Friday, January 7, 2011

Puasa dan raya pasti hilang seri tanpamu.

terbaca kat status kawan dalam fb pagi tadi. pastu cepat-cepat klik myMetro.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bersara selepas 22 tahun berkhidmat.



 KUALA LUMPUR : Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bersara hari ini.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau bersara hari ini kepada Bernama selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lalu.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja- Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis berkenaan. Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari 1989 menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 selepas memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib dari perkhidmatan kerajaan pada April 1987.- Bernama




selamat bersara Engku ! jasamu dikenang...


eh siapa pengganti ?

7 comments:

nana S said...

selamat bersara. kita tunggu nk puasa nnti. akan kita tahu siapa pengganti nyer. :))

mira_nas said...

oh.. nanti ada orang baru lah ye..

nkara said...

tak sabar nak tgu bulan ramadhan (err...posa ganti pon blom buat lg) ;p

misyamissyou said...

uhuk..mesti raye tahun ni cm lain kan...

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

ala,, nnti raya tahun ni buakn suara dia dah,, hehe rindu nnti,, =)

AesyaZealous said...

sapelaa penggantinya

nkara said...

kite tungguuuuu... ;p