Friday, April 22, 2011

Hari Bumi.

selamat hari bumi semua!
errr... patut wish pada bumi ke pada orang? keconfusedan disitu... -_-





kepada mereka-mereka yang sedang menghabiskan saki-baki gaji terakhir walaupun tau ada 2 hari nazak lagi sebelum gaji menjelang tiba, bawak-bawak la membawak foldable bag sendiri. kurangkan penggunaan plastik secara berleluasa. jangan time hari bumi je... hari-hari esok, lusa, tulat, tonggeng pon kena kurangkan okeih.

sekian khidmat nasihat. 




pagi tadi ntah jam berapa aku tak hingat. ada sekumpulan penunjuk perahsaan (ni ayat kawan aku dalam sms dia tadi) tertonggok depan opis aku. setau aku ni orang-orang (tak pasti NGO ke persatuan ape ke) nak hantar memorandum pasal alam sekitar ni la. menteri dah cabut balik kg. so tinggal macai-macai kat opis la yang intertain. cerita sebenar dan seterusnya aku taktau. dan malas nak hambik tau sebab keja berlambak. lagi dasyat dari hari-hari sebelumnya. saja tau nak peniaya mood bercuti aku. huh!







untuk makluman semua ye. aku nak bagtau hal sebenar ni. kekerapan menghapdet belog sangat mendukacitakan setakat ini. makcik nuffnang pon agaknya dah malas nak melayan belog "idop penyegan, mampos taknak pulak" ni. dah standard pekerja veteran mensambong pengajian begini la ropanya. peksa nak dekat dah ni. stadinya harahararammmm. so aku telah mengambik keputusan drastik untuk bercuti selama 2minggu ye. 2minggu tauuuuu... sempena peperiksaan yang makin mengetarkan kalbu ni. harap-harap setan yang bergayutan di mataku dah berlari pergi lepas aku baca yasin semalam. malam ini plan nak stadi sampai tersenguk. plan je la. berdoaaaa...

bulan lepas (rasanya la..) 1st cek dari makchik nuffnang telah selamat dicashoutkan dan diterima. tapi belom selamat dimasukkan kedalam akaun bank. tak banyak mana pon. tu sebab tak bernapsu nak cashkan cepat-cepat. hahaha. eh ampon makcik nuffnang. bukan itu alasan. alasan sebenar sebab malas benar nak menghalakan kereta ke maybank yang sekangkang kera dari opis ni. susah sangat nak dapat parking. nak berjalan kaki... euwwww tak tahan panaasssss okeih. (panas lagi api neraka. insapppp)

bercerita pasal exam kan. semester ni memang dasat tau. hari pertama je dah ada 2paper. pagi petang sakan aku dok kat dewan raja muda musa tu nanti. aduyaiiii... 1paper tu rasanya boleh buat, lagi 1 tu tibai je kot. dah la buku tebal nak mammmmm... langsong takda shortnotes pulak tu. dalam buku penuh ayat-ayat membunuh. kalaulah buku tu umpama majalah mangga, boleh jugak aku baca. tapiii tuuu diaaaa... hanya mereka-mereka yang tau sahaja memahaminya. sobs sobs...





mode EXAM = ON


dont play-play okkkk... pls pray for me too! (:

No comments: