Thursday, October 27, 2011

Terima Kasih Shell

Sangat tak sangka boleh menang motor. Eh menang duit. Dua ribu bebeh! Siapa mau kasik secara FREE kan? Walaupun sebenarnya aku dah isi minyak lebih dari duit dua ribu tu. Apadahal... Janji dapat tunai. (^.^)






Nak tayang cek duit dua ribu yang berjaya aku menangi pertama kalinya. Uuuh rasa diri ini begitu bertuah pulak. Bukan apa. Susah nak merasa bertuahnya badan menang-menang hadiah ni. Selalunya nak menang sebijik mug berlogo kementerian pun susah. Boleh je nak rembat bila-bila masa mug free tu kan, tapi nak jugak feeling bertuah dapat Lucky Draw tak pernahnya berjaya. :(






Mula-mula orang Shell tu call aku hujung bulan lepas aku macam percaya-tak-percaya je. Maklum lah banyak benda-benda tipu sekarang ni lagi-lagi yang melibatkan wang ringgit. Masa dia mintak aku jawab soalan kacang, mintak nama sebenar, nombor ic, alamat office bla bla bla... Aku cam betul ke nyonya ni? Pakat redho je lah kalau kena tipu pun. Padahal cuak jugak kot-kot dia buat benda tak senonoh dengan details yang aku bagi tadi. Alhamdulillah setelah cek berjaya diTUNAIkan baru lah aku percaya.


Tak kisah lah tak dapat RM20k tapi janji Top 5. Hoyehhh.. (^0^)


5 comments:

Cik Mai said...

wow...open table plis...hehehe

EMMYMAZLI said...

wahhh bebeh.... dpt 2k... bila mau blanje bebeh??? kfc pun jadileerrr.... hehehheheh (>_<)

jay said...

ehem2..jgn lar luper banje kat alamanda pon ok gak..

nkara said...

wawawawaaaaa...
baru sopin skit nih.
dah ada duit sayang le pulak nak gune...aduihhh~ ^_^

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik