Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya






Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan #11 - Banyak Kerepek



Kalau orang lain dok memborong kuih raya, aku pulak sibuk memborong kerepek-kerepek. 

Takda mood okeh nak membeli kuih raya tahun ni. Takda mood satu hal, mahal pun satu hal jugak. Mentang-mentang orang gomen dapat bonus seciput, dan dan lah barang semua naik harga. Demmm.

Hmmm..nampak sedap pulak kerepek pisang ni. Tak sampai kampong nampak gayanya ni. Huhuhu.





Tuesday, August 23, 2011

Adik Aqil Hafiy


Dah kali berapa ntah aku tak dapat pergi melawat adik Aqil ni. Bukan tak sudi, tapi banyak komitmen. Masa dorang setting time tu ada saja halangannya. Nak siapkan itu la... nak setelkan ini la... tak dapek nak excuse. InsyaAllah lepas cuti raya nanti bolehlah melawat adik Aqil sambil pergi beraya. Itupun kalau mama Aqil, Elyza tak lama beraya kat kampung. Tak pasti balik beraya ke Kedah or Melaka sebab tengok keadaan Aqil yang tak begitu mengizinkan.




FYI, adik Aqil ni anak kawan sepejabat aku. Telah disahkan mengidap leukemia tahap 4. Kesian adik Aqil kan? Masa mula-mula nak detect penyakit ni, adik Aqil selalu tak sihat kejap demam kejap baik. Bawak Hospital Putrajaya doktor suspek denggi tapi dah check darah takda pulak. Pastu demam balik, masuk balik hospital. Berulang-kali la jugak. Pastu baru refer kat pakar PPUM. Dah amik sampel tulang belakang (sum-sum) baru dapat detect leukemia rupanya. Tahap 4 pulak tu! Sungguh tak sangka.




Adik Aqil yang comel bersama mamanya di Cameron Highlands sebelum disahkan leukemia. Aku nak mintak izin mama Aqil ye tepek gambar ni sebab comel sangat. Gembira betul dorang sekeluarga bercuti masa ni.



Jom sama-sama kita doakan kesihatan adik Aqil akan semakin pulih dan menikmati keindahan hidup bersama mama, papa dan sanak-saudara. Harap mama Aqil kuat macam adik Aqil jugak ye. Jangan sedih-sedih dan banyak menangis tau.


InsyaAllah semuanya akan selamat. Adik Aqil kuat!



Monday, August 22, 2011

Ramadhan #10 - Mahu Tayang Baju Raya Boleh Tak?


Kemain lagi kan nak mentayang baju raya. Baju raya tahun ini sangat murah dan berbaloi dan jugak lari dari tema. Mana taknya, orang suruh tema merah hitam. Aku bedal pink. Agak-agak mata aku berkenan aku hangkut. Malas nak pikir weh.

Semalam meredah Carboots Sale Shah Alam (ala pasar pagi kat stadium tu ha) sikit punya seksa. Jalan punya sesak, nak parking lagi sesak, nak jalan seksa, panas kedekiang. Siap rasa nak pitam pulak. Dari aku pitam kat situ yang kemain panas baik aku blah. Redah Tesco Shah Alam saje. Parking teduh, aircond pun ada. Tenangggg...





Rembat 3 pasang terus. Harga baru RM2++ je. Dari tahun lepas, selai baju je dah dekat RM200. Kalo 2 pasang camne? Tak ke kayap aku lepas raya kang. Ish ish ish amalan syaitonnnirrrajimmmm betol. Insaf sebentar.

Raya tahun ni bersederhana je. Malas nak berlebih-lebih sebabnya duit takda yang lebih. Cukup la pakai mana yang ada. Agak-agak tak cukup baju kang apa susah. Rembat je baju Kakni. Kompom kelas kau maria baju dia. Wajib di pow... Muehahahahaha gelak jahat.




Thursday, August 18, 2011

Sedihlah Jugak Kan...


Asyik-asyik entry meleleh saja kan. 


Aku nak mengadu nasib. Aku kompom tak dapat habiskan study tahun ini, Senang cakap semester ini kensel semester akhir. Tahun depan ada satu semester lagi. Aiyakkkkk!



Macam ini ceritanya...


Dua hari lepas, aku dan member nak register empat subjek untuk semester ini. Tinggal empat paper ni je pun, nak taknak memang kena bawak jugak sebab nak habiskan study. Sekalinya, ada satu subjek tu takleh nak register sebab perlu lulus subjek lagi satu baru boleh ambil subjek ni. Tak paham? Camni... dari empat subjek ni ada dua core subjek dan dua subjek elektif. Subjek elektif tu takda masalah. Yang bermasalahnya subjek core tu; Research Method dan Applied Research. Untuk ambil paper Applied Research ko kena lulus dulu paper Research Method. So kitorang nak cuba discuss dengan koordinator untuk ambil dua-dua paper tu kalau boleh lah kan.


Malangnya.... TAK DAPEK!


Tadi member aku call koordinator course kitorang, kununnya nak mengadu nasib. Koordinator (semester ni dia dah tak jadik koordinator dah) cakap memang totally tak boleh. Kena ambil jugak paper Research Method tu dulu dan lulus baru boleh ambil paper Applied Research. Dia memang tak boleh tolong walaupun lecturer yang mengajar adalah orang yang sama sebab dalam sistem tetap akan blocked dan tak bagi register selagi ko tak lulus paper tu. Lagipun dia cakap, paper Applied Research tu adalah tesis dan memerlukan banyak masa, tenaga dan perhatian. Dia suggest untuk bawak paper ni je semester depan. Dalam pada tu dia tanya kenapa sebelum ni tak tanya dia or senior-senior lain. Setahu aku, epjj ni mengamalkan dasar fleksibel maksudnya tak kisah ko nak ambil paper part berapa pun asalkan sesuai ngan masa ko. Maklum lah kan student epjj ni kan berkerjaya. Ingatkan takda masalah. Nak bertanya pada senior pon camna? Bukan selalu ada kelas. Senior pun taktau mana satu. Patutnya koordinator briefing lah sikit pada student, baru student boleh tau. Hmmmm...

So, nak taknak terpaksa lah kan. Tak kisah lah. Dengan bebanan kerja sekarang yang terlambak-lambak ni aku rasa elok jugak tesis tu bawak semester depan. Semester ni bawak tiga paper je pon dah cukup menakutkan.





Tuesday, August 16, 2011

Pendaftaran Pelajar Lama ePJJ UiTM Dibuka Sekarang!


Sesiapa pelajar-pelajar lama ePJJ UiTM tu ahkak nak bagitau ye... pendaftaran subjek dah dibuka. Boleh check Jadual Seminar sesi September 2011 - Januari 2012 di SINI (bapak beso siap bold lagi gitewww kan)


Pendaftaran subjek dibuka dari hari ini, 16 Ogos hingga 3 Oktober 2011 (gila advance kan ahkak. awal-awal dah register huhu) katanya. Jadik cepat-cepat lah ye... Nak ngelakkan jem bukan senang. Nanti dah ramai orang register time tu lah hang la... error la... hape la... kan kan...


Ahkak dah register 3 subjek tadi. Lagi 1 subjek kena refer ngan koordinator sebab ada masalah sikit. Hopefully boleh settle. Kalo idak susah lah ahkak ni kan. Wawawawaaaaa...


InsyaAllah, ini semester akhir. Weeehoooo... 


Hep heppppp... jangan suka sangat. *baru lompat separuh* Adehhhh....



Monday, August 15, 2011

Ramadhan #09 - Aku Keciwa


Semalam terasa nak melantak secara banyak-banyak sebab dapat dating di bulan puasa. So ajak si dia (ececeh) ke Tanjung Harapan bersama segunung harapan dapat melantak makanan yang diidam-idamkan.

Ingin tahu apakah makanan idaman tersebut. Mari kita saksikan di bawah ini.

Treng teng teng keteng teng...









Okeh begini lah rupa paras wajah makanan tersebut. Sejenis makanan laut bernama Siput Pahat @ Pepahat @ nama omputehnya Bamboo Shell. Masak pulak cili api. Perghhhhhh... Terliur tak? Aku terliur dowhhhh... Wawawawaaaaa...



Tapi... -_-


Ada tapinya ye sedara-sedari sekalian.



Sila jangan terpedaya.


Gambar tersebut diambil pada 2 tahun yang lepas ye. Masa tu aku bawak kawan aku, Linda melantak ke sana sempena... errr sempena apa ntah. Lupa lah pulak kan.

Kecik hatiku semalam sebab ditabur janji manis si pengambil order makanan. Kakak tu kompiden je cakap ada... skalinya sampai ke sudah bengkak perut kekenyangan bayang sipot pahat takda alangkan pulak bayang si sipot babik lagi lah takda kan. Rupa-rupanya sipot tu takda. Keciwaaaaaaa... 


Dah lah amik set Ramadhan lah kununnya tak sedap langsong. Rasanya pasal dah tukar management restoran lah ni. Dulu Restoran Makanan Laut dan Ikan Bakar Tanjung Harapan ni diuruskan oleh Lotus tapi dah tukar management Sungai Lui. Tu pasal makanan ada lain rasa sikit.




Rupa paras ikan Siakap Steam Halia aku semalam pun tak macam ni. Sedihhhh sangat. Makan pun tak habis okeh. Nampak nau lah tak menepati citarasa tekak aku ni. Aku keciwa lagikkkkk...



Si dia cakap ini last pergi makan kat sini.  Baek bos! *Nangesss* -..-"



Friday, August 12, 2011

Harta Pusaka Berjuta-Juta


Mak : Nak... mak sudah tak kuat lagi... mak minta kamu sambung mengusahakan kebun mak ye nak...

Anak : Jangan cakap macam tu mak... (dalam hati : tak sia-sia aku balik kampong. dapat pulak harta pusaka dia. huarrrgggghahahahaha ----> gelak syaitonirrojimmmm)

Mak : Segala isi pekebunan, ternakan, villa, traktor... semua untuk kamu... tolong jaga baik-baik ye nak... jangan lupe siram tiap pagi tanaman mak ye...

Anak : Baik mak... mak jangan bimbang tentang hal tu... tapi di mana kebun mak? Saya tak pernah tau pon...



Mak terbatuk-batuk ketenatan...






Mak : di Facebook mak... FARMVILLE... nanti mak bagi tau passwordnya...

Anak : =___=*  ??????




Mak : Duit mak pon banyak... 3,596,426juta. Pandai-pandai lah kamu gunakan. Jangan beli benda yang tak perlu...



Mak pon menghemboskan nafasnya yang terakhir. Dead.


Tetiba si anak pon pengsan....






Thursday, August 11, 2011

Edisi Imbas Kembali. Tengah Boring Lorrr


Budak-budak ramai takda ni. Dorang turun bawah masuk dewan sebab ada ceramah. Bulan puasa ni macam-macam ceramah ada. Ceramah agama la, ceramah stress la, itu la, ini la... Dah lama sangat tak join sejak pindah seksyen baru ni. Banyak kerja dan jugak malas. Malas. Itu yang penting yewww..


Nak buka Facebook takleh. Macam kena blocked je nampaknya. Pagi tadi elok je. Ni nak bukak time orang takda, kerja dah setel time tu pulak tak bolehnye. Kita tengok lunch hour karang. Kalo tak boleh jugak memang kena blocked la jawabnye. Ouhhhh tidak tidakkkkkk...


Hari ni aku taknak membebel pasal Ramadhan. Cerita lain la pulak kan. Kang aku jugak yang boring. Begini la kalo sendiri tulis, sendiri baca. Harus la ada variety kata omputih kan. Kena la syok sendiri ketika membaca kan.


Tadi godek-godek folder album gambar yang berlambak-lambak dalam pc ni aku ada terjumpa beberapa gambar yang aku rasa nostalgia la jugak. Gambar masa mula-mula aku terjebak main bola jaring dalam Sukan NRE dari tahun 2007 sampai tahun ini. Memang agak kelakar di situ okeh. Bukan reti main pun. Sengih sumbang sorang-sorang aku nengok tadi sebab setiap perlawanan tahun tu banyak memorinya. Ececeh. Biar la aku je yang tau dan sengih sesorang. Segan nak cerita banyak. :)))






Kali pertama dijebakkan dalam dunia ke-netball-an ni masa Sukan NRE tahun 2007. Eh bukan kata selama ni tak pernah main netball tau. Time sekolah rendah/menengah lain la kan. Tak reti main pon kalo time pendidikan jasmani wajib kena main gak. HUHU..

Masa tu sukan buat kat Universiti Malaya. Tak kenal orang lagi time ni sebab baru masuk keja tahun 2006. Player-player semua tangkap muat je. Mana taknye last menet baru nak buat team. Apa-apapun ni semua experience la kan. Satu pun rasanye game tak menang. HOHOHolick...






Ni pulak masa Sukan NRE tahun 2009 kat Pusat Latihan Petronas (PERMATA), Bangi. Masa ni best sangat sebab team sekepala. Walaupun kitorang tak terer tapi sebab selalu turun training so keserasian tu ada. Kalo dah serasi masing-masing tau postion masing-masing so senang nak kawal game kan. So dapat la masuk semi-final tapi dapat nombor 4. Tu pun kalah sipi-sipi tau. Takpe-takpe yang penting kiteeeee enjoisssssss...





Sukan NRE baru-baru ni kat Universiti Putra Malaysia. Bergambar sebelum lawan team FRIM. Macam biasa kena belasah. Rejeki takda tahun ni nak dapat tempat ke separuh akhir sebab satu kumpulan dengan team yang hebat-hebat. Dapat makan satu team je, lagi dua team kena belasah teruk. Akhirnya yang pergi ke final team dalam kumpulan aku gak. Nampak beno la susah nak compete. Lain tahun boleh cuba lagi. HOHOI...


Aku nak berdoa dorang-dorang ni dua tahun lagi tengah sarat mengandung or tengah berpantang or dah bersara time sukan tahun tu. Gila keji tak?



Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan #08 - Aktiviti Waktu Senggang






"Bila makan tidak boleh...
Maka ini lah aktiviti utama..."


- Petikan dari perot-tengah-lapar-sebab-tak-sahur-pagi-tadi-yowww




Fufufufu...  -..-



Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan #07 - Mari Kita Bersyukur



p.s. Janji ado kan? :)))



Monday, August 8, 2011

Ramadhan #06 - Oh! Emakku


Balik kampong. Mak asyik dok tanya...


"Bila mau kawen???" "Tanak anak ke?" "Nak tunggu ganyut ke?" Blablablablahhhhhh



Apa lagi alasan aku nak bagi haaaaaa...??


Fenin la... Feninnnnn kefalaku...



Friday, August 5, 2011

Ramadhan #05 - Rindu Kampong Halaman


Gambar hiasan. :))))
Itu ayah saya. *lompat-lompat gembira*



Malam ni balik kampong. Weehoooooo...
Tapi balik naik bas. Woooooo...

Tetiba rasa nebes nak naik bas. Dupdapdupdap. -_-"





Thursday, August 4, 2011

Ramadhan #04 - Donut Bentan


Ape salahku bentan begini???


Comel bukan donut-donut ku? Gila tensen semalam time mengoreng frozen donut ni. Boleh pulak tak menggebu macam kita selalu beli tu. Aku yang salah goreng ke or memang donut tu saje nak pekenakan aku? Ke sebenarnya takyah goreng? Ke ada cara lain yang aku taktau selain mengoreng donut ke? Haihhhh... -_-"

Tu cara-cara guna frozen... Kalau buat sendiri taktau laaaaaa...

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan #03 - Mak


Malam tadi jam 21:44 adik perempuan aku bagi sms;

Jujut : Kuti da guring kah. Mamak suh talipon kainak.
           Kuti (dia sorang je panggil nama manja ni) dah tido ke. Mak suruh telefon nanti.

Aku : Ayuhak huhu
          Yela huhu


Tapi sampai sekarang belum call mak lagi. Dengan alasan henpon belom topup lagi. Ingat nak call mak malam karang. Jimat sikit kan. Thehehe. Ape punya anak laaaa. -______________-





Mak aku yang berbaju bunga-bunga kat belah kiri tu. Yang 2 orang lagi tu kakak-kakak aku. Ni time lepas meng'pow' abang ipar, Abang Ajeap shopping kat TESCO Section 18 Ipoh. 



AJAIBNYA TANGAN IBU

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood 
(Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)



P.S. Tengah berkira-kira nak balik kampong ke tidak minggu ni. Hhmmmmm....



Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan #02 - Cakap Tak Serupa Bikin


tak baik tau mengkutuk-kutuk bulan ramadhan ni. berdoseeeee... kurang pahala. eh ini bukan entry cerca-mencerca la kawan. ini entry takda mengkena dengan perihal orang lain. hanya perihal tentang aku yang semalam cakap tak serupa bikin. hadoi.

semalam kan ada cakap diet tidak menjadi seorang pemakan nasik bermula berbuka semalam kan. tapinye kan. hancussss... sebelum orang dok cerca aku cakap tak serupa bikin meh aku ceritakan kronologi bagaimana termakan nasik semalam yek. *alasan boleh terima tak?*

semalam pada pukul 5.30petang aku dah memecut balik ke rumah. padahal dah boleh balik pukul 5 tapi malas la pulak kan. bukan ada orang rumah menanti di depan pintu rumah kan. tsk tsk -__-" 

sebelum sampai rumah tu singgah jap kedai runcit bawah rumah kunun-kununnya nak beli barang basah sikit sebab nak masak berbuka karang. sekalinyaaaa... semua habis. finished already. ni orang gomen semua balik pukul 4.30 ke dah tibai semua ikan, ayam, telur kat kedai ni? panas hati ok. tapi cepat-cepat beristighfar. astagfirullahalazimmmmm... tak baik marah-marah kan bulan ramadhan ni.

so balik la ke rumah dengan membawak sedikit kobis bunga dan sardin cap adabi. bukak peti ais ada sikit ayam budak rumah punya. so tibai... sebab rasa tak cukup berbuka makan sardin cap adabi saja kan. sambil-sambil tu 'ter'masak nasik sikit nak tambah nasik bersahur pagi tadi. boleyyyy???

time tu tak perasan lagi tu. budak rumah balik bawak ayam percik kelantan style katanya la. rasa dia so-so la. bukan taste aku. tapi 'ter'habiskan pulak la kan time berbuka tu. aku pulak yang 'ter'hover memakan nasik siap 'ter'tambah 2 kali la kan. tu nasib tetiba 'ter'sedar diri kalo idak ada kebarangkalian nak 'ter'tambah kali ke 3 tu.

lastnya malam tadi lepas je solat maghrib terus 'ter'bungkang tak sedarkan diri sampai pukul 12. bangun je terus mulut pok-pek pok-pek marahkan diri sendiri yang 'ter'lampau mengikutkan kata hati dan jugak gelodak perut.

moralnya ye kawan-kawan, jangan la mengikut perahsaan bila berbuka. sila berpada-pada ye... kelak diri-sendiri jugak yang akan binasa. awas kauuuu... 


Monday, August 1, 2011

Ramadhan #01 - Salam Ramadhan

assalamualaikum wbt semua!

cergas nampaknya awal pagi ramadhan ni kan? bersahur banyak agaknya. aku? pagi-pagi dah melantak 'sedikit' nasik goreng masakan orang rumah. eh budak rumah laaaa... tetiba rasa bersalah sebab semalam baru berazam taknak makan nasik. uhhh aku memang mudah lupa! adoiiii... takpa-takpa. azam bermula masa berbuka nanti. :))))

sempena bulan baik ni, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan mensambut ramadhan dengan seinsaf-insafnya. jangan ponteng puasa okeh. kalau datang bulan takpa. wajib tak puasa. ehek ehek.

semoga bulan ramadhan ni dapat mentingkatkan keSABARan, tiada keKUTUKan dan rajin melakukan IBADAT. insyaAllah.



p.s. rindu nak bersahur dan berbuka bersama mak dan ayah. minggu depan nak balikkkkk...