Friday, April 8, 2011

Sambungan cerita jalan-jalan yang bila entah nak habis. (0.o)


..............................................................................



T____________________T



ok ok.. tak ingat takpa la. dah sebulan 5 hari siapa la nak beria-ia nak ingat entry tu kan. (-_-)

tengah boring ni. jusco taman equine ada buat jusco card member sale pulak. tapi malangnya kengkawan seshoppingan takda. cuti bersalin. adehhhhh. selamat duit aku. hakhakhak. lagipun besok nak amik spek baru. rm530 tauuuu. adui rabak beg duitku.




aku pon tak ingat sangat jalan cerita gambar-gambar ni. bulan 2 okkkkkk. dah la asik terminum semut je. ape kejadah la semut-semut ni asyik nak bunuh diri dalam bekas air aku.

kalo mengikut fokus mata aku ni, si yan tengah berlakon mempilih ikan-ikan bilis disitu. sebabnya dia tak beli pon. berlakon suruh aku tangkap gambar je. lagipon baru je nak bersiar-siar, takan nak kehulu-kehilir bawak semua tu kan. kang dah nak balik baru boleh beli.




yang ni pon sama. dari ujung kedai tangan tak berenti pilih-pilih ikan bilis. belinya tak jugak. dalam beg merah tu ada nasik lemak sebungkus. mak belikan. huhuhu.





kopok kaler-kaler camni kat losong ada jual tak? tadekkkkk kan? kan?





ehhhh. ni gambar masa kat jeti pangkor. malas nak ikut turutan sebenar. semua naik van kalerrrr pinkkkk okehhhh. auwww so suwitttttt...




sedang kami berjalan-jalan di tengahari yang rembang. kasut pulak putus. bukan kasut aku. kasut yan. satu hal lak nak mencarik kedai kasut. mana ada cikak. ni pon kira nasib baik la jumpa selipar hijau. jadik la asal ada.





panas sangatttt. nasib baik tak jadik nak bermandi-manda (kalo jadik pon takdenya aku nak mandi) .panas gila! yang si baju hitam tu taktau la camna. memang kompom sauna la kau.





tengah panas rembang pon ramai gak orang mandi. heran aku... deme ni tak takut kanser kulit ke ha? (alasan)





aku tak ingat apa nama tempat ni. rasanya pasir bogak kot. tempat ni je la pon yang ramai orang. chalet pon banyak. time ni raya cina kompom penuh la.





haaa tang ni aku nak citer lain. ni time kitorang dalam feri aritu. mamat ni dok depan kitorang. bukan nak ngorat pon. takda hensem. cuma nak bagitau... ketiak dia masammmmmmmm sangggaaaattttttt... pegi mandi la woooiiiiii!!!! tetiba rasa nak muntah. weeekkkkk!




ni pekan pangkor. suasana amat ramai orang. balik kang berbaris panjang. takpa takpa sekali-sekala.





"lu haaa... jangan carik pasat haaa... mau gaduh kaaa...", tu cakap dalam hati saja.

ayat sebenar, "nak sewa van bole..."





disebabkan takda arah tujuan tengahari rembang tu. kami decide untuk pusing-pusing pulau. satu van untuk 3 orang rm80. boleh laaaa tong-tong. kalo tak harga sebenar dia nak charge rm100. kalo tipu pon lantak dia la. janji kami tak mati kekeringan kat situ.


ok macam biasa tunggu bulan depan baru cerita sambungan.


ahakahakahak. ok tak kelakar.


besok ada replacement class. lagi 2weeks nak exam. isnin minggu depan ada muet test. dah nak final year baru hegeh-hegeh. apa nak buat. dah lumrah student retro. hakhakhak.

No comments: