Thursday, August 18, 2011

Sedihlah Jugak Kan...


Asyik-asyik entry meleleh saja kan. 


Aku nak mengadu nasib. Aku kompom tak dapat habiskan study tahun ini, Senang cakap semester ini kensel semester akhir. Tahun depan ada satu semester lagi. Aiyakkkkk!



Macam ini ceritanya...


Dua hari lepas, aku dan member nak register empat subjek untuk semester ini. Tinggal empat paper ni je pun, nak taknak memang kena bawak jugak sebab nak habiskan study. Sekalinya, ada satu subjek tu takleh nak register sebab perlu lulus subjek lagi satu baru boleh ambil subjek ni. Tak paham? Camni... dari empat subjek ni ada dua core subjek dan dua subjek elektif. Subjek elektif tu takda masalah. Yang bermasalahnya subjek core tu; Research Method dan Applied Research. Untuk ambil paper Applied Research ko kena lulus dulu paper Research Method. So kitorang nak cuba discuss dengan koordinator untuk ambil dua-dua paper tu kalau boleh lah kan.


Malangnya.... TAK DAPEK!


Tadi member aku call koordinator course kitorang, kununnya nak mengadu nasib. Koordinator (semester ni dia dah tak jadik koordinator dah) cakap memang totally tak boleh. Kena ambil jugak paper Research Method tu dulu dan lulus baru boleh ambil paper Applied Research. Dia memang tak boleh tolong walaupun lecturer yang mengajar adalah orang yang sama sebab dalam sistem tetap akan blocked dan tak bagi register selagi ko tak lulus paper tu. Lagipun dia cakap, paper Applied Research tu adalah tesis dan memerlukan banyak masa, tenaga dan perhatian. Dia suggest untuk bawak paper ni je semester depan. Dalam pada tu dia tanya kenapa sebelum ni tak tanya dia or senior-senior lain. Setahu aku, epjj ni mengamalkan dasar fleksibel maksudnya tak kisah ko nak ambil paper part berapa pun asalkan sesuai ngan masa ko. Maklum lah kan student epjj ni kan berkerjaya. Ingatkan takda masalah. Nak bertanya pada senior pon camna? Bukan selalu ada kelas. Senior pun taktau mana satu. Patutnya koordinator briefing lah sikit pada student, baru student boleh tau. Hmmmm...

So, nak taknak terpaksa lah kan. Tak kisah lah. Dengan bebanan kerja sekarang yang terlambak-lambak ni aku rasa elok jugak tesis tu bawak semester depan. Semester ni bawak tiga paper je pon dah cukup menakutkan.





6 comments:

aleen aiden said...

ooo,paham2.huuu,bertabahlah ye! ^_*

Cik Mai said...

yeke macam tue yatt...xpe la...chaiyok2!!!...nnt kita amik sama2 la ek?....yeay..ada geng...


sape koordinator baru kite ek?

nkara said...

aleen,

yup..tgh bertabah ni...huhu

nkara said...

cik mai,

koordinator baru kita yang ajar managing change nnt...ape ntah name dia lupe lak..huhu

adek debab debot said...

chill cik yatt.. =)
owg pown tkot gak utk sem neyh...
sungguh la taf2 subjeknyee...
grrrrr...

nkara said...

nak tekuchill ada la ni dek..huhu