Wednesday, November 30, 2011

Kasut Baru ;)

Errrr...lagiiiiiiii (kasut dah penuh satu kereta tapi pakainya tidak)

Wah kemain kau kan entry sehari sampai tiga. Macam takda kerja. Hidup senang lenang nampak kan. Abanganglong takda gini lah gayanya. Semua berhiphiphorei seharian. Besok dia masuk mesti kalut dengan urgent, segera, hari ini juga, bagi petang ni dateline petang ni jugak. Mangkuk tingkat berhayun tak? Tensi akak tau huh!

Petang-petang ni saja lah kan sambil OT hujung bulan ni masing-masing tenang je kan. Nak pulak Abanganglong takda lagi lah bertambah tenang. Jadinya nak lah bercerita pasal kasut baru yang aku terbeli (eh!) hari tu tuuuuuuu... 





Puma = laju naik tangga :)

Kononnya kalau naik tangga bukit tongek ke kelas nanti bertambah kelassssss ko jahhhhhh!!! Ke ada harapan terperap dalam kotak tak bukak-bukak? Oh harapannya tidak lah kan. Punya jenuh ni aku carik merata Al-Ihsan asyik takda saiz je. Kalau ada pun selalu tinggal yang ...... (freeze kejap sebab lupa perkataan tu hampeh) 


Hmmmm...

Ahhh tak ingat sampai kesudah. Jenuh aku dok pikir.. Ala kira last pairs lah. Tester punya. Orang dok pakai sampai kembang dah kasut tu. Takan aku nak ambik jugak pakai sebelah kembang sebelah kuncup kan.

Well, kasut belum jejak tanah lagi tau. Hanya bersiaran di dalam bilik only. Nak pergi kelas ahad ni baru nak pakai. Kompom laju naik tangga kalah orang lain. Wakakakakakahkahkah...