Thursday, January 13, 2011

Melawat Kellie's Castle.

entry sequel terakhir jalan-jalan dah berkepuk dalam draf. rasa macam masa dah tak cukup masa sekarang ni untuk kepuasan diri-sendiri. kepuasan? eh jangan pikir bebukan okeh.

kalau korang masih ingat. oh kalau tak ingat boleh klik laju-laju kat sini --> Golden Flowstone, Gua Tempurung The Wondrous Cave.

misi jalan-jalan diteruskan lagi ke Batu Gajah pulak. nih kalau tak citer kat korang nih rugi tau. penat-penat aku berpeluh ketiak mendaki gunung dan meredah gua pastu mencemar duli ke istana semata-mata nak meng-complete-kan misi penjelajahan tahun baru kami.




mari kita 'pow' budak ini ! HAHA
mula-mula kena lah beli tiket ok. tempat ni berbayar. tak mahal pon. lagipon sapa pulak nak jaga tempat-tempat tinggalan secara free kan? kau berani? aku tak. HEHE



kan dah cakap tadi tiket tak mahal pon. sorang rm4 only. tempat-tempat best macam ni memang tak rugi kalau keluarkan duit sikit. berbaloi-baloi...




dah macam gergasi pulak aku ni. hishhhh... kami nak tunjuk pokok takda daun tu.



cuba tengok betul-betul... apa yang ada kat pokok tu.



ada muka BERUANG (BEAR)... tahniah pada yang berjaya menteka. mata anda memang hebat! Bear Tree ni adalah antara salah-satu ke-misteri-an yang ada di Kellie's Castle tu.





antara fotoshoot yang menarik bagi bijik mata aku. bijik mata kau, aku taktau. tapi aku harap sama lah. ;p






gigih betul budak ni mentangkap segenap ceruk castle ni. kagum tak? (:




kan aku dah cakap jangan gatal nak turun bawah tu korang degil !
sibuk nak mengintai bilik simpanan arak dan terowong. tapi takat situ je lah pon. gelap okeh. aku tunggu dorang kat pintu je. tak kuasa aku nak turun jugak.



ada ke orang buat maksiat kat sini? tengok je pon dah seram okeh.




nak naik atas ikut lif takut lah pulak. lagipon memang tak berfungsi pon. tangga naik ke bahagian atas bumbung pon muat-muat je. nak berselisih bahu pon susah.












fotoshoot atas bumbung castle. views memang menarik, tertarik kau memang da bom lah. angin pulak bersepoi-sepoi bahasa sampaikan gayat kami nak berdiri lama-lama. tu sebab gambar posing duduk ala-ala berat bontot je. atas bumbung memang open air. takda pagar langsung. so beware. jangan nak buat lawak terjun tiruk pulak. setakat ni belom ada kes orang jatuh. jangan kau pulak jadik orang pertama.



petang tu saja ada lima-pasangan-pengantin-baru yang buat outdoor photoshoot kat sini. yang belakang kami nih fuhhhh... memang cantik dan kacak lah. sepadan sangat. i wishhhhh... eh tetiba pulak. -_-"

yang photographers pulak ada lah lima-orang, masing-masing bawak gedabak punya DSLR. time tu rasa nak sorok je kamera ciput kitorang. pegang DSLR aemy punya je lah. tu pon tahap ciput jugak berbanding dorang punya. kalau lah aku kaya... ermmm... T____T

masa ni hujan dah turun renyai-renyai. padan muka dorang takleh shoot kat luar. nak cover lens punya hal. KAHKAHKAH. keji ok keji.





sebelom balik singgah Restoran Nasik Lemak Ayam Golek, Batu Gajah. betul-betul kat simpang-empat nak ke Kg Pisang. saja pilih nak makan ala bersimpuh dalam pondok ni. dah lah time hujan. perghh... layan tomyam memang mabeles lah. makanan ditaja oleh Aemy. thanks babe !

macam tu lah sambutan tahun baru kami sempena tahun 2011 nih. anda pulak bagaimana? (baru nak tanya daaa... dah 13 hari lepas daaaa...) HEHEHE... semoga tahun baru anda jugak indah macam kami. terima kasih berjuta-juta lemon pada Yan dan Aemy yang sempoi. korang memang sahabat sejati !

12 comments:

jackieKOH said...

jeles nyerrr..haha..ak kat Perak stahun lebey pun lum pernah g sana ag..haha..bestnya korang~~

Blog Aku : ..::jacKsky.reaCHing da' sKy wITh tSuBasA::..

:)

intan izani said...

pernah pegi sini masa kecik je
hehe

! Encik Nakal ! said...

nampak cam seram jer tmpt ni~~klu mlm mesti berhantu~~hohohohoh

::nuRuLaDHar:: said...

waaa..sonoknye jenjalan...weee btw,folow kamu.. =)

~WaNniE~ said...

wah...bestnya

~ ナフィルザ ~ said...

bestnya pergi jalan2,huhu~

zmah said...

Bilalah akak dapat ke sana??

CahayaCintaIlahi said...

dkt batu gajah??
mane ekh?
adeh sori dulu fail
geog hehe ;))
neway mang nice view
tmpt ni

apek poyo said...

huiii..seronok eh g jenjalan mkn angin..apo tak ajak den sekali..ahhahaha

jay said...

kak yat, nnt kawen etlah photoshoot kat cni..mesti shantek..

nkara said...

kena pegi wehhhh...
rugi kalo dok perak tak pegi. tinggalan sejarah ni..hahaha

erkies said...

ye la.. pegi x ajak.. mcm nih la.. :(