?
dah dtg umah punnnn... ;(

sibussukkkbuntal said...

balik kampung lah cik yatt...
ibu nak gerak balik n9 malam tuu jugak...
if not memang paklong akan amek g sane lepas abes paper tuh...

nkara said...

tu le pasal..takpe2 nanti kenduri 100hari kena datang..hehe