Friday, November 18, 2011

Hitam Kuning


Wah tajuk kemain taknak kalah okeh. Orang sibuk post pasal bola kau pun sibuk sama. Orang cerita pasal bola kau pun taknak mau kalah nak jugak sama naik bercerita pasal bola. Padahal baru tengok sikit dah menguap mata terkebil-kebil. Macam malam tadi lah. Siap mandi awal dok depan tv nak tengok Harimau lawan Garuda. Tengah syok dorang mulakan permainan, aku masuk bilik bergayut. Alih-alih dengar orang sebelah rumah kuat gila bersorak. Aiseh ni sapa gol lak ni? Nasib baik Harimau Malaya yang gol kan. Orang dah habis sorak baru lah aku ngan budak rumah nak sorak. Kelakar. Pastu ingat nak sambung tengok. Mata dah berair dah ni menahan mengantuk. Terus terlelap. Sampai ke pagi pulak tu. Sapa menang pun taktau. Boleh gitew?

Tahniah untuk Harimau Malaya yang telah mengalahkan Garuda 1-0. Boleh masuk final eh? Aku ni bukan lah peminat bola nombor satu. Takat mensibukkan diri boleh lah. Kehkehkehhhh. T_______T



Meh layan lagu sikit pagi-pagi ni kasik semangat untuk Harimau Malaya kitewwww...






p.s. Syabas Malaysia!!!







2 comments:

Cik Mai said...

haha..sama ngan aku..mandi siap2 ingat nak tengok bola..da janji ngan laki aku siap nak masak megi layan bola nie..tengaok s.last2 lena dibuai mimpi..chaiiitt betol aku ....

nkara said...

kite mmg ditakdirkan tido dari tgk bola ni mai...hahaha