Thursday, November 10, 2011

Ini Betul-Betul, Bukan Cobaan

Kerja semakin mentimbun-timbun di atas meja ni. Baru siap yang tu, yang ni pulak datang. Baru nak buat yang ni, yang tu pulak masuk. Baru nak tegakkan tulang belakang, kena bongkok balik. Tak habis-habis menghadap komputer, buku servis, penyata cuti etc. Bukan nak merungut. Selagi itu namanya kerja sampai pencen tak habis kecuali kau yang 'habis' (senang cakap mati).

Tu tang kerja. Tang belajar ni pulak lain halnya. Semester ni aku rasa kelam-kabut sikit lah. Padahal bawak 3 subjek sahaja tapi ketidak-sempatan nak buat assignment mengalahkan bawak 5 subjek macam dulu tu. Taktau lah faktor tempat kerja atau tuannya sendiri. Dulu kerja relaks sikit. Maksud aku takda lah relaks sangat. Masa tu buat latihan. Kerja bermusim. Ada kursus, jadik urusetia. Orang dengar kursus, aku kat belakang boleh lagi pulun setelkan assignment mana yang patut. Sekarang ni dok jaga servis. Macam-macam kena pikir. Semua benda berkaitan kepuasan hati pelanggan. Lambat buat kang kena marah dengan bos. Tu dah mentambahkan stress yang memang sedia ada sejak-menjak masuk seksyen ni. Tapi tu lah namanya kerja kan? Kerja kena amanah. Kerja kena ikhlas. Kerja untuk meneruskan hidup. Takda kerja takda duit pulak. Camna nak shopping? Ehh.

Lagi satu yang memfeningkan otak aku adalah kenaikan tahap lelemak di tempat-tempat tertentu ni. Apa taknya, asal tension sikit je ngap. Asal stress je ngap. Kalau dah hari-hari tension camna? Dah lah memang kuat mentedarah. Tang perut, tang vontot, tang peha. Aaaaaaaaa... sendiri punya pun takut nak tengok.

Ada tak cara bagi kurus tanpa senaman, tanpa perlu ikat perut, tanpa perlu tengok lebihan lemak ni? Kalau ada sila lah membagi cadangan. Aku makin mengajah dah ni. ThxKbai. 0(^^)0



5 comments:

Cik Mai said...

haha...aku sokom...sem nie busy bebeno la la wei....ni aku tgh berdoa jgn la dorg nak pindah opis time2 nie....pengsan wo.....

sibussukkkbuntal said...

ape kate cik yatt gune losyen ginger :) buley tolong kowt... ^^

nkara said...

cik mai,
betol la kan..sem ni memang hectic banget! tak sabo lak abihkan cepat..adoyai

nkara said...

atin,
dah lame bli losyen ginger tu..mula2 rajin la sapu..lama2 malas..

sebenonye PEMALAS...tu yg susah nak kurus...wawawawawaaaaa

SanaSiniKalerMerah said...

memang susah nak buang malas tu.huhu.. dah follow sini ;)