Friday, February 11, 2011

Ayam Penyet.

malas sangat sekarang nak menghapdet belog ni. sejak tukar kerjaya ni takda masa pulak nak berfesbuk, berbelog, berbelogwalking, bertenet-tenet di alam maya. haihhhhh. takpa takpa. dalam masa 6 bulan ni aku kena jadik sifu dulu, bila dah pandai kang baru pandai membahagi masa. sabar sabar.

so sempena penyakit malas aku kurang sikit hari ni aku nak citer pasal sejenis makanan ni. nama dia kat tajuk tu ha ada. ni first time ok aku makan ayam penyet ni. selalu dok dengar orang citer yang best-best saja. so alang-alang ada orang bermurah hati nak belanja. wa followwwww...



walaupon aku berdarah separa jawa, tapi ini kali pertama ok aku jumpa ayam penyet yang selalu disebut-sebut ini tau. mak aku takda la pulak citer pasal smashed chicken ni. ke dia pon tak pernah makan?



aku dilantik sebagai pengorder makanan. fuhhhhh. nampak tuuuu bukan main pening nak pilih menu. rambang mata hitamkuuuuu. padahal berlakon je ni. hehehehe.



tetiba jakun pulak kan. bendalah ni pon nak ditangkap gambar. kasik can la orang first time jejak makanan jawa ni.



agak-agak kau meleleh air liur nengok aku makan kang, sila la order sekali ye. macam-macam ada. macam-macam sedap. tetiba air liur aku pulak yang meleleh. slurpppppeeee.



tukang bayar bersama Green Apple Juice Snow Shake. yang bulat-bulat hitam tu rasa kenyal-kenyal macam apa ntah. taktau apa nama benda tu. nanti kalau sesapa order bagitau aku apa nama benda tu ek.



tu baru nampak separuh je tu. yang separuh lagi tak muat dalam gambar. ni kitorang order nasik, AP Ayam Penyet, Udang Penyet dengan Pecal. portions masing-masing punya la penuh. ingatkan sikit. sekalinyaaaaa...hambik kau. memang bersilat la aku ngabihkan semua tu. nak pulak pecal tu ha. dia kata pecal ni pedas sikit, sekali pedas gila. tapi still boleh dimakan la. takda la pedas tak boleh makan langsung. kata orang jawa kannnnn takat pedas-pedas ni wa bedal semua ok. si yan siap makan berpeluh-peluh ok mentahan kepedasan. pedas tapi sedappppp.  



model sedang bergaya dihadapan kedai ayam pencen. eh ayam penyet. di IOI Mall, Puchong. depan pintu jusco je senang nak carik.

iklan ini tidak berbayar. hehehehe.


7 comments:

Lagenda said...

agak agak eh...sodap ko tak di tekak??

P/s: Baik2 review food ni kalo enggak mau disaman 6 juta! Miahahahaha...

nazirulhazwan~ said...

tak sodap makan kat sini, tak kone selero den;p

✿...fazilahpajil...✿ said...

besnye ayam penyekkkk

munna said...

teringin gak nak mencuba... ramai dah blogger yg promote ayam penyet

nkara said...

try la...kalo kena ngan tekak korang sedap la..bg aku so-so gitu...hehe

qistinasafiah said...

Err aunty, entah kenapa tekak Jawa ayah pun tak berapa nak 'terima' hehehe..

nkara said...

ooo yeke...
aunty sbb 'free' je...
bedalllll !!!