Tuesday, September 13, 2011

Doa Untuk Ayah


Kalau boleh sakit itu ditransfer, aku rela... :(((

Ya Allah, selamatkan lah ayahku...
Panjangkan lah umurnya...
Amin.

Wednesday, September 7, 2011

Cuti Sakit Dua Hari


Now sedang melepak di rumah dengan bahagianya.

Semalam pergi klinik ada appointment dengan doktor. Buat minor surgery then dapat cuti sakit 2 hari. Siap doktor tanya nak tambah lagi ke? Aku pulak dengan blurnya cakap cukup lah doktor. Pastu balik menyesal. Kenapa lah tak cukupkan 3 hari terus. Boleh cuti sampai hari jumaat kan? Pastu boleh balik kampung terus. Wahhhh mensesal tiada berguna sudah.

Apa penyakit aku?

Penyakit orang perempuan. Nak cerita pun macam tak proper je kat sini. Yang penting semuanya dah selamat. Alhamdulillah. 

Hmmm... bosan pulak dok rumah. Time kerja nak cuti, time dah bagi cuti rasa nak kerja pulak. Apa nak buat eh? Layan CV dulu pastu cadang nak kemas rumah. Cadangnya lah kan. Sakit ada rasa sikit-sikit lagi nih. Baik baring-baring layan tv dulu kan? 

Heavennnnnnn... ;p





Tuesday, September 6, 2011

Hari Raya 1432H | 2011

Amacam raya? Naik berapa kilo? Aku jangan ditanya lah kan. Takat sekilo toksah harap lah kan. Sampai sekarang sangat gerun tengok penimbang kat rumah tu. Fobia. Takut mati kejung lepas timbang. So sampai ke sudah aku buat dek je. Tengok lah nanti kalau ada keinsafan baru naik atas penimbang tu. Tapi kena make sure penimbang tu kukuh lagi. Mana tau kan time aku naik, ada bunyik krek krek lak. 

Macam tahun-tahun yang lepas dan sewaktu dengannya, aku beraya pulang ke kampong halaman. Nun di kawasan gajah di sana. Mana ada kampong lain dah melainkan aku ada laki. Kot lah tahun depan ke kan. Boleh lah merasa balik kampong orang lain pulak. Ha gitewww...

Raya tahun ni disambut secara wasatiah je. Sedang-sedang saja cam lagu dangdut tu. Tiap tahun camtu pun. Tapi tahun ni ada kalut pasal nak carik ayam. Mak aku lah. Boleh taknak order ayam. Padahal orang jual ayam tu depan rumah je pun. Alasan dia mahal. Ala mak, takat rm8.70/sekilo tu apa lah sangat. Anak-anak mak kan banyak duit. Anak-anak mak yang lain tu lah. Anak mak yang ni sengkek semedang. Huhuhu.

Pasal juadah raya malas aku nak bagi ulasan. Menu tiap tahun memang gerenti habis punya. Lepas seko seko ke dapur. Orang datang beraya pun tak sempat nak merasa. Aje kuat melantak beno anak-anak Pak Usin ni lah hai. Mana lah badan seko-seko tak gedebab kan. Ha aku lah tu. Sedehhhh...




Macam biasa, acara bergambar secara beramai-ramai. Tahun ni keluarga Babang je takda. Balik Melaka lah kot tu. Tahun ni konsep baju raya "Suke-Ko-Nak-Pakai-Kaler-Ape". Tetap nampak meriah ke tak meriah kau rasa?




Raya tahun ni best wooo... Siap ada tajaan tudung lagi. Hahaha. Terima kasih ye penaja tudung kami, Kakni. Kesiannnnn... Tudung mahal semua kena rembat. Tahun depan beli lah banyak-banyak lagi. Muehehehe.


Raya korang macamana? Meriah ke tidak? :)))

Monday, September 5, 2011

Lepas Puasa


Baju raya dah tak muat.

Huarrrrrgggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!