Thursday, March 3, 2011

Cerita sawah padi, sekolah lama saya dan naik feri...

Dari sehari-sehari nak mengupdate belog tapi tak kesampaian. Masa begitu mencemburui saya. Eewahhh. Apa kes saya-saya ni? ;p Saja mau tukar hangin. Sekarang asyik hangin satu badan je. Grrr... nak period agaknya. -__-"

Nak cerita pasal aktiviti cuti gongxi fai cai bulan lepas. Hahaha. Bukan main lamaaaaa. Kan dah cakap tadi masa takda (:

Planning menghabiskan cuti raya cina nak tido kat Pulau Pangkor. Tapi mengenangkan cuti tak berapa nak ada makanya plan jalan-jalan sehari suntuk saja. Gerak jam 8 pagi tapinya macam biasa janji-janji pelesu saja ye. Dekat jam 9 baru seko-seko mengelabah nak menunjukkan muka. Kali ni aku ngan Yan pick-up Aemy kat rumah dia. Suppose hari tu (sabtu) adik dia bertunang. Ntah apa dia kelentong kat mak dia, orang tua tu bagi permission ikut kitorang. Kalau dia takda memang plan tak menjadik pon. Keahlian tak cukup. hehe.

Nak ke Pulau Pangkor, kitorang tak ikut jalan Bota, Parit apa semua tu. Kitorang ikut jalan Changkat Lada. Ntah apa nama orang panggil ntah aku pon tak ingat. Lagipun aku memang tak pernah jalan situ. First time jugak la. Ni pon Yan ngan Aemy yang ajar. Aku as a drive as usual hanya pandu dan maki. Hahaha.




Ikut jalan ni memang best. Saujana mata memandang gitu. Nak pulak view camni haaaa. Langit nan membiru, sawah padi nan hijau menguning. Ececeyyy.  



Si jakun dan padinya. 




Kalau bab berlakon serah je kat minah-minah ni. Engkau orang ingat pakai baju hitam tengahari buta ni boleh kasik efek kurus kahhhhhhh?



Apa tema posing ni pon aku taktau. Janji ada efek lalang macam outdoor photoshoot orang kahwin tu. Tapi ini version lalang lagi tinggi dari orang. 



Jumpa sekolah lamaaaa..weehooo!!!
Actually, mula-mula aku masuk sekolah ni patblastahun nan lalu nama dia Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung. Masa tu kitorang 2nd batch budak teknik kat situ sebab sebelum tu ini sekolah vokasional. Kat sini cuma ada course eletrikal dan elektronik je. Budak-budak karan semua ni tau. Perempuan ada berapa kerat je pon. At last sekolah ni bertukar kembali ke nama Sekolah Menengah Vokasional Seri Manjung atas sebab-sebab yang korang boleh la meng-google-nya sendiri. Takpun pegi talipon pejabat am sekolah tanya kenapa dorang tukar balik ke vokay. Pastu korang bagitau aku boleh? ;p

Aku sempat posing 2-3 kali je. Ni pon kat pintu pagar je lah. Nak masuk dalam segan pulak. Kang terjumpa ngan cikgu-cikgu jenuh pulak nak menjawab kang. Taktau la dorang ingat lagi ke tak kat aku ni. Budak low profile memang susah sikit nak ingat. 

Misi perjalanan diteruskan ke Lumut. Jenuh gila bai nak carik parking. Sesak gila. Dekat namblaskali agaknya pusing-pusing Lumut tu semata-mata nak carik parking. Last-last park depan kedai kat bas stesen. Lantak kau lah. Janji aku ada parking. Siap mintak pacik kedai tu tengok-tengokkan kereta. Hahaha.




Nak beli tiket feri pon satu hal jugak. Beratur panjang okeh. Kitorang beli tiket Pan Silver Ferry tu. Sorang cuma seploh henget sahaja. (:



Patblastahun nan lalu, jeti ni takda sebesar ini. Nampak nau dah beradab kaki aku tak jejak ke sini. Camno nak jejaknya, bukan ada kebenda pon nak pergi sini. Takat nak round-round baik lepak kat rumah main dengan miaw. Teringat lak kat miaw-miaw kat kampong tu. Dah beso agaknya dah dorang tu. T____T



Nak naik feri pon bukan main panjang nak beratur. Apa benda lah korang semak-semak nak gi ikut aku pegi Pangkor hah? Ke kitorang yang ikut menyemak kat sini? ehek ehek.

Apa yang kitorang buat kat Pulau Pangkor? Ikuti episod seterusnya selepas ini.







Errr... ntah bila nak sambung tak pasti. Tunggu je lah ye... -_____-"


Babai.

6 comments:

erkies said...

kak yat.. panjang nye cerita..

nkara said...

gambar banyakkkkk...
takan nak buat pekasam kan.

sabar ye para-para hadirin sekalian.
kekekeke ;p

S..U..D..@..I..S said...

hijauan padi terbentang teringat kampungku...huhu

qistinasafiah said...

Punyalaa sanggup amik gambar dalam semak tu! Ish3, ni tak lain terpengaruh dengan wedding photoshoot Dato' angkasawan itu :P

nkara said...

SUD@IS,
syiok tengok sawah padi camni kan?
kat kg aku ada kelapa sawit je..
kena la numpang kg org..huhu

nkara said...

nina,
ni aunty yan punye idea la nih..
sangup tu dia masuk semak..
seb baik takde yg tumpang bergambo ngan kitorang..ahahaha