Thursday, October 27, 2011

Terima Kasih Shell

Sangat tak sangka boleh menang motor. Eh menang duit. Dua ribu bebeh! Siapa mau kasik secara FREE kan? Walaupun sebenarnya aku dah isi minyak lebih dari duit dua ribu tu. Apadahal... Janji dapat tunai. (^.^)






Nak tayang cek duit dua ribu yang berjaya aku menangi pertama kalinya. Uuuh rasa diri ini begitu bertuah pulak. Bukan apa. Susah nak merasa bertuahnya badan menang-menang hadiah ni. Selalunya nak menang sebijik mug berlogo kementerian pun susah. Boleh je nak rembat bila-bila masa mug free tu kan, tapi nak jugak feeling bertuah dapat Lucky Draw tak pernahnya berjaya. :(






Mula-mula orang Shell tu call aku hujung bulan lepas aku macam percaya-tak-percaya je. Maklum lah banyak benda-benda tipu sekarang ni lagi-lagi yang melibatkan wang ringgit. Masa dia mintak aku jawab soalan kacang, mintak nama sebenar, nombor ic, alamat office bla bla bla... Aku cam betul ke nyonya ni? Pakat redho je lah kalau kena tipu pun. Padahal cuak jugak kot-kot dia buat benda tak senonoh dengan details yang aku bagi tadi. Alhamdulillah setelah cek berjaya diTUNAIkan baru lah aku percaya.


Tak kisah lah tak dapat RM20k tapi janji Top 5. Hoyehhh.. (^0^)


Monday, October 24, 2011

Susu Kultur Kesukaan Saya

Dah jadik habit sekarang ni minum vitagen hari-hari. Baik untuk perut katanya. Senang nak berak katanya. Mahu kurus katanya. 



Gambar ditangkap menggunakan henpon Sony Ericsson K530i. Ok motip? 

Itu sebab aku kena beli kamera tak kira tak kiraaaa... Walaupun tak dapat yang sechanggih dalam senarai harapan aku ini, dapat yang biasa-biasa pun takpa lah kan. Dalam kapla hotak aku ni dah bajet nak pancing model Canon IXUS pun jadik lah. Bajet pun ciput je dapat harga bawah rm1k pun dah O.K. ^_^ ( lagi satu nak habaq mai, tangkap gambar pakai henpon Sony Ericsson ni sebab henpon ni je yang ada USB cable -_- )


Sambung balik cerita vitagen tadi kan. Sekarang ni wajib minum sebotol vitagen hari-hari tau. Lagi banyak makan hari tu, lagi banyak botol vitagen aku minum. Pastu kompom senang nak membuang. Habit ni dah jadik tabiat sendiri pulak sebab dok tengok seseorang <3 itu pun suka minum vitagen perisa oren. ;)))


Untuk maklumat lanjut mengenai vitagen sila layari SINI. Kbai.


Thursday, October 20, 2011

Kenduri Cokelat Dari Langkawi


Hasil tangkapan petang semalam. Penuh satu drawer dengan macam-macam jenis cokelat. ^_^

Kemain seronok bila bos yang baru balik dari kursus kat Langkawi bagi sebeban cokelat. Big bos ada kat partition kat sebelah pun boleh tak perasan, boleh? ^0^ Suasana bertukar macam kat pasar borong macamkan tak pernah makan cokelat kannnnnn. Benda free memang selalu jadik lagu ni. 





Nak makan Kit Kat Chunky Mini dulu. Om nom nom nom.. Dap!





p.s. Tenkiu bos, tenkiu kawan-kawan... sebab tak melupakan kami yang tak dapat pergi Langkawi ni. Tak sia-sia tak pegi pun kalau habuannya macam ni. Muehehehe :}

Tuesday, October 18, 2011

Mari Membuat Senarai Harapan

Lepas belek-belek album dalam FB. Tiba-tiba datang niat nak membeli kamera sendiri. Selama ni dok pinjam kamera orang. Nak beli sendiri bukan tak mampu takat yang biasa-biasa tu kan. Tapinya kalau membeli dengan hati yang kurang puas maka kamera bakal diarkibkan atau "kau nak pinjam? haaa pinjam lah... tak pulang pun takpa" Perghhhh berlagak kaya kannn.




Comel gilerrrr kan ads Olympus PEN nih. Siapa nak masuk contest Happy Photography Olympus PEN boleh menghantar entry sekarang. Aku belum terbukak hati nak masuk, idea tarak. Y_Y 



Cukup berkenan nak dapatkan kamera ini. Ada sesiapa nak belikan kew? *kedip kedip mata bajet comel* 




InsyaAllah ada jodoh tak kemana. Ko tunggu ye Olympus PEN Lite!!! ^_^



p.s. SHELL dah bagi sms tadi. Tak sabar nak tunggu abang ABX Express muncul di muka pintu ofis. Weehoooo... *lompat lompat* 








Untong laaa



Jangan percaya sangat dengan tangga gaji macam di atas ni. JPA belum keluarkan pekeliling lagi so nak kondem banyak pun tak boleh. Boleh kondem dalam hati only. 

Kalau ikutkan gaji tu macam, "Daaaaa...yang tinggi semakin tinggi, yang bawah makin ke bawah.." ok sedih Y_Y

Untong la orang atasan kan? (kalau betul la...tapi kompom la betol kan...)
Hmmmm...so kena belajar secara kuat. Habiskan cepat-cepat... Boleh cepat naik pangkat... Boleh cepat dapat suami... KehKehKeh

Wednesday, October 12, 2011

Jom Jalan Kalau Malas Nak Berlari




Mana-mana orang yang malas nak berlari macam aku, dipersilakan membuat permohonan. Jalan-jalan saje, senang kan? ;D

Monday, October 10, 2011

Adele - Someone Like You




"Sometimes It Lasts In Love, But Sometimes It Hurts Instead"


Selamat Hari Jadi Mak!

Genap 20 hari pemergian Ayah tersayang.

Kesihatan Mak kurang memberangsangkan sekarang. Mungkin rindukan Ayah. Hidup bersama nak dekat 50 tahun, siapa yang tak rindu? Selama ini Mak dan Ayah tak pernah berenggang. Walaupun Mak pernah taknak bawak Ayah pergi rumah Adik kat Sepang dengan alasan orang tua tu banyak songeh, jalan sikit dah mengeluh nak balik baring kat rumah last-last bawak jugak sebab Ayah ugut taknak bagi makan ayam dan kucing Mak kalau dia kena tinggal. Pandai Ayah... kena lah bawak jugak... HEHE. Padahal Mak pun tak sampai hati nak tinggalkan Ayah sorang-sorang kat rumah. Siapa yang tak sayang laki kan? Bergaduh sakan tiap hari pun, kalau dah namanya 'suami', 'laki'... orang yang kita sayang takan sesekali kita tinggalkan. 

Hmmm... sebak kalau bercerita pasal Ayah. Rinduuuuuuu...


Hari ini hari jadi Mak yang ke 62 tahun. Sedih pulak tak dapat bersama Mak saat-saat macam ni. Sekarang anak saudara aku, Fareez yang temankan Mak kat kampung. Itu pun sampai bulan 11 je sebelum daftar masuk ke UiTM Machang. Lepas tu, kami adik-beradik kita bergilir-gilir lah menjaga Mak. Buat masa ini tengah uruskan permohonan pertukaran Acey ke hospital dekat-dekat kampung tu. Dia je calon yang sesuai untuk jaga mak sekarang ni. Ada medical background dan juga yang penting anak lelaki. Kalau ada kecemasan senang lah sikit kan.  

Untuk Mak, kami harap Mak kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik, dijauhkan dari segala kecelakaan dan dipanjangkan umur untuk melihat anak-anak dia yang bujang trang tang tang ni kahwin. HUHU





Mak terpaksa suap sebab nak tangkap gambar punya hal :)



Aku sayang Mak... dan Ayah jugak... selamanya!!!

Thursday, October 6, 2011

Tiada Lagi Senyum Tawa mu



23 September 2011. 
9.20 malam. 
ICU, Hospital Teluk Intan.

Dalam usia 86 tahun, Ayah pergi menghadap Ilahi.
Kami sekeluarga redha dengan pemergian ini...

Moga roh Ayah tenang di sana.
Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Hanya doa mengiringimu, Ayah...
Terima kasih tak terhingga...


AL-FATIHAH

*dalam kenangan*