Monday, October 10, 2011

Selamat Hari Jadi Mak!

Genap 20 hari pemergian Ayah tersayang.

Kesihatan Mak kurang memberangsangkan sekarang. Mungkin rindukan Ayah. Hidup bersama nak dekat 50 tahun, siapa yang tak rindu? Selama ini Mak dan Ayah tak pernah berenggang. Walaupun Mak pernah taknak bawak Ayah pergi rumah Adik kat Sepang dengan alasan orang tua tu banyak songeh, jalan sikit dah mengeluh nak balik baring kat rumah last-last bawak jugak sebab Ayah ugut taknak bagi makan ayam dan kucing Mak kalau dia kena tinggal. Pandai Ayah... kena lah bawak jugak... HEHE. Padahal Mak pun tak sampai hati nak tinggalkan Ayah sorang-sorang kat rumah. Siapa yang tak sayang laki kan? Bergaduh sakan tiap hari pun, kalau dah namanya 'suami', 'laki'... orang yang kita sayang takan sesekali kita tinggalkan. 

Hmmm... sebak kalau bercerita pasal Ayah. Rinduuuuuuu...


Hari ini hari jadi Mak yang ke 62 tahun. Sedih pulak tak dapat bersama Mak saat-saat macam ni. Sekarang anak saudara aku, Fareez yang temankan Mak kat kampung. Itu pun sampai bulan 11 je sebelum daftar masuk ke UiTM Machang. Lepas tu, kami adik-beradik kita bergilir-gilir lah menjaga Mak. Buat masa ini tengah uruskan permohonan pertukaran Acey ke hospital dekat-dekat kampung tu. Dia je calon yang sesuai untuk jaga mak sekarang ni. Ada medical background dan juga yang penting anak lelaki. Kalau ada kecemasan senang lah sikit kan.  

Untuk Mak, kami harap Mak kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik, dijauhkan dari segala kecelakaan dan dipanjangkan umur untuk melihat anak-anak dia yang bujang trang tang tang ni kahwin. HUHU





Mak terpaksa suap sebab nak tangkap gambar punya hal :)



Aku sayang Mak... dan Ayah jugak... selamanya!!!

4 comments:

Cik Mai said...

selamat hari lahir kepada mak ko...semoga lebih ceria dalam menempuh hari yang mendatang...

adek debab debot said...

rindu pulak kat opah... :')

qistinasafiah said...

Selamat hari lahir Opah..Opah nasihatkanlah aunty ni kahwin cepat :P

nkara said...

memang opah suh aunty kawen cepat..tapi aunty tengah tunggu uncle bagi green light..hehe