Monday, January 17, 2011

First Class.

semalam kelas dah start. semester ni kelas sehari suntuk dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. sekali harung 4 subjek. sebulan kelas sekali or duakali je. ni kes malas nak pegi kelas tiap-tiap minggu. -_-"

overall lecturers semua best. nampak baik hati. harap senang jugak lah dapat markah lebih nanti. subjek business law lecturer, Pn. Faridah, dia ni lembut dan baik sangat. sebijik-sebijik dia terangkan. maklum lah, aku kalau bab-bab law ni memang sakit nak ingat. project managament, Prof. Rozalli  bab mengajar dan bercerita memang best. banyak carutan baru dalam project management yang kami belajar. hahahaha. tapi assignment macam susah. pasal mangrove (bakau) conservation. nasib baik aku kerja dalam alam sekitar ni senang lah nak carik bahan. 

lunch makan kat seksyen 2. tempat favourite! murah dan murah... 4 orang makan baru rm16. masing-masing ambik ikan besar, ayam besar, lauk penuh pinggan. gila ok. pastu tambah ABC special. pergh.. nak pulak ada orang belanja. memang mabeles lah. tinkiu mai. nanti belanja lagi ye. hehehe.

petang, sambung kelas. public finance pon ok. lecturer ni, Pn. Asiyah penah mengajar aku subjek social marketing sebelom ni. so dah boleh paham cara dia mengajar. hopefully boleh dapat A lagi. bluwek ;p

last, subjek innovation management. lecturer, Pn. Rusalbiah pon best. buku teks pon comel. (:

comel tak?
 picture credit : Amazon. com



4 comments:

awEEN said...

alahai...comey buku iguana...suke kaler hijau die la :p

nkara said...

in real lg comel...
syg nak baca boleh? hahaha

erkies said...

haha, sayang nak baca.. adoi..

nkara said...

bole tak jgn dengki? o.0