Saturday, February 19, 2011

Team Building.

tujuan membukak labtob malam ni nak membuat kerja sekolah. macam biasaaaa tinggal lagi beberapa hari baru kecoh-kecoh nak selesaikan semua eseimen. tiap kali naik sem mesti azam sem baru nak buat eseimen cepat-cepat taknak last minutes. dah masuk sem, SAMA je. tak berubah pon. -_-"

dan lagi satu, on je labtob bukan buat eseimen. tapi login fb main cityville. hishhhh aje teruk beno budak nih!

okeh...sementara ada mood nak membebel dalam belog yang semakin sunyi je sejak dua menjak ni, meh aku nak berciter pasal kursus yang aku pergi last month (hui punya lama kan?). semenjak aku kerja, nih la first time aku pergi kursus teambuilding nih. aku nih kalau kursus yang banyak aktiviti outdoor ni memang sukeeee sangat. sapa yang suka dengar penceramah membebel je kan? ada? ada? kalau bagi kat aku memang tido la jawapnya. takpon kuar masuk toilet simbah air kat muka.


ini la tempat kursus tu. siap ada air terjun lagi okeh. tapi memasing takut nak mandi sebab takut penyakit kencing tikus yang tengah top satu ketika dulu. tapi ramai je aku nengok yang mandi-manda. dorang tak takut eh?



semasa kursus tu kitorang diberikan sebijik telur saiz c. kena jaga macam nyawa sendiri. mana-mana pegi tak kira la aktivit lasak ke santai ke wajib kena bawak telur ni. pastu jangan leka tinggal merata-rata sebab kalau konsultan ambik or telur tu pecah kena bayar 5hengget okeh. macam-macam adegan gak pasal telur ni. masing-masing mentunjukkan kekreatifan macamana nak pastikan telur tu selamat.



macam kursus lain, slot indoor dihabiskan dengan membuat aktiviti berkumpulan. kena melukis la, discussion la, berlakon dan menyanyi pon ada. tang tu aku kureng sikit sebabnya aku memang takde talent dalam bab-bab menjadik pelakon dan penyanyi ni. mintak mahap la ye. dah la cuaca time tu pagi petang asyik hujan je, tu belom aku nyanyi tu kalau idak dah ribut taufan puting beliung dah tu.


bab makan agak out sikit. dah nama pon training resort kan? toksah la nak berangan macam resort ala-ala hotel 3bintang pon. makanan biasa-biasa je. cukup la kang tak bangun lak udah la musim ujan. siap basuh pinggan sendiri okeh. dah last day baru urusetia kata takyah basuh dah masuk sekali dalam pakej. anggap je la itu cobaan. grrrrr...



aku tak perasan lak budak-budak ni tangkap gambar aku. dah kena tutup mata macamana nak nampak kan? time aku kena ni pusing bukan main jauh.

ada banyak lagi aktiviti outdoor yang kitorang buat. masuk selut (paling horror!), berakit, redah air terjun, highrope dan meredah hutan. siap silap masuk track lagi. sepatutnya track yang betul tak sampai sejam pon tapi kitorang siap redah yang 2jam punya tau. dengan takda map (dah lenjun time redah air) selamba masuk hutan. nasib baik tak masuk track yang 8jam punya. kalau tak ada yang masuk tv malam tu. yang sedihnya takda gambar kenangan pon. dah la hujan, nak bawak kamera pon susah. ):



pastu last day tu dapat main paintball. memang tak pernah aku main bendalah ni. first game group aku kalah dan aku pon mati kena tembak bertubi-tubi kat peha. cilakak ar. lebam tau. time tu aku tengah menyorok tak perasan ada musuh belah kiri. dah la ujan tak nampak okeh. ceh alasan bukan main. next game, kitorang memang. aku berjaya tak mati lagi sekali. siap bagi senapang sendiri bagi kawan back-up sebab dia punya dah habis. dah takda senjata memang aku tak kemana la kan. dok menyorok dari awal sampai habis. hahahaha. penat rupanya main paintball ni. taktau la bila nak main lagi. hehe.



aku takda pon dalam ini wayang. sebenarnya dengki dorang tangkap gambar time aku kecoh-kecoh balik mandi. ceh!



aku la yang bagi idea posing macam ni. tu bukan peace tau. tu duaaaaaa... sempena memperingati group aku yang sesat dalam hutan selama 2jam hari tu. ngehehehe.


1 comment:

S..U..D..@..I..S said...

flashback beberapa tahun lalu teambulding juga ..pas balik sebulan hilang abih....mungkin kena selalu anjurkan kursus macam ni lagi pun boleh rilek minda...