Wednesday, November 30, 2011

I'm Sorrrryyyyyyyyy


Pernah tak kau orang benci dengan perangai sendiri?

Aku pernah. Bukan takat pernah je selalu menyampah dan benci dengan sesetengah perangai sendiri yang nampak nau tak matang. Sesetengah ye, bukan semua. Bluwek ;p

Paling aku benci dengan perangai cepat emosi ni. Sensitip lah kiranya. Bukan lah sensitip sangat. Eh gitu lak. Macam ni ceritanya. Al-kisah mulut aku ni kadang-kadang berpuaka jugak. Cakap lepas. Tak heran perasaan orang. Bila orang cakap lepas dan tak heran perasaan aku tau lak aku emosi. Lebih kurang camtu lah.

Macam tadi, ada lah seorang bos ni mengcommunicator aku. Tanya pasal aku dan dia. Si bos ni tau kisah aku dan dia ni sebab diorang berkawan baik. Selalunya aku layan baik-baik punya. Tapi entah mengapa hari ni mood spoiled. Lu tegur wa time tak kena lah bro. Tiba-tiba wa touching pulak. Wa boleh meraban marah-marah dia tapi dalam comm lah, luaran tak pernah ok. Jaga air muka. Hihihi. Pastu aku boleh pulak sound kawan baik aku ni supaya dia jangan bagitau apa-apa kat si bos ni sebab tu bos dia bukan bos aku bos aku samdol. Hahaha. Faham? Kawan baik aku ni dah lah nak bertukar minggu ni aku lak buat spoiled. Padahal aku bukan nak baran kat dia pun. Aku mintak ampun lah kot-kot dia terbaca ni. Ampunkan aku dulu, kini dan selamanya sebab perangai emosi aku ni memang terburuk sekali di pasaran.

Ok berbalik pada kisah bos ni. Bos ni agaknya sentap kot tetiba aku hangin dengan dia terus call aku. Aku lak dah tau itu suara dia lagi bikin kerek. Ni lagi satu perangai aku benci. Suka buat-buat kerek tu pasal orang tak suka aku tapi itu lah aku. Siapa kenal tau lah, siapa tak suka aku nak buat camna kan? *Buat muka sedih*

Pastu bos ni selepas dibikin kerek oleh aku, comm aku lagi sekali untuk say sorry. Aku ni pulak balas nak tak nak je. Ni lagi satu perangai aku tak suka jugak. Orang dah mintak maaf buat tak reti kan? Jahat betul aku ni kan? Tapi bos...lu tak salah pun, wa yang salah. ;(

Aku bukan apa sekarang ni macam-macam hal jadik. Hari-hari aku pikir kenapa aku tak boleh hidup senang. Bukan senang bab wang ringgit, tapi hidup bahagia macam orang lain. Bahagia yang macamana cukup aku seorang je yang tau ok. Kang panjang berjela lak karangan ni. ;D Aku banyak sakitkan hati orang kah? Selalu ngumpat bos bersama rakan-rakan kah? Dalam berkasihan pun asyik nak bergaduh. Benda kecik je pun tapi gila touching. Mungkin asyik makan hati makanya tu yang meletup tu. Kebaboommm!

Hidup berkasih-kasihan tu saling lengkap-melengkapi kan. So, aku tengah cari jalan memotivasikan perangai buruk aku ni. Aku taknak hilang sesiapa. Taknak hilang kawan. Nanti hidup aku sunyi beb... :(



2 comments:

Princess Nur said...

takpe..berubah pelan2 k :)

nkara said...

tu la kan... :(
insyaAllah....