Sunday, May 1, 2011

Hari ini cuti, besok pon cuti. Yeayyyy!

pagi-pagi dah melantak meggi. boley?

pagi ni cuaca mendung. semendung aku yang macam biasa lambat bangun. bila dah terlebih tido tu kepala pon pening. bila pening-pening tu mula lah nak carik tempat baring sambil layan tv kan. so ce citer bila nak stadinya? tu lah rutin selama 2minggu bersenang-lenang di rumah. takda lah senang-lenang pon, balik-balik asyik menghadap buku-buku (boleh percayeeeee ke alasan ni?) huhu.

oh ye... hari ni cuti hari pekerja. selamat hari pekerja semuaaaa! bila cuti awam jatuh hari ahad, of course the next day nya cuti. hoyeh hoyehhhh... (macam kan aku kerja kan? padahal...)

hari ni takda kemana. nak buat past years paper project management. soalan boleh tahan okkkkk. mengelabah jugak lah kan. hopefully dapat siapkan 5papers today. insyaAllah kalau tv ditutup sepenuh masa hari ni. kalau tak... alamatnya mentelaah AXN lah nampak gayanya.


No comments: