Tuesday, February 22, 2011

A Beauty Blog (:

aku telah menambah satu lagi link dalam Suka Baca dengan harapan aku akan jadik secantik dia. ok macam takda harapan. ): tapi sipi-sipi mungkin ada kalau aku terer bersolek semacam itu kan?

aku mengilai dia sekarang (:





Saturday, February 19, 2011

Team Building.

tujuan membukak labtob malam ni nak membuat kerja sekolah. macam biasaaaa tinggal lagi beberapa hari baru kecoh-kecoh nak selesaikan semua eseimen. tiap kali naik sem mesti azam sem baru nak buat eseimen cepat-cepat taknak last minutes. dah masuk sem, SAMA je. tak berubah pon. -_-"

dan lagi satu, on je labtob bukan buat eseimen. tapi login fb main cityville. hishhhh aje teruk beno budak nih!

okeh...sementara ada mood nak membebel dalam belog yang semakin sunyi je sejak dua menjak ni, meh aku nak berciter pasal kursus yang aku pergi last month (hui punya lama kan?). semenjak aku kerja, nih la first time aku pergi kursus teambuilding nih. aku nih kalau kursus yang banyak aktiviti outdoor ni memang sukeeee sangat. sapa yang suka dengar penceramah membebel je kan? ada? ada? kalau bagi kat aku memang tido la jawapnya. takpon kuar masuk toilet simbah air kat muka.


ini la tempat kursus tu. siap ada air terjun lagi okeh. tapi memasing takut nak mandi sebab takut penyakit kencing tikus yang tengah top satu ketika dulu. tapi ramai je aku nengok yang mandi-manda. dorang tak takut eh?



semasa kursus tu kitorang diberikan sebijik telur saiz c. kena jaga macam nyawa sendiri. mana-mana pegi tak kira la aktivit lasak ke santai ke wajib kena bawak telur ni. pastu jangan leka tinggal merata-rata sebab kalau konsultan ambik or telur tu pecah kena bayar 5hengget okeh. macam-macam adegan gak pasal telur ni. masing-masing mentunjukkan kekreatifan macamana nak pastikan telur tu selamat.



macam kursus lain, slot indoor dihabiskan dengan membuat aktiviti berkumpulan. kena melukis la, discussion la, berlakon dan menyanyi pon ada. tang tu aku kureng sikit sebabnya aku memang takde talent dalam bab-bab menjadik pelakon dan penyanyi ni. mintak mahap la ye. dah la cuaca time tu pagi petang asyik hujan je, tu belom aku nyanyi tu kalau idak dah ribut taufan puting beliung dah tu.


bab makan agak out sikit. dah nama pon training resort kan? toksah la nak berangan macam resort ala-ala hotel 3bintang pon. makanan biasa-biasa je. cukup la kang tak bangun lak udah la musim ujan. siap basuh pinggan sendiri okeh. dah last day baru urusetia kata takyah basuh dah masuk sekali dalam pakej. anggap je la itu cobaan. grrrrr...



aku tak perasan lak budak-budak ni tangkap gambar aku. dah kena tutup mata macamana nak nampak kan? time aku kena ni pusing bukan main jauh.

ada banyak lagi aktiviti outdoor yang kitorang buat. masuk selut (paling horror!), berakit, redah air terjun, highrope dan meredah hutan. siap silap masuk track lagi. sepatutnya track yang betul tak sampai sejam pon tapi kitorang siap redah yang 2jam punya tau. dengan takda map (dah lenjun time redah air) selamba masuk hutan. nasib baik tak masuk track yang 8jam punya. kalau tak ada yang masuk tv malam tu. yang sedihnya takda gambar kenangan pon. dah la hujan, nak bawak kamera pon susah. ):



pastu last day tu dapat main paintball. memang tak pernah aku main bendalah ni. first game group aku kalah dan aku pon mati kena tembak bertubi-tubi kat peha. cilakak ar. lebam tau. time tu aku tengah menyorok tak perasan ada musuh belah kiri. dah la ujan tak nampak okeh. ceh alasan bukan main. next game, kitorang memang. aku berjaya tak mati lagi sekali. siap bagi senapang sendiri bagi kawan back-up sebab dia punya dah habis. dah takda senjata memang aku tak kemana la kan. dok menyorok dari awal sampai habis. hahahaha. penat rupanya main paintball ni. taktau la bila nak main lagi. hehe.



aku takda pon dalam ini wayang. sebenarnya dengki dorang tangkap gambar time aku kecoh-kecoh balik mandi. ceh!



aku la yang bagi idea posing macam ni. tu bukan peace tau. tu duaaaaaa... sempena memperingati group aku yang sesat dalam hutan selama 2jam hari tu. ngehehehe.


Monday, February 14, 2011

So Retro.


pehhhh...dalam keta camni memang retro habislah. kaler merah nya makngah pulak tu. memang dah kena taste tu.



tapi yang ini pon ok gak. sentiasa setia bersama aku sejak dulu lagi. kurang meragam, kurang merajuk, kadang-kadang je buat hal. tapi tu biasa la kan? dah nama pon vantage. yang lama tetap jadik pojaan hatiku.

penah gak ada orang suruh trade-in budak besi ni. tapi hati tak sanggup wooh. tak sanggup nak berpisah. tak sanggup nak mentambah hutang keliling pinggang. dah la pinggang saiz xl, bole mati wooo. selagi budak besi ni sanggup berbakti pada tuan dia yang tau pakai tapi tak reti nak menjaga ni, selagi tu la aku setia pada yang satu. eh eh eh.

besok hari Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awal 1432H. ada perarakan sempena maulud nabi di Putrajaya jugak. banyakkan berselawat dan selamat berarak dan jugak selamat bercuti. (:

Saturday, February 12, 2011

Penangan HKLBR.

adakah ini pelakon-pelakon baru filem Hantu Kak Limah Balik Rumah 2?




Kak Limah.



Usop.




Comprak. 
(bomoh siam. thehehehe)



Abi Hurairah.



Pak Jabit.



Usin.


haaaa. ada sesapa lagi nak tambah? meh ambil kuiz ini. hehehehe.

Friday, February 11, 2011

Ayam Penyet.

malas sangat sekarang nak menghapdet belog ni. sejak tukar kerjaya ni takda masa pulak nak berfesbuk, berbelog, berbelogwalking, bertenet-tenet di alam maya. haihhhhh. takpa takpa. dalam masa 6 bulan ni aku kena jadik sifu dulu, bila dah pandai kang baru pandai membahagi masa. sabar sabar.

so sempena penyakit malas aku kurang sikit hari ni aku nak citer pasal sejenis makanan ni. nama dia kat tajuk tu ha ada. ni first time ok aku makan ayam penyet ni. selalu dok dengar orang citer yang best-best saja. so alang-alang ada orang bermurah hati nak belanja. wa followwwww...



walaupon aku berdarah separa jawa, tapi ini kali pertama ok aku jumpa ayam penyet yang selalu disebut-sebut ini tau. mak aku takda la pulak citer pasal smashed chicken ni. ke dia pon tak pernah makan?



aku dilantik sebagai pengorder makanan. fuhhhhh. nampak tuuuu bukan main pening nak pilih menu. rambang mata hitamkuuuuu. padahal berlakon je ni. hehehehe.



tetiba jakun pulak kan. bendalah ni pon nak ditangkap gambar. kasik can la orang first time jejak makanan jawa ni.



agak-agak kau meleleh air liur nengok aku makan kang, sila la order sekali ye. macam-macam ada. macam-macam sedap. tetiba air liur aku pulak yang meleleh. slurpppppeeee.



tukang bayar bersama Green Apple Juice Snow Shake. yang bulat-bulat hitam tu rasa kenyal-kenyal macam apa ntah. taktau apa nama benda tu. nanti kalau sesapa order bagitau aku apa nama benda tu ek.



tu baru nampak separuh je tu. yang separuh lagi tak muat dalam gambar. ni kitorang order nasik, AP Ayam Penyet, Udang Penyet dengan Pecal. portions masing-masing punya la penuh. ingatkan sikit. sekalinyaaaaa...hambik kau. memang bersilat la aku ngabihkan semua tu. nak pulak pecal tu ha. dia kata pecal ni pedas sikit, sekali pedas gila. tapi still boleh dimakan la. takda la pedas tak boleh makan langsung. kata orang jawa kannnnn takat pedas-pedas ni wa bedal semua ok. si yan siap makan berpeluh-peluh ok mentahan kepedasan. pedas tapi sedappppp.  



model sedang bergaya dihadapan kedai ayam pencen. eh ayam penyet. di IOI Mall, Puchong. depan pintu jusco je senang nak carik.

iklan ini tidak berbayar. hehehehe.


Wednesday, February 9, 2011

Jadi malas memang best kan?

sekarang aku dah malas nak berbelogwalkingan.
malas. malas. malas.

tapi kenapeeeeee???

jawapannya MALAS.

:o)

Tuesday, February 8, 2011

Cerita balik kampong.

syahdu okeh balik pagi raya. kekeke. kat highway plus walaupon kereta banyak tapi takda jem langsung. masa lalu kat tol LDP ada diskaun 60posen. kat tol lain takda pulak. -_-

jejak je kat kampong, teruskan kena kerahan mengecat rumah. dah macam kelim je aku tengok umah aku ni. kejap pink, kejap oren, kejap coklat. kat luar kaler lain, kat dalam lain. ahhh janji setel. maklum la nak kenduri besaran bulan 3 ni, semangat memasing berkobar-kobar je aku nengok. jangan time aku kang takda kobaran tu sudah. aku lepuk kang dahi seko-seko.

hari jumaat pulak, lepas kemas almari mak dan berperang dengan sitikus pegi station 18 carik barang jujue. banyak rupanya benda nak dicarik. selagi tak habis kenduri, selagi tu la tak habis-habis carik barang. kalau ikutkan nampak macam membazir, tapi biasa la kan.. kawen tu kalau boleh nak yang paling manis.



tengah sibok-sibok jaga adam (jadik babysitter okeh) boleh pulak terjumpa dengan lalinkku ni kat tesco station 18. sakan bersoping dengan mak dan adik-adiknya. mana laki ko ha? laki dia pegi kenduri kawen dengan bapak mentua. bagus bagus. jujue ngan kakni ada kat kamdar belakang tu ha. dok mencarik kain langsir. petangnya, sambong cat dan menkemas lagi. tunggu katil baru sampai dari pagi, pukul 7 baru sampai. memang janji kelim la kau. malam tido lena berkatil baru (pengantin belom guna lagi. lalalala)

sabtu, jalan-jalan pulau pangkor. nanti cerita lain okeh.

ahad sibok dengan program kenduri-kendara sedara-mara. mak sound suruh pegi, nanti kau kawen takda sapa nak pegi kang. okeh menurut perintah. makan sedap wooo. siap ada ikan bakar. disebabkan kepenatan berkenduri-kendara maka terpaksa mentalipon bos mintak cuti kecemasan. hahaha. nasib baik bos sangat baik. so petang tu pegi kg selabak edarkan kad kawen jujue. kalau dah ke sana tu memang lama la. orang-orang jawa memang peramah tapi kalau bersembang tu macam nak berperang. semua nak bercakap. hehehe.

sebelum balik semalam, pagi carik cat lagi dengan jujue. singgah kejap hospital batu gajah tengok adam kena tahan kat wad kanak-kanak sebab semput. asyik nangis je. sedih la pulak tengok. pastu petang pukul 4 baru gerak balik. singgah dulu umah iyong kat langkap antar langsir then terus ke sabak bernam antar kad kawen jujue kat abang udin. first time pegi, sesat. tunggu abang uding amik kat simpang kubor mana ntah. lepak-lepak jap kat kedai dia, then gerak balik pukul 7. sampai umah dekat pukul 10 malam. terus membuta tak sedar diri. nasib baik pagi tadi tak terbabas.

huargggghhhhhh...bestnya dapat tido time nih. -_-"

Wednesday, February 2, 2011

Rabbit. Webbit. Yebbit. Rabster.



Gong Xi (恭禧) Fa Cai (發財)
Xin Nian (新年) Kuai le (快樂)


 sama tak? hehehehe.
(gigih aku korek gambar ni kat sini)




p.s. belog akan bercuti selama 5 hari. hati-hati di jalan raya. babai. 
p.s.s. sori rabster. kekekekeke.


World Wetlands Day



to lead in sustainable management of natural resources and conservation of environment towards achieving national vision.


klik 'like' kat SINI hokeyyyyy. (: