Saturday, April 30, 2011

Feelinggggg...



Colbie Caillat - I do




Plain White T's - Rhythm of Love


feeling jadik bini kedua Prince William. boleyyyy?

studynya tidakkkkk... Dussshuuuummmmmsss!!!




malam ni layan AF9 tanpa pengkritik tetap nombor 2. dia balik kampong la pulak. haishhh. mengutuk sorang-sorang la aku malam ni. (-_-)"



Friday, April 29, 2011

Cinta orang ado-ado...

dah habis mengigit jari?




Duke & Duchess of Cambridge



tak cukup jari tangan, jari kaki pon boleh jugak kalau nak.


meremang bebulu aku nengok royal wedding petang tadi. see? siapa cakap anak raja tak pandang orang ado-ado atau rakyat biasa ni? ini yang aku rasa macam ada harapan kawen dengan anak raja ni. anak raja negara mana la kan? rasa-rasa negara uganda tempat kelahiran maigaga eng tu ada tak anak raja hensem dan tak botak? hakhakhak.






seko-seko menggelupur lepas mentengok royal wedding. komen terpaksa dirahsiakan demi menjaga nama baik keluarga. (6_6)





Thursday, April 28, 2011

Gelas Coca-Cola kini kembali di McDonalds!

sejak kejadian sakit perot lepas makan McD tahun lepas memang aku tak pandang dah McD ni. kalau dulu pantang lapar sikit je drive-tru McD ni dulu yang aku cari. tapi sekarang ada orang nak belanja pon aku tolak. see? sungguh kuat semangat kan. terima kasih McD sebab sakitkan perot aku sampai aku terlantar 2hari.

tapi tu dulu laaaa... dah 4bulan berlalu. setakat ni dah terrrrr-makan breakfast@McD. tu pon sebab Cik Mai belanja sempena apa ntah. budak ni memang suka belanja kitorang. murah lah rezeki dia hendaknya kan. alhamdulillah....

pada peminat-peminat McD tegar tu jangan lupa dapatkan gelas cun ni sebelom kehabisan ya. dah start dah pukul 11pagi tadi. seminggu satu gelas je tau. jangan tamak.




dah snap gambar iklan dalam paper Metro tadi tapi takleh nak bluetooth ke labtob la pulak. 

henpon tak canggih... -_-"




Friday, April 22, 2011

Hari Bumi.

selamat hari bumi semua!
errr... patut wish pada bumi ke pada orang? keconfusedan disitu... -_-





kepada mereka-mereka yang sedang menghabiskan saki-baki gaji terakhir walaupun tau ada 2 hari nazak lagi sebelum gaji menjelang tiba, bawak-bawak la membawak foldable bag sendiri. kurangkan penggunaan plastik secara berleluasa. jangan time hari bumi je... hari-hari esok, lusa, tulat, tonggeng pon kena kurangkan okeih.

sekian khidmat nasihat. 




pagi tadi ntah jam berapa aku tak hingat. ada sekumpulan penunjuk perahsaan (ni ayat kawan aku dalam sms dia tadi) tertonggok depan opis aku. setau aku ni orang-orang (tak pasti NGO ke persatuan ape ke) nak hantar memorandum pasal alam sekitar ni la. menteri dah cabut balik kg. so tinggal macai-macai kat opis la yang intertain. cerita sebenar dan seterusnya aku taktau. dan malas nak hambik tau sebab keja berlambak. lagi dasyat dari hari-hari sebelumnya. saja tau nak peniaya mood bercuti aku. huh!







untuk makluman semua ye. aku nak bagtau hal sebenar ni. kekerapan menghapdet belog sangat mendukacitakan setakat ini. makcik nuffnang pon agaknya dah malas nak melayan belog "idop penyegan, mampos taknak pulak" ni. dah standard pekerja veteran mensambong pengajian begini la ropanya. peksa nak dekat dah ni. stadinya harahararammmm. so aku telah mengambik keputusan drastik untuk bercuti selama 2minggu ye. 2minggu tauuuuu... sempena peperiksaan yang makin mengetarkan kalbu ni. harap-harap setan yang bergayutan di mataku dah berlari pergi lepas aku baca yasin semalam. malam ini plan nak stadi sampai tersenguk. plan je la. berdoaaaa...

bulan lepas (rasanya la..) 1st cek dari makchik nuffnang telah selamat dicashoutkan dan diterima. tapi belom selamat dimasukkan kedalam akaun bank. tak banyak mana pon. tu sebab tak bernapsu nak cashkan cepat-cepat. hahaha. eh ampon makcik nuffnang. bukan itu alasan. alasan sebenar sebab malas benar nak menghalakan kereta ke maybank yang sekangkang kera dari opis ni. susah sangat nak dapat parking. nak berjalan kaki... euwwww tak tahan panaasssss okeih. (panas lagi api neraka. insapppp)

bercerita pasal exam kan. semester ni memang dasat tau. hari pertama je dah ada 2paper. pagi petang sakan aku dok kat dewan raja muda musa tu nanti. aduyaiiii... 1paper tu rasanya boleh buat, lagi 1 tu tibai je kot. dah la buku tebal nak mammmmm... langsong takda shortnotes pulak tu. dalam buku penuh ayat-ayat membunuh. kalaulah buku tu umpama majalah mangga, boleh jugak aku baca. tapiii tuuu diaaaa... hanya mereka-mereka yang tau sahaja memahaminya. sobs sobs...





mode EXAM = ON


dont play-play okkkk... pls pray for me too! (:

Wednesday, April 20, 2011

Bieber Fever.

malam tadi layan lagu-lagu si budak Bieber ni dalam Glee 2. syiok pulak bila dorang nyanyi lagu ni, "Somebody to Love".






bila tengok si Justin Bieber ni mesti teringat kat niece aku sorang ni...




berangan nak jadik Bieber gak la... tapi terjadik Nana Biebir... haha. (ni kalo dia tau ni mati aku)


mau jumpa si budak Bieber ni?



21 April 2011 jam 8.30 malam kat Stadium Merdeka. tiket aku taktau mana nak dapat. pandai-pandai la korang carik hokey.



Friday, April 15, 2011

[HELP] Kak Emila needs more LIKE

Kak Emila needs to win this because Kak Emila wants to draw while traveling. Prizes are sponsored trips by MAS. You need to help Kak Emila by clicking the LIKE button at the end of the post here: Of Vongole and Cafe Latte.



Closing time is 11.59pm tonight.








p.s. reblogged. pls help her ok. (:

Wednesday, April 13, 2011

i heart u.





p.s. happy birthday to my sister, Jujue. (:

Tuesday, April 12, 2011

layan asmara malam selasa.

tajuk agak tak boleh blah kan? (>_<)


semalam ada speaking muet test. gelabah siut. mengagau tetiba nak berspeaking. aku kalo tang 'test' or 'exam' memang cuak. tapi rasanya ok kot. takda la bongok sangat. kita tunggu pulak sabtu ni test penghabisan. harap-harap soalan senang.


tengahari tadi, ada sesi pemilihan korum. kalah... haha. besok sambung lagi lawan. bukan reti main pun. saja nak bagi saingan je kat orang lain. mana boleh dorang senang-senang dapat masuk sukan terus. gila keji kan? ada aku kesahhhh...


petang pulak tadi dah siap-siap nak praktis netball. maklum la ketua dah mengamok aku tak datang training lansung. dah bersemangat kesukanan alih-alih hujan turun dengan lebat bersama petir. terpaksa balik sebab takut kena panah petir.


balik tadi lapar gila. maybe sebab hujan kot. ah alasan. padahal memang kuat melantak. tapiiiii...(ada gak tapi kan?) tadi kan aku masak makanan berkhasiat. sup ayam pemalas. sebab aku rebus je ayam tu dengan perencah sup. hahaha. mati kelaparan la sapa yang kena kawen ngan aku. pastu macam tak cukup. masak nasik satu pot kecik. terhabis pulak nasik tu. ah sudahhhhhh.


sambil terbungkang kekenyangan, layan citer asmara2 pulak. citer ni la paling aku tak minat. tapi entah napa, citer yang paling tak minat tu la aku tengok. sampai final episode pulak tu. macam citer asmara dulu tu la. benci-benci pun sampai ke tamat aku follow. 

 

lepas ber'asmara' ni nak tido la. hahaha.
next week nak exam dah. kang tak merasa nak tido awal.


errr... sebelom tido kena mandi dulu. mandi sikit-sikit je. sejuk laaa....


Friday, April 8, 2011

Sambungan cerita jalan-jalan yang bila entah nak habis. (0.o)


..............................................................................



T____________________T



ok ok.. tak ingat takpa la. dah sebulan 5 hari siapa la nak beria-ia nak ingat entry tu kan. (-_-)

tengah boring ni. jusco taman equine ada buat jusco card member sale pulak. tapi malangnya kengkawan seshoppingan takda. cuti bersalin. adehhhhh. selamat duit aku. hakhakhak. lagipun besok nak amik spek baru. rm530 tauuuu. adui rabak beg duitku.




aku pon tak ingat sangat jalan cerita gambar-gambar ni. bulan 2 okkkkkk. dah la asik terminum semut je. ape kejadah la semut-semut ni asyik nak bunuh diri dalam bekas air aku.

kalo mengikut fokus mata aku ni, si yan tengah berlakon mempilih ikan-ikan bilis disitu. sebabnya dia tak beli pon. berlakon suruh aku tangkap gambar je. lagipon baru je nak bersiar-siar, takan nak kehulu-kehilir bawak semua tu kan. kang dah nak balik baru boleh beli.




yang ni pon sama. dari ujung kedai tangan tak berenti pilih-pilih ikan bilis. belinya tak jugak. dalam beg merah tu ada nasik lemak sebungkus. mak belikan. huhuhu.





kopok kaler-kaler camni kat losong ada jual tak? tadekkkkk kan? kan?





ehhhh. ni gambar masa kat jeti pangkor. malas nak ikut turutan sebenar. semua naik van kalerrrr pinkkkk okehhhh. auwww so suwitttttt...




sedang kami berjalan-jalan di tengahari yang rembang. kasut pulak putus. bukan kasut aku. kasut yan. satu hal lak nak mencarik kedai kasut. mana ada cikak. ni pon kira nasib baik la jumpa selipar hijau. jadik la asal ada.





panas sangatttt. nasib baik tak jadik nak bermandi-manda (kalo jadik pon takdenya aku nak mandi) .panas gila! yang si baju hitam tu taktau la camna. memang kompom sauna la kau.





tengah panas rembang pon ramai gak orang mandi. heran aku... deme ni tak takut kanser kulit ke ha? (alasan)





aku tak ingat apa nama tempat ni. rasanya pasir bogak kot. tempat ni je la pon yang ramai orang. chalet pon banyak. time ni raya cina kompom penuh la.





haaa tang ni aku nak citer lain. ni time kitorang dalam feri aritu. mamat ni dok depan kitorang. bukan nak ngorat pon. takda hensem. cuma nak bagitau... ketiak dia masammmmmmmm sangggaaaattttttt... pegi mandi la woooiiiiii!!!! tetiba rasa nak muntah. weeekkkkk!




ni pekan pangkor. suasana amat ramai orang. balik kang berbaris panjang. takpa takpa sekali-sekala.





"lu haaa... jangan carik pasat haaa... mau gaduh kaaa...", tu cakap dalam hati saja.

ayat sebenar, "nak sewa van bole..."





disebabkan takda arah tujuan tengahari rembang tu. kami decide untuk pusing-pusing pulau. satu van untuk 3 orang rm80. boleh laaaa tong-tong. kalo tak harga sebenar dia nak charge rm100. kalo tipu pon lantak dia la. janji kami tak mati kekeringan kat situ.


ok macam biasa tunggu bulan depan baru cerita sambungan.


ahakahakahak. ok tak kelakar.


besok ada replacement class. lagi 2weeks nak exam. isnin minggu depan ada muet test. dah nak final year baru hegeh-hegeh. apa nak buat. dah lumrah student retro. hakhakhak.

Wednesday, April 6, 2011

Terima kasih kepada suami tercinta?



cuba tengok sampai habis.

solid dan cantikkkkk.
malang.. malang..