Wednesday, January 5, 2011

Taman Rekreasi Gunung Lang.

macamana sambutan tahun baru anda? ada bagusssss???
dah 5 hari tahun baru baru dok tanya sambutan tahun baru eh. ish ish ish.
masuk tahun baru, profile kerja pon baru. ada job-rotation. so agak kebizian disitu. malas nak cerita sekarang sebab still dalam mode problemo. (:

malam tahun baru aku sambut dalam mimpi saje. pukul 10 dah tido. takde makna aku nak berjaga tengok tv tengah malam dah. tau je 31 Disember tu dapat cuti umum terus pecut balik kampong dengan housemate. gerak punye awal pukul 9 pagi sampai kampong pukul 5. merendek kat tanjung malim punya pasal.

besoknya, 1 Januari tahun baru 2011 pagi-pagi dah bersiap buat aktiviti adhoc. aktiviti yang takde dalam senarai tahun baru. tapi alhamdulillah amat berjaya!



actually, aku tak pernah jejak ke Gunung Lang nih. pernah beberapa kali ternampak dalam entry blogger-blogger lain yang kata tempat ni best. tak jauh pon dari bandar ipoh, lebih kurang 5minit je ikut Jalan Kuala Kangsar. signboard banyak. tak susah nak carik.



me and bestfren ever, Yan.
azam tahun baru kami adalah mahu kurus! say no more. ;')




tapi...
awal-awal azam itu GAGAL. LOL
thanks to Aemy for the delicious sardine sandwich. it's yummious! (bodekness yaw)



dah kenyang, standby untuk menteruskan perjalanan. teman dah 30 tahun jadi orang perak, tapi baru pertama kali datang sini. teruk bukan?



bot sentiasa ada, dont be risau. beli tiket dan anda bebas menaiki mana-mana bot. pastikan kuantiti tidak lebih 14 orang. jika tidak... tenggelam (tipu). takut berat kot, kang bot takleh pecut corner baring (lagi tipu). errr... dah pacik bot tu cakap jangan lebih 14 orang. bot tak muat.



fenomena di atas bot mau ke hujung sana. sekejap sangat... tak sampai 2 minit dah sampai. T__T





ada 3 jenis binatang peliharaan ada kat sana. burung unta yang keguguran bulu, rusa bermuka monyok (asyik-asyik pandang yang geng sama) dan monyet (banyakkkkkkk gila). anda boleh bagi makan pada monyet dengan membeli roti yang hanya boleh dibeli di kaunter tiket sahaja.



mari ikut saya skodeng mahu?



sambil posing, sambil skodeng pasangan di hujung pondok sana. HUHU...



team ekspedisi seramai tiga orang saja. program yang tanpa dirancang tapi sukses-sukses. syabas bete!
moh tengok gambar. tak larat nak caption satu-satu.









dekat 3 jam jugak kami lepak-lepak kat taman tu. nak balik kena tunggu bot kat jeti. oh ya, tiket sekali beli tu untuk pergi dan balik ok.









kita jugak boleh bagi ikan besar-besar makan kalau taknak pergi ke seberang taman tu. besar ok ikan-ikan tu. spesis apa ntah. nampak macam ikan koi dengan ikan patin. patin? masak patin tempoyak meleleh nih. ;p





makanan ikan jugak boleh dibeli kat kaunter tiket. hanya rm1saja, murah-murah.



penchenta kucen.
pantang nampak kucing mesti dia nak bergambar. 



beli tiket kat sini ye adik-adik. adult rm3 dan kanak-kanak/ warga emas hanya rm1.50 pergi dan balik. memang berbaloi-baloi.



dah bukak sejak tahun 2000 lagi. camna aku baru tau ni? kakak aku kata tempat ni tempat buang bangkai anjing. ntah pape la... dia dok ipoh pon tak penah pegi. -_-"





tiket kami. HAHA




secara history-nya, aku dan Yan berkawan dari kecik-kecik lagi. rumah pon depan-depan je. sekolah rendah dan sekolah menengah pon sama. masa sekolah menengah baru kenal Aemy sebab kitorang dok asrama. sekarang nih aku dan Yan berkeja di tempat kerja yang sama dan mensewa rumah yang sama jugak. memang tahap kembar siam nih. Aemy pulak seorang teacher kat Perak. tapi tiap tahun memang kitorang akan buat gathering, paling kurang pon time raya memang kena jumpa. maklum la we are single ladies. LOL



yeyyyyy!!!
kami dah datang, anda bila lagi? jom-jom melawat ke negeri Perak. macam-macam ada. HEHE.





akan datang...


tungguuuuuuu... ! ! !

22 comments:

erkies said...

post paling panjang n paling byk gambar.. nampak sangat ke"excited"an dia..

CahayaCintaIlahi said...

wow best la tempat ni
kt perak ekh ;)

Rafina Mimi Zairul Murni said...

gunung lang ni ada puncak x? :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

seronok pi sana sebab banyak tempat nak ber'fotogedik'.. he3

misza said...

macam best jer.nama je orang perak, baru tau gak ni.

nkara said...

erkies,

ada 2 lagi entry coming soon...lagiiii panjanggggg..hahaha


cahayacintailahi,

aah, kat ipoh perak. 5min saje.. (:

nkara said...

rafina,

puncak? errr... tak nampak.
kitorang dok bawah je..huhu


wahida,

yey betol! memang tempat best berfotogedikan...celet celet!

nkara said...

misza,

kena pegi dik..malu org perak (diri sendri pon sama dey!) aiyokkk...

Anonymous said...

Panjang nyer psot neh..huu

nkara said...

ye anon,

ada lagi yang lagiiii panjangggg lepas ni...haha

...fazilahpajil... said...

wah best nye berkelah2...

kelana fana said...

syoknya dpt jln2 ronda2..

[maizura mohd nazri] said...

sangat cantek :)

maria_m0hamadiah said...

banyaknye gambar!=)

Muhammad Burn said...

xpnh jalan2 sna pun... cuma pnah tgk ikan besar2... tu pun kt tepi jer... uhuhu

neyra shazeyra said...

aritu nak gi tp tak gi2. ahahhaa. jeling2 je. :p org perak gak

nkara said...

fazilahpajil,
best dik...skali skala dpt lepak ngan kawan-kawan. (:


kelana fana,
btol..mmmg best dpt jln2 ronda-rondi. nak plak tahun baru. dah tua xlarat nak celebrate tgh2 mlm..hahaha ;p

nkara said...

maizura,
tinkiu dik...(:


maria,
of kos bykkkkk...excited. huhu.


burn,
kena gi jln belah sana. wpon pokok cam nak tanak idup je tp mmg tak rugi la..pegi tauuuuu!


neyra,
jgn jeling2 je dik..kena pegiiii..hehe
kite org perak kena support tmpt2 cantik kat perak ni. im learn from lesson...hehe.

jay said...

owh ni ler yg ko ckp tu k.yat..cantek lar..besh kalo ko kawen amik picca kt sini..mesti cun..

nkara said...

jay,
aah...shantek kan?
jenuh tu weh kalo nak amik picca kawen. panasssss...

kanc said...

the cool place..

nkara said...

kanc,
yup, cool! (: