Tuesday, March 29, 2011

Hepi besdei to me.

hepi besdei to me...
hepi besdei to me...
hepi besssdeeeeiiii tooooo meeeeee..........
hepi besdei to me...


(>_<)

Monday, March 28, 2011

Krohhh Kroihhhh...

kerja dan belajar semakin memeningkan kepala. tang belajar tu memang takleh kata apa. memang sendiri nak. sendiri mau ingat lah kan? serius memang mencabar bila berkerja sambil belajar. nak pulak kerja sekarang ni memang banyak dan perlu banyak bersabar dengan karenah orang ramai especially bos-bos. balik kerja dah penat. kunun-kunun nak siapkan kerja-kerja sekolah akhirnya berakhir dengan krohh kroihhhhh... -_-

sekarang opis tengah buat kerja overtime. tapi malas sangat nak buat. kalau ikutkan dulu-dulu memang pantang ada overtime sebab boleh lah tambah duit sikit. dah lah gaji seciput okeh.

eh alhamdulillah. kena syukur okeh. orang lain belum tentu dapat kerja camni tau. ok ok insappppp.












tadi macam banyak bebeno nak membebel. idea tadak. nak siapkan kerja sekolah pulak.

tatah.




p.s.

errr... esok besdei aku, tapi sayamku dah bagi adiah siap-siap semalam. "in advance, bukan macam orang tuuuu.." moncong arah aku. ok fine. tau la aku bagi adiah lewat sebulan. -___-






Saturday, March 26, 2011

Sejam je bang...

ada sesapa pikir yang bukan-bukan tak?
takda benda mengarut pon kat sini.
hahahaha...



friendly reminder...
please spread and support this event turn off your light and minimized the uses of electricity only for an hour.








all for the love of the environment. <3







Monday, March 21, 2011

No Title.

mana-mana sekarang orang dok memperkutukkan memperkatakan pasal si Miera Liyana. sapakah beliau? anda boleh klik nama tersebut.

dah seminggu rupanya aku tak update belog ni. sangat terabai. serabai pon ada jugak ni. tapi tang tuan dia. serabai sebab nak menyiapkan eseimen yang berlambak-lambak. bulan depan dah nak start exam dah. lagi nak dekat exam, lagi banyak pulak kelas tambahan. so bertambah-tambah pressure la sebab dateline eseimen semua pada tarikh yang sama. ohhh tidaaaakkkkkk!

tadi dah apply cuti sebanyak 2 hari semata-mata nak buat discussion menyiapkan eseimen yang perlu dihantar minggu depan. paling gila, subjek Project Management. eseimen merangkap real proposal untuk UNDP mengenai Mangrove Regeneration Project. if proposal ini approved makanya kitorang dikira sebagai team members untuk projek nih. yang kedua paling gila, subjek Innovation Management. dengan takda kelasnya, dengan lecturer yang ada masalah dengan previous lecturernya (tapi bukan salah lecturer sekarang). tup-tup semalam dalam kelas, lecturer kata ada test, kuiz, eseimen bla bla bla. semuanya next week jugak. takpa takpa... semua dugaaaannnnnnnnn! -_-

nak buat kerja pon malas hari ni. ada ot pon malas jugak nak buat. maybe nak balik cepat hari ni. maybe nak berbuka puasa kat luar dengan orang tu. maybe nak makan banyak-banyakkkkk. maybe nak try hint-hint mintak hadiah untuk birthday ujung bulan ni. maybe.... banyak btol maybe kau kan? kekekeke.

oh lupa.

last week, adik aku punya majlis perkahwinan. nanti next entry (ntah bilaaaaaaa...???) aku akan cerita. suka tengok baju dia. tapi kalau aku pakaiiii... ermmmm... pikir lah sendiri.

oh lagi satuuu...

cuba tengok ni...

 






nampak tak?

nampak takkkk???

kau nampak ke idakkkk???

ish ish...










aku tunjuk bulu mata palsu aku laaaaaaaa.....

Wednesday, March 9, 2011

Firework.



" You don't have to feel like a waste of space. 
You're original, cannot be replaced. 
If you only knew what the future holds. 
After a hurricane comes a rainbow.

Maybe you're reason why all the doors are closed. 
So you could open one that leads you to the perfect road.
Like a lightning bolt, your heart will blow. 
And when it's time, you'll know.
You just gotta ignite the light. 
And let it shine. "



Tuesday, March 8, 2011

You're MARRIED Now !



“Be glad of life because it gives you the chance to love and to work and to play and to look up at the stars.”



~ Henry Van Dyke ~



p.s. Congrats for my lovely little sister, "Jujue" on your matrimony... (:

Thursday, March 3, 2011

Cerita sawah padi, sekolah lama saya dan naik feri...

Dari sehari-sehari nak mengupdate belog tapi tak kesampaian. Masa begitu mencemburui saya. Eewahhh. Apa kes saya-saya ni? ;p Saja mau tukar hangin. Sekarang asyik hangin satu badan je. Grrr... nak period agaknya. -__-"

Nak cerita pasal aktiviti cuti gongxi fai cai bulan lepas. Hahaha. Bukan main lamaaaaa. Kan dah cakap tadi masa takda (:

Planning menghabiskan cuti raya cina nak tido kat Pulau Pangkor. Tapi mengenangkan cuti tak berapa nak ada makanya plan jalan-jalan sehari suntuk saja. Gerak jam 8 pagi tapinya macam biasa janji-janji pelesu saja ye. Dekat jam 9 baru seko-seko mengelabah nak menunjukkan muka. Kali ni aku ngan Yan pick-up Aemy kat rumah dia. Suppose hari tu (sabtu) adik dia bertunang. Ntah apa dia kelentong kat mak dia, orang tua tu bagi permission ikut kitorang. Kalau dia takda memang plan tak menjadik pon. Keahlian tak cukup. hehe.

Nak ke Pulau Pangkor, kitorang tak ikut jalan Bota, Parit apa semua tu. Kitorang ikut jalan Changkat Lada. Ntah apa nama orang panggil ntah aku pon tak ingat. Lagipun aku memang tak pernah jalan situ. First time jugak la. Ni pon Yan ngan Aemy yang ajar. Aku as a drive as usual hanya pandu dan maki. Hahaha.




Ikut jalan ni memang best. Saujana mata memandang gitu. Nak pulak view camni haaaa. Langit nan membiru, sawah padi nan hijau menguning. Ececeyyy.  



Si jakun dan padinya. 




Kalau bab berlakon serah je kat minah-minah ni. Engkau orang ingat pakai baju hitam tengahari buta ni boleh kasik efek kurus kahhhhhhh?



Apa tema posing ni pon aku taktau. Janji ada efek lalang macam outdoor photoshoot orang kahwin tu. Tapi ini version lalang lagi tinggi dari orang. 



Jumpa sekolah lamaaaa..weehooo!!!
Actually, mula-mula aku masuk sekolah ni patblastahun nan lalu nama dia Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung. Masa tu kitorang 2nd batch budak teknik kat situ sebab sebelum tu ini sekolah vokasional. Kat sini cuma ada course eletrikal dan elektronik je. Budak-budak karan semua ni tau. Perempuan ada berapa kerat je pon. At last sekolah ni bertukar kembali ke nama Sekolah Menengah Vokasional Seri Manjung atas sebab-sebab yang korang boleh la meng-google-nya sendiri. Takpun pegi talipon pejabat am sekolah tanya kenapa dorang tukar balik ke vokay. Pastu korang bagitau aku boleh? ;p

Aku sempat posing 2-3 kali je. Ni pon kat pintu pagar je lah. Nak masuk dalam segan pulak. Kang terjumpa ngan cikgu-cikgu jenuh pulak nak menjawab kang. Taktau la dorang ingat lagi ke tak kat aku ni. Budak low profile memang susah sikit nak ingat. 

Misi perjalanan diteruskan ke Lumut. Jenuh gila bai nak carik parking. Sesak gila. Dekat namblaskali agaknya pusing-pusing Lumut tu semata-mata nak carik parking. Last-last park depan kedai kat bas stesen. Lantak kau lah. Janji aku ada parking. Siap mintak pacik kedai tu tengok-tengokkan kereta. Hahaha.




Nak beli tiket feri pon satu hal jugak. Beratur panjang okeh. Kitorang beli tiket Pan Silver Ferry tu. Sorang cuma seploh henget sahaja. (:



Patblastahun nan lalu, jeti ni takda sebesar ini. Nampak nau dah beradab kaki aku tak jejak ke sini. Camno nak jejaknya, bukan ada kebenda pon nak pergi sini. Takat nak round-round baik lepak kat rumah main dengan miaw. Teringat lak kat miaw-miaw kat kampong tu. Dah beso agaknya dah dorang tu. T____T



Nak naik feri pon bukan main panjang nak beratur. Apa benda lah korang semak-semak nak gi ikut aku pegi Pangkor hah? Ke kitorang yang ikut menyemak kat sini? ehek ehek.

Apa yang kitorang buat kat Pulau Pangkor? Ikuti episod seterusnya selepas ini.







Errr... ntah bila nak sambung tak pasti. Tunggu je lah ye... -_____-"


Babai.