Thursday, April 28, 2011

Gelas Coca-Cola kini kembali di McDonalds!

sejak kejadian sakit perot lepas makan McD tahun lepas memang aku tak pandang dah McD ni. kalau dulu pantang lapar sikit je drive-tru McD ni dulu yang aku cari. tapi sekarang ada orang nak belanja pon aku tolak. see? sungguh kuat semangat kan. terima kasih McD sebab sakitkan perot aku sampai aku terlantar 2hari.

tapi tu dulu laaaa... dah 4bulan berlalu. setakat ni dah terrrrr-makan breakfast@McD. tu pon sebab Cik Mai belanja sempena apa ntah. budak ni memang suka belanja kitorang. murah lah rezeki dia hendaknya kan. alhamdulillah....

pada peminat-peminat McD tegar tu jangan lupa dapatkan gelas cun ni sebelom kehabisan ya. dah start dah pukul 11pagi tadi. seminggu satu gelas je tau. jangan tamak.




dah snap gambar iklan dalam paper Metro tadi tapi takleh nak bluetooth ke labtob la pulak. 

henpon tak canggih... -_-"




No comments: