Tuesday, April 12, 2011

layan asmara malam selasa.

tajuk agak tak boleh blah kan? (>_<)


semalam ada speaking muet test. gelabah siut. mengagau tetiba nak berspeaking. aku kalo tang 'test' or 'exam' memang cuak. tapi rasanya ok kot. takda la bongok sangat. kita tunggu pulak sabtu ni test penghabisan. harap-harap soalan senang.


tengahari tadi, ada sesi pemilihan korum. kalah... haha. besok sambung lagi lawan. bukan reti main pun. saja nak bagi saingan je kat orang lain. mana boleh dorang senang-senang dapat masuk sukan terus. gila keji kan? ada aku kesahhhh...


petang pulak tadi dah siap-siap nak praktis netball. maklum la ketua dah mengamok aku tak datang training lansung. dah bersemangat kesukanan alih-alih hujan turun dengan lebat bersama petir. terpaksa balik sebab takut kena panah petir.


balik tadi lapar gila. maybe sebab hujan kot. ah alasan. padahal memang kuat melantak. tapiiiii...(ada gak tapi kan?) tadi kan aku masak makanan berkhasiat. sup ayam pemalas. sebab aku rebus je ayam tu dengan perencah sup. hahaha. mati kelaparan la sapa yang kena kawen ngan aku. pastu macam tak cukup. masak nasik satu pot kecik. terhabis pulak nasik tu. ah sudahhhhhh.


sambil terbungkang kekenyangan, layan citer asmara2 pulak. citer ni la paling aku tak minat. tapi entah napa, citer yang paling tak minat tu la aku tengok. sampai final episode pulak tu. macam citer asmara dulu tu la. benci-benci pun sampai ke tamat aku follow. 

 

lepas ber'asmara' ni nak tido la. hahaha.
next week nak exam dah. kang tak merasa nak tido awal.


errr... sebelom tido kena mandi dulu. mandi sikit-sikit je. sejuk laaa....


No comments: