Friday, July 29, 2011

Petunjuk dan Rahmat.



Doa diberikan Petunjuk dan Rahmat.






Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami daripada sisi-Mu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."

(Surah Al-Kahfi, ayat 10)



hujan rahmat turun dengan lebatnya pagi ini. menjadikan sebab aku terlambat bangun. kenapa lah tak hujan besok? besok kan cuti? antara statement-statement kawan-kawan ofis yang punch card lewat. 

bagi aku pulak, tak kira lah hujan tu bila pun tak jadik masalah. contoh pagi tadi, hujan lebat pun redah je sebab nak jugak datang awal ke ofis. taknak bagi punch card merah. semata-mata taknak menghadap si babik itew yang sangatlah annoying. euwwwwwww... sumpah aku tak boleh blah ngan dia. sangat-sangat mensakitkan hati dan perahsaan. :((((


semoga ramadhan yang akan disambut 2 hari lagi oleh muslim dan muslimat di seluruh dunia tahun ini akan benar-benar dihayati. banyak azam puasa aku tahun ni. harap-harap berjaya! 

insyaAllah  :)))))



Thursday, July 28, 2011

Kenangan.



ini gambar dulu-dulu masa kelas 4T1 kat Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung batch 97/98. muka nerd je memasing kan? tak sanggup rasanya melihat diri sendiri yang agak gedebab itewww.

agak-agak dorang kenal ke aku lagi? maklum la kan tak glamerrrrr. fuhhhh.. sedehhhh. -_____-


miss you guys lorrrrrr! :)))



Friday, July 22, 2011

Sukan NRE 2011


berakhir jugak Sukan NRE kali ke-4 minggu lepas setelah berpenat lelah membanting tulang di padang training netball dan berkawad ditengah panas. wooh wooh...

sukan kali ni diorganize  oleh JUPEM di UPM, Serdang pada 15 hingga 17 Julai lepas. 2 tahun sekali jabatan lain dibawah NRE akan rotate untuk organize sukan ni. 2 tahun lagi JAS pulak organize. mintak-mintak lah dorang buat kat stadium Pancarona belakang ofis ni je. senang nak pegi. 





perasmian Sukan NRE pada jam 3 petang. panas terik dowhhhh. siap ada colorful haze. HAHA. habislah kena ngan press ni kang. :)




muka-muka sebelom 'rentung' kontijen NRE. tak semua yang masuk perbarisan. hanya insan terpilih sahaja. *bluwek*



lepas sukan hari tu muka aku rentung gila. jangan kan muka, tangan pon sama legam. padan lah muka sendiri kan. pakai inner panjang tapi singsing lengan. bajet cam kebal kan. padahnya lengan legam dan muka rentung. muka tengah mengelupas... malu nak jumpa orang. :(((((





Tuesday, July 12, 2011

Nama Panjang.





Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah… Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi : @$%&#^%










Friday, July 8, 2011

Kau Betul...


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"


"Baitullah tu apa?"

...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
 
"Tengok perlawanan bola la.."
   
"Di mana?"
   
"Dalam tv la.."
   
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
 
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
 
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
 
"So..?"
   
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
   
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
 
"Peliknya.."
   
"Sebab apa pulak pelik?"
 
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yang ada hanya wayar je berselirat.."
 
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
 
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
 
"Ya.. tak pelik.."
 
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
 
"Erk.. kau betul.."
 

Wednesday, July 6, 2011

Comel.



Save The Date - Tomok & Ayu
Wedding on the 1st of July 2011. Receptions on 2nd, 6th and 9th of July 2011





cinta takkan datang kalau tak di cari...

:))

Monday, July 4, 2011

Kalau dah M.A.L.A.S ...