Thursday, January 6, 2011

Golden Flowstone, Gua Tempurung The Wondrous Cave.

AMARAN KERAS! 
anda bakal muntah hijau sebab entry ini lagi panjang dan banyak gambar dari semalam. wakakakaa..



macam aku cakap semalam, misi tahun baru diteruskan lagi ke Gopeng, Ipoh, Perak. cadangan bernas dari Yan supaya kami mentambah koleksi foto-gedik tahun baru kali ini sampai ke Gua Tempurung. kalo dari bandar Ipoh tak jauh mana pon. pegi arah Simpang Pulai, terus ke Gopeng pastu carik signboard. dalam 20minit je rasanya dah sampai. itu termasuk perot meragam terpaksa singgah Petronas kejap. ;p



memang terpegun gila ondaway ke Gua Tempurung ni. dengan hutan hijaunya, kereta lalu-lalang langsung takdanya. cuak jugak kot-kot kami je yang ada. sampai-sampai... makaih! ramaiiiiii... meriah ok. parking pon tak muat. ada jugak yang layan mancing, kalau taknak masuk Gua Tempurung tu. kami??? turun-turun kereta terus bergambar! double excited!!!



ini first time kami datang sini. selama ni tau nama je tapi langsung tak pernah jejak. baca papan kenyataan ni pon dah teruja sangat. sabar... sabar...



lawatan yang boleh kita tengok dan pergi. ada berani???








time ni tengah kecoh-kecoh nak pergi routes mana. jam pon time tu dah pukul 2.30 petang. so nak amik lawatan yang paling mencabar pon takleh (alasan). so kami amik yang paling easy and exciting., Golden Flowstone (dry) maksudnya perjalanan senang dan tak basah. hanya 45minit saja pergi dan balik. 



jangan risau... setiap lawatan ada guider yang akan follow. so takyah takut lah kalau sesat ke.. hilang ke.. asalkan ikut setiap arahan. kompom takda masalah. next time nak pergi Golden Tour yang paling mencabar tu. minimum peserta kena 8 orang. kena bawak baju spare dalam plastik dan kamera water-proof. kompom kena redah air sepanjang lawatan. best kan?



tiket lawatan ke Golden Flowstone. hanya rm6 saja seorang. (:



trackng map Gua Tempurung. time ni kepala aku dah terpikir satu movie yang pernah aku tengok dulu. cuak ok. ada satu geng ni yang suka adventure dalam gua-gua. pastu terperangkap dalam gua tu. nak keluar tak boleh sebab ada satu makhluk or hantu kot yang dah lama hidup dalam tu bunuh one by one geng tu. last skali minah ni ingat dia dapat jalan keluar, rupa-rupanya dia mimpi. dia still dalam gua tu. so ending dia semua orang mati. aku tak berapa ingat jalan citer ni. sapa pernah tengok tau kot.




dah beli tiket, dapat stiker. GF = Golden Flowstone. Girl Friends pon boleh. HEHE.




untuk lawatan GF ni, minimum team kena 14 orang. ada sorang tour guide yang bawak kami. mula-mula muka ceria.



nampak lampu-lampu kecik tu? tu lampu tangga. pancit weh menapak naik tangga tu. dah la pakai selipar je. berkuap ketiak seko-seko. tapi aku salute la kat nenek cina 2 orang tu. umur dah 80 tahun. panjat turun tangga rileks je. ni kalau aku umur cam dorang ni, kompom tadekkkk aku nak pegi punya.



penuh keterujaan mendengar abang tour guide tu terangkan pasal Gua Tempurung ni. tiap check point dia akan tunjuk semua bendalah keliling gua tu. aku nak citer pon tak reti lah. baik korang gi sendiri.













ondaway keluar gua, brader tu lepaskan kami keluar sendiri. bukan susah pon. ikut jalan masuk je. HEHE. memang banyak gambar yang kami amik. tapi tak larat nak tepek semua. memang syiokkkk...



boleh beli souvenier kat sini. ada keychains, tshirt dan macam-macam lagi. carik fridge magnet dah habis. -_-"




muka keletihan. tapi dah siap planning last program untuk hari tu. badan dah berlengas, tapi malas nak mandi. kalau mandi ni kompom lagi penat. badan sejuk syiok tido weh.



tandas awam disediakan. boleh mandi skali. kalau buat tour yang wet kompom kena tukar semua. wah tak sabar nak pegi lagi. Golden Tour jommmm... ;p



happy new year 2011 everybody !!! paling meriah. tahun depan kalau umur panjang mau buat aktiviti macam ni lagi. yeyyy...



lepas ni kami plan nak menjelajah Taiping pulak. banyak tempat menarik tu. orang Perak kena support negeri Perak ok. malu la pergi jalan jauh-jauh, tapi negeri sendiri tak habis explore (baru sedar diri). LOL







eh beli apa tu kak?


coming soon... 
tunggguuuuuu !!! ;p

14 comments:

erkies said...

first again.

i like your foto-gedik. :)

nkara said...

i know.. ;p

S..U..D..@..I..S said...

pernah masuk beberapa taun yang lalu...tap paling seram gua itik kat kedah....

Encik MamaT said...

tak penah sampai lagi.. rajin bjalan no...

nkara said...

sud@is,
gua itik, kedah lagi seram? kompom aku tengok dari luar je la..

Rafina Mimi Zairul Murni said...

gua kelam akak pernah masuk masa umur 22th..memang advanture gile aktiviti masa tu..gambar pun ada lagi tapi kelabu la pasal dah lama..kat bawah dasar gua kelam tu ada tapak rel keretapi lama dengan wayar2 yg masih ada kat situ..memang menyelam la masa tu sebab kat dalam tu ada air..tembus keluar plak ke semapadan thailand..fuh..memang best..hehe :)

Novelgurl said...

bestnya ..nk g gak huu~

Firdaus Alim said...

jalan2 saje kamu neh hee

hans said...

ku dari dulu nak pergi tapi tak pergi2
hehehe

P/S : Bersama Hans di Restoran Keluarga Anda - Yankies Hut

Tinta NurAz said...

dah g gua gendang dekat pengkalan hulu? kalau belum eloklah g test stamina dkt sana =)

Kasim Ahmad said...

gle ah.. seram jek tengok gua tuh

Wahida Nasution Thakhrim said...

nanti nak pi juga..

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

arghh jelesnye ! nk msk gua jugak !

nkara said...

masuk ! jangan tak masuk !!!
hehe...