Friday, May 27, 2011

Sejuta Belia.

wah kemain bingit opis aku hari ni. mana taknya dikelilingi dengan dentuman musik. dongdangdongdangggg... bikin panasssss saja. nak pulak hari ni jumaat. mau tak buat kerja ni. eheks.

pagi ni dah start perhimpunan sejuta belia di putrajaya. jalan-jalan banyak dah tutup. kitorang yang tengah berkerja ni pon dah tak senang duduk dah ni. kejap-kejap kang melepek kat tingkap nak mentengok apa benda yang ada kat bawah bangunan. dah tu pulak opis sebelah menara belia dan sukan. lagiiiiii la terasa bahangnya.

kali ni aku tengok memang grand gila sambutan hari belia tahun ni. sambutan hari belia bersekali dengan sure heboh. boleh la bayangkan betapa sesak dan padatnya putrajaya ni selama 3 hari ni. aku pon dah tak sabar nak mentawaf kedai ke kedai... booth ke booth... mesti banyak benda FREE. hahaha... mengong!

semua belia-belia, mak-mak belia, bapak-bapak belia, adik-adik belia, tok nek belia dijemputlah datang ke sambutan hari belia ni. memang tak rugi la. macam-macam aku tengok. ada perkhemahan. ada extreme sports. ada booth untuk adik-adik yang nak cari kerja tu. ada konsert artis-artis fofular dan yang penting ada funfair okkkk... lama gila tak pergi funfair. teringat lak kecik-kecik dulu pegi funfair bila ada kumpulan xpdc buat performance. mantop okkkk...

selamat bercuti dan jangan lupa ramai-ramai datang putrajaya okkkk... 


official website Hari Belia Negara 2011.



p.s. rancang terlebih dulu perjalanan anda sebab banyak jalan yang tutup. (:



No comments: