Thursday, August 11, 2011

Edisi Imbas Kembali. Tengah Boring Lorrr


Budak-budak ramai takda ni. Dorang turun bawah masuk dewan sebab ada ceramah. Bulan puasa ni macam-macam ceramah ada. Ceramah agama la, ceramah stress la, itu la, ini la... Dah lama sangat tak join sejak pindah seksyen baru ni. Banyak kerja dan jugak malas. Malas. Itu yang penting yewww..


Nak buka Facebook takleh. Macam kena blocked je nampaknya. Pagi tadi elok je. Ni nak bukak time orang takda, kerja dah setel time tu pulak tak bolehnye. Kita tengok lunch hour karang. Kalo tak boleh jugak memang kena blocked la jawabnye. Ouhhhh tidak tidakkkkkk...


Hari ni aku taknak membebel pasal Ramadhan. Cerita lain la pulak kan. Kang aku jugak yang boring. Begini la kalo sendiri tulis, sendiri baca. Harus la ada variety kata omputih kan. Kena la syok sendiri ketika membaca kan.


Tadi godek-godek folder album gambar yang berlambak-lambak dalam pc ni aku ada terjumpa beberapa gambar yang aku rasa nostalgia la jugak. Gambar masa mula-mula aku terjebak main bola jaring dalam Sukan NRE dari tahun 2007 sampai tahun ini. Memang agak kelakar di situ okeh. Bukan reti main pun. Sengih sumbang sorang-sorang aku nengok tadi sebab setiap perlawanan tahun tu banyak memorinya. Ececeh. Biar la aku je yang tau dan sengih sesorang. Segan nak cerita banyak. :)))






Kali pertama dijebakkan dalam dunia ke-netball-an ni masa Sukan NRE tahun 2007. Eh bukan kata selama ni tak pernah main netball tau. Time sekolah rendah/menengah lain la kan. Tak reti main pon kalo time pendidikan jasmani wajib kena main gak. HUHU..

Masa tu sukan buat kat Universiti Malaya. Tak kenal orang lagi time ni sebab baru masuk keja tahun 2006. Player-player semua tangkap muat je. Mana taknye last menet baru nak buat team. Apa-apapun ni semua experience la kan. Satu pun rasanye game tak menang. HOHOHolick...






Ni pulak masa Sukan NRE tahun 2009 kat Pusat Latihan Petronas (PERMATA), Bangi. Masa ni best sangat sebab team sekepala. Walaupun kitorang tak terer tapi sebab selalu turun training so keserasian tu ada. Kalo dah serasi masing-masing tau postion masing-masing so senang nak kawal game kan. So dapat la masuk semi-final tapi dapat nombor 4. Tu pun kalah sipi-sipi tau. Takpe-takpe yang penting kiteeeee enjoisssssss...





Sukan NRE baru-baru ni kat Universiti Putra Malaysia. Bergambar sebelum lawan team FRIM. Macam biasa kena belasah. Rejeki takda tahun ni nak dapat tempat ke separuh akhir sebab satu kumpulan dengan team yang hebat-hebat. Dapat makan satu team je, lagi dua team kena belasah teruk. Akhirnya yang pergi ke final team dalam kumpulan aku gak. Nampak beno la susah nak compete. Lain tahun boleh cuba lagi. HOHOI...


Aku nak berdoa dorang-dorang ni dua tahun lagi tengah sarat mengandung or tengah berpantang or dah bersara time sukan tahun tu. Gila keji tak?



2 comments:

rai said...

harap2 dapat join netball lagi...
aku rasa yg aku xjoin 2007 sbb kawin dan pregnant n 2011 pregnant lagik... hahahaha..

best kan game 2009 :)

nkara said...

btol tu rai..
2009 paling best ever... :)