Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan #02 - Cakap Tak Serupa Bikin


tak baik tau mengkutuk-kutuk bulan ramadhan ni. berdoseeeee... kurang pahala. eh ini bukan entry cerca-mencerca la kawan. ini entry takda mengkena dengan perihal orang lain. hanya perihal tentang aku yang semalam cakap tak serupa bikin. hadoi.

semalam kan ada cakap diet tidak menjadi seorang pemakan nasik bermula berbuka semalam kan. tapinye kan. hancussss... sebelum orang dok cerca aku cakap tak serupa bikin meh aku ceritakan kronologi bagaimana termakan nasik semalam yek. *alasan boleh terima tak?*

semalam pada pukul 5.30petang aku dah memecut balik ke rumah. padahal dah boleh balik pukul 5 tapi malas la pulak kan. bukan ada orang rumah menanti di depan pintu rumah kan. tsk tsk -__-" 

sebelum sampai rumah tu singgah jap kedai runcit bawah rumah kunun-kununnya nak beli barang basah sikit sebab nak masak berbuka karang. sekalinyaaaa... semua habis. finished already. ni orang gomen semua balik pukul 4.30 ke dah tibai semua ikan, ayam, telur kat kedai ni? panas hati ok. tapi cepat-cepat beristighfar. astagfirullahalazimmmmm... tak baik marah-marah kan bulan ramadhan ni.

so balik la ke rumah dengan membawak sedikit kobis bunga dan sardin cap adabi. bukak peti ais ada sikit ayam budak rumah punya. so tibai... sebab rasa tak cukup berbuka makan sardin cap adabi saja kan. sambil-sambil tu 'ter'masak nasik sikit nak tambah nasik bersahur pagi tadi. boleyyyy???

time tu tak perasan lagi tu. budak rumah balik bawak ayam percik kelantan style katanya la. rasa dia so-so la. bukan taste aku. tapi 'ter'habiskan pulak la kan time berbuka tu. aku pulak yang 'ter'hover memakan nasik siap 'ter'tambah 2 kali la kan. tu nasib tetiba 'ter'sedar diri kalo idak ada kebarangkalian nak 'ter'tambah kali ke 3 tu.

lastnya malam tadi lepas je solat maghrib terus 'ter'bungkang tak sedarkan diri sampai pukul 12. bangun je terus mulut pok-pek pok-pek marahkan diri sendiri yang 'ter'lampau mengikutkan kata hati dan jugak gelodak perut.

moralnya ye kawan-kawan, jangan la mengikut perahsaan bila berbuka. sila berpada-pada ye... kelak diri-sendiri jugak yang akan binasa. awas kauuuu... 


4 comments:

adek debab debot said...

xpe cik yat...
yg penting comey...
^_______________________^

nkara said...
This comment has been removed by the author.
nkara said...

memang makin 'comey' dah ni..

opposite words = "mengajah"

-_-

adek debab debot said...

amboyh... mengajah..
^_______________^