Sunday, May 8, 2011

Besok kerjaaaa...

berjaga malam... bangun tido lambat... tak mandi sampai petang... stadi dan jugak stido... layan criminal minds...

semua tu dah tamat. 

cuti selama seminggu dah habis. eh 2 minggu lahhhh... kenapa rasa macam cepat bebeno eh?

jumaat hari tu last exam. paper law okkkk... aku memang pobia betul ngan law. daya ingatan tahap cipot lah. mana lah nak ingat act apa, case apa, section apa. akhirnya aku bedal je. 3jam tu pon tak cukup ok untuk membuat bedalan. ada soalan yang tak sempat aku nak jawab. so sekarang sesi berdoa secara bersungguh-sungguh supaya tak kantoi.

abis exam hari tu cik mai belanja kitorang kenny roger kat plaza alam sentral. melantak sampai nak muntah. seriusly memang lepas tu aku rasa ayam tu nak keluar balik. tapi sayang lah kan orang dah susah payah belanja. so aku tahan tanak muntah. boleh????

pastu aku, idda ngan sarah pegi jalan tar. sanggup ok meredah jem semata-mata nak release tension habis exam. apa yang kitorang shopping kan? haaa tu namanya bertanya kepada diri sendiri. 

ni jawapannya ya... sarah memborong langsir untuk rumah barunya. cantik dowh. kompom aku nak beli kain langsir kat kamdar jugak pasni. aku pulak memborong.... ermmm adalahhhh. gedik okkkk. ada lah benda yang aku beli tapi malas nak bagi kenyataan kat sini. nanti-nanti aku bocorkan rahsia ok.

memang lega bila exam dah habis. tapi kelegaan tu tiba-tiba hilang bila ada yang mensebok dalam fb aku. aku cuti lama sebab nak exam ok. bukan saja suka-suka malas buat kerja. aku tau la dah masuk kerja nanti setelkan kerja yang berlambak tu. toksah lah ko nak sound-sound aku kena cover kerja orang lain pulak sebab dorang dah cover kerja aku. aku tau laaaaa... budi baik kan kena lah dibalas baik kan.

memang aku dah pangkah baekkkkk kau. bluekkkkk!!!!



hari ni mother's day eh?

hepi mother's day to my mak. luv u mak!

anakmu tak dapat call sebab henpon takda kedit. nanti dah topup anakmu tepon eh.
mintak ampunnnnnnn.... (:






No comments: