Thursday, May 12, 2011

Hari Misi.

mula-mula nak ucapkan Selamat Hari Misi Sedunia! sedunia ke? gasak ah. 

tau ke pon misi tu apa? ala misi tu dalam bahasa melayunya adalah Jururawat. takpon Nurse kata omputihnya. aku pon baru je tau ada hari misi ni. tu pon terbaca dalam fb tadi. tapi tak pasti lah pulak samada sambutan hari misi ni pon membawak maksud lain macam gosip sambutan hari ibu tu. bagi aku selagi kita tak sambut dengan cara-cara yang tak senonoh atau melampui batas-batas agama, rasanya tak salah sambut hari misi ke, hari ibu ke, hari apa sekalipon. just nak memperingati jasa-jasa mereka bukan sempena memperingati sejarah sambutan tu. agaknya lah. lain orang, lain pendapatnya kan.

dalam family aku ada sorang je yang jadik misi. teringat pulak aku masa mula-mula Kakni masuk kolej jururawat kat Penang. ni cerita flashback dari mak dan kakak-kakak aku haritu la. dorang kata menangis-nagis nak balik padahal time tu dah umur 20an dah tu. hari-hari telefon umah merayu kat mak mintak nak keluar dari kolej. yang jadik mangsa time tu Kak Eya yang dok kat Kulim. berulang-alik amik dan tengok Kakni kat sana semata-mata taknak bagi dia belajar separuh jalan. nasib baik lah ada kakak yang dekat area tu jugak kalo idak dah lama berhenti gamaknya tu.

aku pon ada jugak history pasal misi ni. pernah isi borang 2-3 kali jugak lah. tu pon sebab paksaan dari Kakni. mentang-mentang lah dah jadik misi, aku pulak jadik mangsa. memang tak minat langsung nak menceburi bidang misi ni, ada ke patut muka bengis dan ganas ni nak jadik misi? alamatnya lahhh... lu pikiaq la sendiri ye. memang agaknya bukan rezeki aku. tak pernah pon berjaya dapat tawaran belajar misi ni. 


psttt... sebenarnya aku hantar borang tak pernahnya complete. jangan bagitau Kakni tau. HAHA.



 

No comments: