Tuesday, August 23, 2011

Adik Aqil Hafiy


Dah kali berapa ntah aku tak dapat pergi melawat adik Aqil ni. Bukan tak sudi, tapi banyak komitmen. Masa dorang setting time tu ada saja halangannya. Nak siapkan itu la... nak setelkan ini la... tak dapek nak excuse. InsyaAllah lepas cuti raya nanti bolehlah melawat adik Aqil sambil pergi beraya. Itupun kalau mama Aqil, Elyza tak lama beraya kat kampung. Tak pasti balik beraya ke Kedah or Melaka sebab tengok keadaan Aqil yang tak begitu mengizinkan.




FYI, adik Aqil ni anak kawan sepejabat aku. Telah disahkan mengidap leukemia tahap 4. Kesian adik Aqil kan? Masa mula-mula nak detect penyakit ni, adik Aqil selalu tak sihat kejap demam kejap baik. Bawak Hospital Putrajaya doktor suspek denggi tapi dah check darah takda pulak. Pastu demam balik, masuk balik hospital. Berulang-kali la jugak. Pastu baru refer kat pakar PPUM. Dah amik sampel tulang belakang (sum-sum) baru dapat detect leukemia rupanya. Tahap 4 pulak tu! Sungguh tak sangka.




Adik Aqil yang comel bersama mamanya di Cameron Highlands sebelum disahkan leukemia. Aku nak mintak izin mama Aqil ye tepek gambar ni sebab comel sangat. Gembira betul dorang sekeluarga bercuti masa ni.



Jom sama-sama kita doakan kesihatan adik Aqil akan semakin pulih dan menikmati keindahan hidup bersama mama, papa dan sanak-saudara. Harap mama Aqil kuat macam adik Aqil jugak ye. Jangan sedih-sedih dan banyak menangis tau.


InsyaAllah semuanya akan selamat. Adik Aqil kuat!



No comments: