Wednesday, November 30, 2011

Kasut Baru ;)

Errrr...lagiiiiiiii (kasut dah penuh satu kereta tapi pakainya tidak)

Wah kemain kau kan entry sehari sampai tiga. Macam takda kerja. Hidup senang lenang nampak kan. Abanganglong takda gini lah gayanya. Semua berhiphiphorei seharian. Besok dia masuk mesti kalut dengan urgent, segera, hari ini juga, bagi petang ni dateline petang ni jugak. Mangkuk tingkat berhayun tak? Tensi akak tau huh!

Petang-petang ni saja lah kan sambil OT hujung bulan ni masing-masing tenang je kan. Nak pulak Abanganglong takda lagi lah bertambah tenang. Jadinya nak lah bercerita pasal kasut baru yang aku terbeli (eh!) hari tu tuuuuuuu... 





Puma = laju naik tangga :)

Kononnya kalau naik tangga bukit tongek ke kelas nanti bertambah kelassssss ko jahhhhhh!!! Ke ada harapan terperap dalam kotak tak bukak-bukak? Oh harapannya tidak lah kan. Punya jenuh ni aku carik merata Al-Ihsan asyik takda saiz je. Kalau ada pun selalu tinggal yang ...... (freeze kejap sebab lupa perkataan tu hampeh) 


Hmmmm...

Ahhh tak ingat sampai kesudah. Jenuh aku dok pikir.. Ala kira last pairs lah. Tester punya. Orang dok pakai sampai kembang dah kasut tu. Takan aku nak ambik jugak pakai sebelah kembang sebelah kuncup kan.

Well, kasut belum jejak tanah lagi tau. Hanya bersiaran di dalam bilik only. Nak pergi kelas ahad ni baru nak pakai. Kompom laju naik tangga kalah orang lain. Wakakakakakahkahkah...


I'm Sorrrryyyyyyyyy


Pernah tak kau orang benci dengan perangai sendiri?

Aku pernah. Bukan takat pernah je selalu menyampah dan benci dengan sesetengah perangai sendiri yang nampak nau tak matang. Sesetengah ye, bukan semua. Bluwek ;p

Paling aku benci dengan perangai cepat emosi ni. Sensitip lah kiranya. Bukan lah sensitip sangat. Eh gitu lak. Macam ni ceritanya. Al-kisah mulut aku ni kadang-kadang berpuaka jugak. Cakap lepas. Tak heran perasaan orang. Bila orang cakap lepas dan tak heran perasaan aku tau lak aku emosi. Lebih kurang camtu lah.

Macam tadi, ada lah seorang bos ni mengcommunicator aku. Tanya pasal aku dan dia. Si bos ni tau kisah aku dan dia ni sebab diorang berkawan baik. Selalunya aku layan baik-baik punya. Tapi entah mengapa hari ni mood spoiled. Lu tegur wa time tak kena lah bro. Tiba-tiba wa touching pulak. Wa boleh meraban marah-marah dia tapi dalam comm lah, luaran tak pernah ok. Jaga air muka. Hihihi. Pastu aku boleh pulak sound kawan baik aku ni supaya dia jangan bagitau apa-apa kat si bos ni sebab tu bos dia bukan bos aku bos aku samdol. Hahaha. Faham? Kawan baik aku ni dah lah nak bertukar minggu ni aku lak buat spoiled. Padahal aku bukan nak baran kat dia pun. Aku mintak ampun lah kot-kot dia terbaca ni. Ampunkan aku dulu, kini dan selamanya sebab perangai emosi aku ni memang terburuk sekali di pasaran.

Ok berbalik pada kisah bos ni. Bos ni agaknya sentap kot tetiba aku hangin dengan dia terus call aku. Aku lak dah tau itu suara dia lagi bikin kerek. Ni lagi satu perangai aku benci. Suka buat-buat kerek tu pasal orang tak suka aku tapi itu lah aku. Siapa kenal tau lah, siapa tak suka aku nak buat camna kan? *Buat muka sedih*

Pastu bos ni selepas dibikin kerek oleh aku, comm aku lagi sekali untuk say sorry. Aku ni pulak balas nak tak nak je. Ni lagi satu perangai aku tak suka jugak. Orang dah mintak maaf buat tak reti kan? Jahat betul aku ni kan? Tapi bos...lu tak salah pun, wa yang salah. ;(

Aku bukan apa sekarang ni macam-macam hal jadik. Hari-hari aku pikir kenapa aku tak boleh hidup senang. Bukan senang bab wang ringgit, tapi hidup bahagia macam orang lain. Bahagia yang macamana cukup aku seorang je yang tau ok. Kang panjang berjela lak karangan ni. ;D Aku banyak sakitkan hati orang kah? Selalu ngumpat bos bersama rakan-rakan kah? Dalam berkasihan pun asyik nak bergaduh. Benda kecik je pun tapi gila touching. Mungkin asyik makan hati makanya tu yang meletup tu. Kebaboommm!

Hidup berkasih-kasihan tu saling lengkap-melengkapi kan. So, aku tengah cari jalan memotivasikan perangai buruk aku ni. Aku taknak hilang sesiapa. Taknak hilang kawan. Nanti hidup aku sunyi beb... :(



Layan Lagu Kejap

Now Playing : Joe Brooks - Holes Inside






When all that you've tried, leaves nothing but holes inside, 
It seems like you're wired, to stay here held in time, 
Cuz nothing seems to change, oh no. 
No nothing's gonna change, at all. 
I can see it in your face, the hope has gone away. 

if you hold tight, shadows will be lost in the light. 
Oh cuz sometimes, fate and your dreams will collide. 
So don't walk away from me, 
Don't walk away from me, 
Don't walk away from me. 

Your feet are stuck, no they cannot move, 
Don't tell me that they're glued, 
Sure they're far from 
At home, at ease but give sometime to breathe 

Cuz nothing seems to change, oh no. 
No nothing's gonna change, at all. 
I can see it in your face, the hope has gone away. 

But if we hold tight, shadows will be lost in the light. 


Oh cuz sometimes, fate and your dreams will collide. 
So don't walk away from me, 
Don't walk away from me, 
Don't walk away from me. 

Oh, 'cuz everything will be okay
I know that it's so easy to say, 
But the pain inside will fade, 
Please tell me that you'll stay. 

If we hold tight, shadows will be lost in the light. 
cuz sometimes, fate and your dreams will collide. 
When all that you´ve tried leaves nothing but holes inside...




p.s. Dari semalam aku dok meng-google-ing siapa lah penyanyi lagu ni. Dah lah taktau tajuk lagu, nama penyanyi lagi lah. Nasib baik dengar FlyFM online. Okbye.





Tuesday, November 29, 2011

Oghang Peghelih Mai Sini



Baca : Orang Perlis Datang Sini ;D

Yes, buruk benar bila orang berlagak key ell bercakap slanga utara kan? Nak ngeja bukan main susah. Sambil menaip sambil terbelit-belit lidah aku. Ni kalau Ann (kawan pejabat duduk belakang partition) nampak ni mesti dia ingat aku dah bertukar jadik orang kurang upaya. T___T

Semalam keluar bersosial dengan sahabat lama aku, Linda Sweet (errr patut kah aku letak perkataan itu?). Linda ni bekas kawan sepejabat aku dulu. Tapi dia orang lama lah. Masuk kerja dulu dari aku. Mula-mula kenal terus jadik geng. Tiap hari jadik driver babylis (nama kereta kelisa dia) sebab dia adalah seorang pembawa kereta yang pemalas. Faham tak? 

Sempena dia dapat cuti kebajikan (katanya cuti yang diberikan oleh ketua jabatan atas sebab-sebab tertentu, tapi bila kena call WAJIB balik semula ke pejabat walau apa jua keadaan pun. Faham?) kami pun plan mau ketemu. Port wajib mestilah Alamanda. Kenapa lah Putrajaya ni tak bukak shopping complex lain? Terseksa batinku sebagai penduduk tetap Putrajaya ni. Adoi.



Port mula-mula wajib serbu...


Sudah semestinya McDonalds! Linda cakap kat Perlis takda McD dan dia nak buat cadangan masa pilihanraya akan datang supaya kerajaan bina kedai McD kat sana. Hohoho..



Lepaih tu sini pulak...


Depa ni dok bergambaq ja.. Padahal bukan tengok Puss In Boots tapi Aku Bukan Tomboy! Kahkahkah.



Lepaih tu lagi...


Test suara pulak di Superstar Karaoke Box Alamanda. Depa ja yang nyanyi pun. Cheq sedaq sora cheq tak sedap tu sebab cheq diam ja. Cheq layan iPad ja. Pandai Linda bodek cheq na.. Dia takut cheq tamau ikut depa test sora kataq depa. HaHaHa.


Lepaih tu kami bawak Linda ke The Mines pulak. Lagipun aku pun dah lama tak jalan-jalan sini. Lepaih tu masing-masing rambang tengok kasut. Nasib baik cheq tak beli sebab cheq dah terbeli dua pasang kat Alamanda tadi. Mampuih!




Penat berjalan singgah A&W kejap menghilangkan dahaga dan lenguh-lenguh kaki. 



Malam tu balik dengan keletihan dan kena marah. Sekarang tengah melancarkan operasi "Ops Rajuk". >_<"



Friday, November 25, 2011

Mama Janganlah Menangis


Harian Metro, 25 November 2011



Kisah adik Aqil Hafiy sebelum ni pernah aku tulis. Semoga Elyza tabah dengan dugaan ini dan adik Aqil kembali sihat. Kita doakan sama-sama ye kawan-kawan...




Thursday, November 24, 2011

A Thousand Years

The Twilight Saga : Breaking Dawn - Part 1 dah keluar di pawagam hari ni. Cadangnya nak tengok tapi tiket tak beli lagi. Confirm tiket dah sold out ni. 







Antara soundtrack untuk filem ini. Dah berpuluh kali dengar dari pagi tadi. 







Ni lagi satu official lirik video yang memang cun. 

Kbai. ;D




Wednesday, November 23, 2011

Pemain Bola Antarabangsa Puji Harimau Malaya



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KahKahKahKah...
Angkat dua ibu jari lahhhh..!!!

Indo atau Indon?




Filem pendek dari dua mahasiswa. Seorang dari Malaysia dan seorang dari Indonesia yang belajar di Malaysia. 


Teringat pulak pada seorang pakcik dari Indonesia di kampung aku. Kami panggil Wak Parjo. Cari rezeki buat kerja-kerja pembinaan. Arwah ayah selalu panggil dia bila nak besarkan dapur, tambah tandas dan bilik air, pasang jubin dan lain-lain. Selesa dan rapat dengan keluarga aku sampaikan arwah pernah cemburu bila dia bergelak-gelak dengan mak aku. Padahal bukan ada apa-apa pun cuma mak seronok dapat bercakap jawa dengan dia. 


Tapiiiiiii...jangan ada hati sudah lah. Confirm kena mandi bunga buang sial sebab mak langkah bendul!!!  Y____Y



Tuesday, November 22, 2011

Garuda Hanya Mitos, Harimau Malaya Realiti

Miauuuuuu...
Eh, aaaaaaaaaaaauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmmm!!!




Syabas Harimau Malaya atas kemenangan malam tadi. Berjaya jugak membaham Garuda di lautan Gelora Bung Karno. Muahahaha. Aku yang bukan peminat bola ni pun boleh layan sampai habis. Sangat tak percaya! Paling kagum macamana peminat-peminat fanatik Garuda boleh menghilangkan diri dalam tempoh singkat macam tu. Sangat unbelievable dong ahhh! 

Dah macam tengok cerita hantu rasanya. Punya lah seram dan suspen nak mamposss... Siap tutup muka pakai tangan pastu tengok celah-celah jari. Boleyyyy???


Malaysia Boleh! 



Monday, November 21, 2011

Orang Pergi Haji Pun Dah Balik. Kau Baru Nak Cerita???


Ehek ehek ehek...
Bukan apa... Baru ada masa senggang nak bercerita. Draf entry dah separuh punya lah lama baru sekarang nak sambung balik. 




Perghhhh. Bukan takat air liur je yang meleleh ni serbaneka air pun boleh meleleh sama.


Ada nasik impit, ketupat, lemang, rendang ayam dan jugak rendang kuning ayam pencen. Malangnya ini semua bukan aku yang masak. Mak dengan kakak aku yang bertungkus-belemoih masak dari pagi hingga ke pagi. Maksudnya dari pagi sebelum hari raya haji tu sampai ke pagi hari raya haji. Gila tak? Sebabnya dorang malas nak masak malam. Semua pakat nak tidur awal. So subuh-subuh kena bangun masak. Dorang lah...aku cam biasa masih di atas katil sedang bermimpi sambil menikmati keenakan bau-bauan rendang di dapur. Hehehe. Paling aku suka rendang kuning ayam pencen tu lah. Kena berguru dengan mak ni. Kalau tak rugi wooo.. Mensesal tak berguna nanti.


Raya haji kali ni disambut tanpa Ayah. Selalunya masa nak raya camni Ayah lah yang kulu-kilir carik buluh lemang. Ayah kata kalau lemang takda bukan raya namanya. Oh nangis. Ingatkan raya ni taknak buat lemang dah, nak beli je. Tapinya masing-masing dok buat muka sedih sebab takleh masak lemang sendiri. Alih-alih Acey dah siap cari buluh lemang kat belakang rumah. Walaupun buluh tu sedikit kurus tapi apa ada hal. Janji raya ada lemang. Hoyeh hoyeh.




Mak tengah masukkan daun pisang dalam buluh lemang.




Buluh yang telah dipersiapkan. Lepas masukkan beras pulut dengan santan dalam tu and then boleh bakar. Kali ni kita bakar ye..selalunya pakai rebus dalam tin tu. Tin bawah taruk air pastu tutup atas dengan satu lagi tin. Disebabkan tin dah berlobang terpaksa lah buat proses pembakaran.




Siap buat ketupat lah kannnn... Raya puasa hari tu pun tak buat.




Dalam ramai-ramai hanya sorang je pandai anyam ketupat. Thihihihi.
Harapkan abang ipar aku ni sorang je pandai anyam ketupat..orang lain berbakat dalam menketedarah boleh lah.. Eheksss..


Raya haji pun dah rasa macam tak complete bila arwah takda. Macamana raya puasa tahun depan? Mesti syahdu gila kan? Sobs sobs sobs...Y_Y


Friday, November 18, 2011

Pontianak Dan Serigala Kacak



The Twilight Saga : Breaking Dawn - Part 1
Release date : 24 November 2011 
Synopsis : The Quileute and the Volturi close in on expecting parents Edward and Bella, whose unborn child poses different threats to the wolf pack and vampire coven. (Source : Nusantara Edaran Films)


Mesti peminat cerita Twilight melompat-lompat nak tengok filem ni kan? Aku ni takda lah dikategorikan peminat kipas-susah-mati tapi boleh lah nak layan. Sama jugak lah naik melompatnya. Gedik kannnnn.. Macam biasa aku minat cerita ni sebab pelakon-pelakonnya yang berjaya mengetuk pintu hatiku. Ececeyyy.


Ok boleh sambung overtime dan buat assignment. Bai.


Hitam Kuning


Wah tajuk kemain taknak kalah okeh. Orang sibuk post pasal bola kau pun sibuk sama. Orang cerita pasal bola kau pun taknak mau kalah nak jugak sama naik bercerita pasal bola. Padahal baru tengok sikit dah menguap mata terkebil-kebil. Macam malam tadi lah. Siap mandi awal dok depan tv nak tengok Harimau lawan Garuda. Tengah syok dorang mulakan permainan, aku masuk bilik bergayut. Alih-alih dengar orang sebelah rumah kuat gila bersorak. Aiseh ni sapa gol lak ni? Nasib baik Harimau Malaya yang gol kan. Orang dah habis sorak baru lah aku ngan budak rumah nak sorak. Kelakar. Pastu ingat nak sambung tengok. Mata dah berair dah ni menahan mengantuk. Terus terlelap. Sampai ke pagi pulak tu. Sapa menang pun taktau. Boleh gitew?

Tahniah untuk Harimau Malaya yang telah mengalahkan Garuda 1-0. Boleh masuk final eh? Aku ni bukan lah peminat bola nombor satu. Takat mensibukkan diri boleh lah. Kehkehkehhhh. T_______T



Meh layan lagu sikit pagi-pagi ni kasik semangat untuk Harimau Malaya kitewwww...






p.s. Syabas Malaysia!!!







Thursday, November 17, 2011

You Better Watch Out Dude


Source : Facebook






Aku hairan dengan diri-sendiri dua tiga menjak ni. Senang sangat terasa hati. Mudah amat membuat muka monyok moncong (eiiii gila buruk) bila kecik hati dengan orang. Padahal sebelum ni tak pernah macam ni. Tipu lah tak pernah kan. Maksudnya kurang lah berperangai buruk sedemikian rupa. Nak kata simptom-simptom awal period bukan. Monopaus lagi lah bukan. Mungkin aku perlu pergi bercuti agaknya. Tengok tempat-tempat yang indah ke..cari makanan yang sedap-sedap ke..tengok muka orang selain dari budak-budak pejabat ni ke..atau yang paling senang bercuti di rumah je. Pulun tidur sampai lebam. Bangun makan pastu tidur balik. Fuhhhh indahnya dunia. Hihihi. 

Hmmm..kena fikirkan ni. Tapi selepas peperiksaan akhir semester bulan Januari tahun hadapan lah. Haihhhh...lambatnya.

Nahas Ke Tempat Kerja

Kejadian berlaku pagi semalam ketika penjawat awam sibuk mengejar parking dan takut terlambat punch card di tempat kerja.




Menurut kata sumber-sumber gosip di pejabat, kereta kancil mahu membelok ke kiri. Pada masa itu terdapat sebuah bas yang berhenti dan mahu meneruskan perjalanan. Sang Kancil tersebut memintas bas itu dengan selambanya sebab sang kancil ingat dia telah berjaya mengalahkan Sang Nadi Putra. Malangnya Sang Kancil tersilap perhitungan maka berlaku lah adegan pergolekkan di tepi simpang tersebut dengan keempat-empat tayarnya ke atas. Amat tragis tetapi nasib baik tiada kehilangan jiwa berlaku. Pemandu kancil iaitu seorang wanita yang nyatanya bukan budak Wisma Sumber Asli telah terselamat. Sampai sekarang identiti sebenar wanita tersebut dirahsiakan mungkin kerana nak menjaga air muka kancilnya kot.



Untuk gambar lagi jelas. Mana tau ada sesiapa kawan-kawan yang kenal ini kancil kan. 





Bangun awal untuk jiwa selamat ke tempat kerja. Malang tidak berbau seperti durian. Perghh.. Dappppnyaaaaa durian. Hohohooo..  



Wednesday, November 16, 2011

Misi Belajar Fareez Iskandar!

Hari ini dah bermula kemasukan pelajar-pelajar baru untuk program Diploma ke UiTM. Masih terasa keseronokan mendaftar sebagai pelajar baru kat UiTM Shah Alam 12 tahun lalu. Ececeyyy.. Apa taknya teruja okeih sebab dapat keluar jauh dari negeri sendiri. Walaupun sebelah negeri saje tiap kali nak balik kampung bukan main seronok. Siap takleh tidur malam tu sebab nak naik bas balik kampung punya pasal. Tiap kali naik bas tu feel dia memang tak boleh nak cakaplah. Sapa-sapa student yang balik kampung naik bas tau lah perasaannya macamana. Takleh nak kabor kan rasenyerrrr. ;))) 

Subuh tadi family Kak Ina dan Mak dah bergerak ke Kelantan untuk hantar anak sulungnya kat UiTM Machang. Rasanya dia ambil kursus Diploma Pengurusan Maklumat kalau tak silap aku. Ni kalau arwah Ayah masih ada ni mesti dia pun sibuk nak ikut sekali. Arwah ni dulu kalau bab berjalan memang dia taknak tinggal. Walaupun tau dia tak larat tapi tetap nak ikut jugak. Tu yang kitorang kadang-kadang malas nak bawak dia. Tapi kalau tinggal kang kesian lah pulak. Rindunya kat Ayah! ;((





Baju biru Amirul (anak Kakni) dan baju kuning tu lah Fareez.


Teringat pulak masa dia dengan Paktam (adik aku si Kocey) jaga arwah Ayah kat hospital. Disebabkan dah berkampung kat hospital tu sampai mak guard dah kenal dia. Ada sorang mak guard india ni suka sangat nyakat si abang ni "Budak Ensem". Hehehe. Celah mana ensem ntah. Kalau senyum tak nampak gigi memang ada lah sikit ensemnya. Tapiiiiiii kalau bukak je mulut nampak gigi...danggggg terus misi gagal. Bukan apa gigi agak tak beratur lurus. Dah tu belum habis sekolah dah hisap rokok gigi pun berkarat. Gelik mak nengok okeih. Jadinya sebelum pergi hari tu aku dah banyak kali bebel suruh pergi scaling gigi dulu. Ntah dah buat ke belum. Nanti ada duit boleh pakai pendakap gigi pulak kasik lagi ensem. 

Besok pulak keputusan peperiksaan UPSR akan keluar. Berapa lah si Along (Amirul) ni dapat ntah. Aku pulak tak sabar nak tau. Biasa lah budak darjah nam kan bukan nak belajar sangat. Macam aku dulu langsung tak tengok buku tu yang dapat 3A 1B je. Kira ok la time tu kan. Sekarang tak dapat beb. Budak sekarang pandai-pandai. Sapa tak dapat semua A memang malu. Mak bapak tak berani nak tunjuk muka.


Untuk abang,
Kata-kata nasihat dari makcikmu...
Belajar sungguh-sungguh ye.. Jangan sia-siakan harapan mama, abah, adik, nana, opah, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan semua sepupu-sepapat kau ni. Kalau ada apa-apa bagitau cik ati tau. Kami doakan yang terbaik untuk abang. Tapi kalau fail siaplah ye.. Parang atuk menanti kau kat depan pagar rumah. Thihihihi.. Gurau je. 





Tuesday, November 15, 2011

Kabus Di Putrajaya

Wow! Pagi yang nyaman..

Errrrr setakat ini lah kan. Petang kang lain cerita. Enaknya kalau masih diselubungi gebor (selimut) dan bergolek-golek di tilam yang empuk kan? Oh amat heaven rasanya.





Pagi ni kabus agak tebal. Adakah sebab hujan petang semalam sampai ke pagi? Atau masalah pencemaran yang semakin berleluasa? Anda fikirlah sendiri.

Aku tengah fikir nak makan apa pagi ni. Nasik lemak ke mee goreng ke? Susah nak memilih tu kalau itu je pilihan yang ada. Atau haruskah aku memilih kedua-duanya???

Jeng jeng jeng...

Nantikan episod 'Aku Makin Mengajah' akan datang. Kbai! Y____Y



Thursday, November 10, 2011

Ini Betul-Betul, Bukan Cobaan

Kerja semakin mentimbun-timbun di atas meja ni. Baru siap yang tu, yang ni pulak datang. Baru nak buat yang ni, yang tu pulak masuk. Baru nak tegakkan tulang belakang, kena bongkok balik. Tak habis-habis menghadap komputer, buku servis, penyata cuti etc. Bukan nak merungut. Selagi itu namanya kerja sampai pencen tak habis kecuali kau yang 'habis' (senang cakap mati).

Tu tang kerja. Tang belajar ni pulak lain halnya. Semester ni aku rasa kelam-kabut sikit lah. Padahal bawak 3 subjek sahaja tapi ketidak-sempatan nak buat assignment mengalahkan bawak 5 subjek macam dulu tu. Taktau lah faktor tempat kerja atau tuannya sendiri. Dulu kerja relaks sikit. Maksud aku takda lah relaks sangat. Masa tu buat latihan. Kerja bermusim. Ada kursus, jadik urusetia. Orang dengar kursus, aku kat belakang boleh lagi pulun setelkan assignment mana yang patut. Sekarang ni dok jaga servis. Macam-macam kena pikir. Semua benda berkaitan kepuasan hati pelanggan. Lambat buat kang kena marah dengan bos. Tu dah mentambahkan stress yang memang sedia ada sejak-menjak masuk seksyen ni. Tapi tu lah namanya kerja kan? Kerja kena amanah. Kerja kena ikhlas. Kerja untuk meneruskan hidup. Takda kerja takda duit pulak. Camna nak shopping? Ehh.

Lagi satu yang memfeningkan otak aku adalah kenaikan tahap lelemak di tempat-tempat tertentu ni. Apa taknya, asal tension sikit je ngap. Asal stress je ngap. Kalau dah hari-hari tension camna? Dah lah memang kuat mentedarah. Tang perut, tang vontot, tang peha. Aaaaaaaaa... sendiri punya pun takut nak tengok.

Ada tak cara bagi kurus tanpa senaman, tanpa perlu ikat perut, tanpa perlu tengok lebihan lemak ni? Kalau ada sila lah membagi cadangan. Aku makin mengajah dah ni. ThxKbai. 0(^^)0



Wednesday, November 9, 2011

Gadis Seperti Aku

Friday, November 4, 2011

Malam Ini Ada Kenduri Arwah

Petang nak balik ke kampung halaman. Ingat nak hilang terus je tapi adik pulak nak ikut. Terpaksa lah menunggu sampai dia habis kerja. Kacau plan betul lah. Tapi bagus gak dia ada. Malas nak drive karang boleh suruh dia kan? Bijok bijok... Ehehe


Balik kampung kali ni jugak bukan sebab sekadar nak menyambut raya Aidil Adha sahaja. Adik-beradik dah start berhimpun kat rumah sekarang ni untuk persiapan kenduri arwah ayah kesayanganku malam ini selepas Isyak. Pejam celik pejam celik dah genap 44 hari ayah meninggalkan kami. Moga ayah tenang di sana. Y_Y





Batu nisan ayah pun rasanya dah siap. Boleh lah pasang sekali besok. Kami adik-beradik yang tempah batu nisan dan binaan kubur (aku lupa pulak apa nama dia) untuk ayah. Setengah orang kata tak elok buat binaan macam tu kat kubur. Menyakitkan si mati katanya. Itu wallahualam. Bagi kami takda niat nak sakitkan or bebankan si mati cuma sekadar untuk memperingati arwah. Lagipun bukan buat binaan yang grand-grand pun. Sekadar yang dibenarkan sahaja.  


Untuk yang balik kampung jugak tu, hati-hati ye ketika memandu. Selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca (err ada kew?). Jangan makan daging korban banyak-banyak, nanti diet anda terkorban sama. Pesanan untuk diri sendiri. Kbai. o(^.^)o


Mood Hari Jumaat


Tak perlu kate ape-ape... \(^_^)/




Tuesday, November 1, 2011

Merah Jambu Gitewww..



Dah beberapa hari menjadik skodeng-er kasut di atas. Agak-agak kau sesuai tak untuk perempuan macam aku ni? Ahhh tak kira lah sesuai ke tidak aku nak beli jugak. Tak kira. Tak kiraaaaa. Rasa nak lempang tak budak ni. Baik takyah tanya kan. Grrr...

Hari jumaat masa rehat panjang nanti ingat nak pergi test kasut ini kat kaki sendiri. Selagi tak test sendiri memang tak puas hati. Nasib baik lah kedai kat area Bangi saje. Boleh lah cuci mata benda-benda lain jugak nanti. Thehehe.


Mau cuci mata lagi lanjut? Jom membeli-belah tingkap secara dalam talian kat sini ---> klik lah eightDesigns boutique. ^0^