Monday, August 22, 2011

Ramadhan #10 - Mahu Tayang Baju Raya Boleh Tak?


Kemain lagi kan nak mentayang baju raya. Baju raya tahun ini sangat murah dan berbaloi dan jugak lari dari tema. Mana taknya, orang suruh tema merah hitam. Aku bedal pink. Agak-agak mata aku berkenan aku hangkut. Malas nak pikir weh.

Semalam meredah Carboots Sale Shah Alam (ala pasar pagi kat stadium tu ha) sikit punya seksa. Jalan punya sesak, nak parking lagi sesak, nak jalan seksa, panas kedekiang. Siap rasa nak pitam pulak. Dari aku pitam kat situ yang kemain panas baik aku blah. Redah Tesco Shah Alam saje. Parking teduh, aircond pun ada. Tenangggg...





Rembat 3 pasang terus. Harga baru RM2++ je. Dari tahun lepas, selai baju je dah dekat RM200. Kalo 2 pasang camne? Tak ke kayap aku lepas raya kang. Ish ish ish amalan syaitonnnirrrajimmmm betol. Insaf sebentar.

Raya tahun ni bersederhana je. Malas nak berlebih-lebih sebabnya duit takda yang lebih. Cukup la pakai mana yang ada. Agak-agak tak cukup baju kang apa susah. Rembat je baju Kakni. Kompom kelas kau maria baju dia. Wajib di pow... Muehahahahaha gelak jahat.




3 comments:

SAYA BUKAN SAMDOL said...

bertuahlah ada tiga pasang baju raya.

:D

salam lebaran

wida said...

yg tepi bunga kaler pink tu cantik:)

nkara said...

baju raya merangkap baju pegi kerja jugak.. :))