Monday, January 31, 2011

Esok Cuti Hari Wilayah Persekutuan.

aku ingatkan esok cuti maulidur rasul. boleh?
rupa-rupanya cuti hari wilayah laaaaa. ciskek.

so aku ucapkan selamat bercuti kepada orang-orang yang berkerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. kepada negeri-negeri lain sila kerja kuat-kuat. hahahaha. gelak kejam.



 ini bendera Wilayah Persekutuan.


 ini bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


 ini bendera Wilayah Persekutuan Labuan.


ini bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya.


semalam balik dari kursus teambuilding. best. nanti cerita. gambar belom mintak kat dorang. aku nama je bawak kamera tapi tak guna pon. menselit kat kamera orang je la. kalau kamera sendiri kompom aku takleh selit sebab aku yang jadik tukang tangkap. bijak tak?

besok plan nak pegi library uitm. uitm kan kat shah alam. shah alam kan kat selangor. selangor kan bukan wilayah persekutuan. so dorang tak cuti kan? kahkahkah.

sesapa adik-adik yang ada kat sana tu. kalau jumpa kakak ni tegor la ye. eh bajet fofular pulak. 

 

Senario Harga dan Bekalan.


besarkan kalau tak nampak.


apa komen korang?

Thursday, January 27, 2011

Cupcakes.




dengan gaya mengentel ala chef terkonal ni agak-agak korang nak tak rasa cupcakes yang aku buat ni? gulppppp.... ~

aku suka orang yang pandai buat cupcakes. aku suka tengok orang buat cupcakes. bila sampai kat aku.. FAILED. seriussss aku tak pandai masak. eh takat simple-simple tu tau la. takde la bangang sangat. maksud aku yang agak susah macam ni (bagi aku susah hokei).

dari dulu planning nak masuk kelas la. nak belajar kat kawan la. sampai sekarang haremmmmm. semua janji manisku je. hahahaha.

bila la budak umah aku nak beli oven ni. hari tu dah survey. tapi mengenangkan oven tu bakal bersawang dalam almari niat tu dipostponedkan dulu. mungkin pasni aku suggestkan balik niat suci murni ala-ala aku ni. 

kita tunggu je la nanti. o_0

Wednesday, January 26, 2011

Making Yourself Nearly Invisible on Facebook.

Q: Growing tired of the Facebook privacy scandals, I tried to leave the social network, but you need to be a member now to access a number of outside websites. How can I get around this?


A: Facebook, as you're well aware by this point, has a history of privacy scandals. CEO Mark Zuckerberg is constantly trying to push what privacy means in the 21st century — how transparent should we all be on the Internet? — but with each step, a significant number of users push back. Last week, Facebook announced on its Developers blog that it was making it possible for third-party applications to gain access to users' mobile phone numbers and addresses. By early Monday morning the Facebook team had dialed back the change until further notice.

Some of the privacy issues have been just too much for users, resulting in cancelled accounts. But more and more organizations are joining the Facebook Connect network and incorporating the site's development tools into their own. It's getting to the point where you're at a disadvantage if you don't have a Facebook account; you can use it to log in with the same username and password on more than two million sites — it's not just for checking in on your cousin's newest baby pictures. So, here's the trick: You can go nearly invisible on Facebook — nobody will be able to view your photographs, see your activity or where you've checked in except for existing friends — but still have an account to use around the web.

If you're ready to move into Facebook stealth mode, follow these simple steps:

• Visit Facebook.com, log in to your profile and click 'Account' in the top-right corner. From there, choose 'Privacy Settings.'

• From the 'Privacy Settings' page, click on 'View Settings' to see who can search for you, send messages to your account, see your education and work settings and more. Change all of these drop-down menus to 'Friends Only.'

• Return to the 'Privacy Settings' page and choose 'Customize Settings' near the bottom of the page. This new page will load a number of different privacy options, but you'll want to click through each one and change the setting to 'Only Me' so that nobody else can see your Facebook activity.

• Stay on the 'Customize Settings' page and scroll down to 'Things Others Share.' Here, you'll want to edit and disable settings so that your friends are unable to write on your wall, comment on posts and check you in to places.

• Return to the 'Privacy Settings' page and, under 'Apps and Websites' in the bottom-left corner, select 'Edit Your Settings.' This page shows all of the third-party websites and applications that you have given access to some of your Facebook information. If you see anything on this list that you want to remove, just click to remove it from the list.

• Stay on the 'Apps and Websites' page, scroll down to 'Instant Personalization' and select 'Edit Settings.' Uncheck the box at the bottom of this page to block other websites from accessing your Facebook interests. Select 'Confirm' when a pop-up asks you if you're sure you want to disable this option.

• Return to the 'Apps and Websites' page, scroll down to 'Public Search' and select 'Edit Settings.' To keep search engines from finding your Facebook profile, uncheck the box on this new screen.


Source : HERE

Tuesday, January 25, 2011

Quit.



ada berani .................................................. (:




p.s. it's payday.. yey yey !

Monday, January 24, 2011

Jangan sibok kat belog aku boleh tak ?


minggu lepas asal aku klik kat shoutmix asyik bendalah atas ni je keluar. pejadah eh? shoutmix aku kena hacked ke? tension tau asyik klik asyik kau je yang keluar. semua nama pulak tu.

anybody tolong bagitau apa bendalah bangang nih? marah tau marahhhhh. grrrrr...

Friday, January 21, 2011

Pantai Tanjung Bidara | Melaka.


"sambil menyelam, minum air"

maksudnya, alang-alang Kekna nak ambik anak dia, Nana yang menghabiskan cuti sekolah di Melaka moh kita berjalan-jalan sekali. kalau boleh kita menyelam dan minum air laut. air laut di Pantai Tanjung Bidara. errr faham tak? ok abaikan. ;x

percutian kali ini meriah sebab AHD (bukan nama sebenar) sejenis kereta ikut serta. punya susah nak pujuk tuan punya AHD ikut jalan-jalan pegi Melaka sebab kekangan wang. itu hanya sebuah alasan. huh!




bukan main seronok bapak-bapak, mak-mak, makcik-makcik dan anak-anak ini bukan?

anak-anak paling gembira sekali. dan bapak-bapak dia jugak. sampaikan kulit hitam pun tak kisah. aku mandi kejap je. tak boleh lama-lama. takut sunburn. hehehe. ;o)

Keratan Akhbar : Poligami panjang umur.


tengok fakta tu. 12 peratus SAHAJA usia lebih panjang lelaki berpoligami. yang selebihnya lu pikir la sendiri...

Thursday, January 20, 2011

Orkid.

orkid memang cantik dipandang. dipegang pun boleh. tapi nak ditanam payah. mungkin orang lain senang. minat memang lah senang kan? takda benda susah kalau dah minat. bagi aku pulak sebaliknya. susah dan leceh. sebab? tangan panas. pokok susah nak hidup. itu alasan sebenarnya. kalau tak minat semua susah. semua leceh.

disudut hati ada jugak berangan nak buat ala-ala garden depan rumah. satu hari nanti. kalau dah berkeluarga. dan ada rumah yang ada kawasan tanah luas sikit dari rumah flat sekarang. atau patut tak aku carik suami yang bertangan sejuk. tanam pokok tak mati?


Wednesday, January 19, 2011

Super Visor.

genap 8 hari aku buat kerja secara serius dalam ini seksyen baru. wahha 8 hari pun mau kecoh kah? yeeee memang mau kecoh. sebab 8 hari itu ibaratkan 8 tahun aku dok kerja kat sini.

secara overallnya, meh aku nak review sikit pasal kerja baru aku nih. secara overallnya (ulang macam astro), kerja ni memang seronok. buat benda berkenaan servicing. macam-macam boleh belajar. pasal lantikan baru masuk kerja, nak sahkan lantikan, buat kew. 8, rekod cuti, buat pencen dan macam-macam lagi. sapa yang kerja gomen tau la pasal benda ni semua. 

sepatutnya 2 tahun lepas aku kena buat kerja ni. sepatutnya lah... tapi atas sebab musibat tertentu makanya aku dihantar buat kerja latihan. lagi syiok ma... boleh jalan-jalan. makan-makan. dan hasilnya body macam ni lah (sambil posing model). gebus dan gemoks. hahaha. cettttt...

dah best-best dok hotel (buat kursus kan slalu dok hotel), kena pulak job-rotation lagi skali. ni citer lepas 2 tahun seronok meround hotel dan mencuba makanan yang mengakibatkan bentuk badan aku lari dari bentuk asal. ececeh... 

sepanjang 8 hari nih aku dah boleh catch-up apa yang patut dah. lama-lama syiok jugak buat kerja ni. cuma ada certain things dan certain persons yang agak meluatkan anak tekak aku ni. biar la rahsia... malas nak kecoh. kang ada pulak yang rajin skodeng belog aku ni buat laporan takda permit kang mati pulak. pencen lama lagi wooo... prestasi kena jaga jugak kan?

aku bagitau nama-tidak-benar orang itu mau?


nama dia SUPERVISOR.

end. :O)


Tuesday, January 18, 2011

Waiting for the Perfect Man.

kenapa saya belom kawen?
ni jawapannya...

.....


.....


.....


.....

.....


.....


.....




har har har....
nope lah. mana ada perfect man. asalkan dia seorang yang bertanggungjawab, berkerjaya, berupaya, berharta, berhensem... dan ber ber ber lagi. saya terima seadanya...kuikuikui.

panggggggg... (kena lempang) -.-"

Monday, January 17, 2011

First Class.

semalam kelas dah start. semester ni kelas sehari suntuk dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. sekali harung 4 subjek. sebulan kelas sekali or duakali je. ni kes malas nak pegi kelas tiap-tiap minggu. -_-"

overall lecturers semua best. nampak baik hati. harap senang jugak lah dapat markah lebih nanti. subjek business law lecturer, Pn. Faridah, dia ni lembut dan baik sangat. sebijik-sebijik dia terangkan. maklum lah, aku kalau bab-bab law ni memang sakit nak ingat. project managament, Prof. Rozalli  bab mengajar dan bercerita memang best. banyak carutan baru dalam project management yang kami belajar. hahahaha. tapi assignment macam susah. pasal mangrove (bakau) conservation. nasib baik aku kerja dalam alam sekitar ni senang lah nak carik bahan. 

lunch makan kat seksyen 2. tempat favourite! murah dan murah... 4 orang makan baru rm16. masing-masing ambik ikan besar, ayam besar, lauk penuh pinggan. gila ok. pastu tambah ABC special. pergh.. nak pulak ada orang belanja. memang mabeles lah. tinkiu mai. nanti belanja lagi ye. hehehe.

petang, sambung kelas. public finance pon ok. lecturer ni, Pn. Asiyah penah mengajar aku subjek social marketing sebelom ni. so dah boleh paham cara dia mengajar. hopefully boleh dapat A lagi. bluwek ;p

last, subjek innovation management. lecturer, Pn. Rusalbiah pon best. buku teks pon comel. (:

comel tak?
 picture credit : Amazon. com



Friday, January 14, 2011

Year of the Bat.


besok kita akan mensambut hari kelawar sedunia. opis aku ada buat satu event sempena tahun kelawar ni kat Zoo Negara besok. ada majlis perasmian, booth-booth jabatan contohnya PERHILITAN, JPSM, UKK dan macam-macam lagi lah. kalau nak tau apa itu 'Year of the Bat' sila lah datang besok ok.

boleh datang ramai-ramai bawak anak-anak, cucu-cicit dan segala orang kampong datang ramai-ramai memeriahkan Hari Bertemu Pelanggan NRE nih.

datang jangan tak datang!

oh lupa. besok event start pukul 10 pagi sampai 4 petang. see you there!!!

Thursday, January 13, 2011

Melawat Kellie's Castle.

entry sequel terakhir jalan-jalan dah berkepuk dalam draf. rasa macam masa dah tak cukup masa sekarang ni untuk kepuasan diri-sendiri. kepuasan? eh jangan pikir bebukan okeh.

kalau korang masih ingat. oh kalau tak ingat boleh klik laju-laju kat sini --> Golden Flowstone, Gua Tempurung The Wondrous Cave.

misi jalan-jalan diteruskan lagi ke Batu Gajah pulak. nih kalau tak citer kat korang nih rugi tau. penat-penat aku berpeluh ketiak mendaki gunung dan meredah gua pastu mencemar duli ke istana semata-mata nak meng-complete-kan misi penjelajahan tahun baru kami.




mari kita 'pow' budak ini ! HAHA
mula-mula kena lah beli tiket ok. tempat ni berbayar. tak mahal pon. lagipon sapa pulak nak jaga tempat-tempat tinggalan secara free kan? kau berani? aku tak. HEHE



kan dah cakap tadi tiket tak mahal pon. sorang rm4 only. tempat-tempat best macam ni memang tak rugi kalau keluarkan duit sikit. berbaloi-baloi...




dah macam gergasi pulak aku ni. hishhhh... kami nak tunjuk pokok takda daun tu.



cuba tengok betul-betul... apa yang ada kat pokok tu.



ada muka BERUANG (BEAR)... tahniah pada yang berjaya menteka. mata anda memang hebat! Bear Tree ni adalah antara salah-satu ke-misteri-an yang ada di Kellie's Castle tu.





antara fotoshoot yang menarik bagi bijik mata aku. bijik mata kau, aku taktau. tapi aku harap sama lah. ;p






gigih betul budak ni mentangkap segenap ceruk castle ni. kagum tak? (:




kan aku dah cakap jangan gatal nak turun bawah tu korang degil !
sibuk nak mengintai bilik simpanan arak dan terowong. tapi takat situ je lah pon. gelap okeh. aku tunggu dorang kat pintu je. tak kuasa aku nak turun jugak.



ada ke orang buat maksiat kat sini? tengok je pon dah seram okeh.




nak naik atas ikut lif takut lah pulak. lagipon memang tak berfungsi pon. tangga naik ke bahagian atas bumbung pon muat-muat je. nak berselisih bahu pon susah.












fotoshoot atas bumbung castle. views memang menarik, tertarik kau memang da bom lah. angin pulak bersepoi-sepoi bahasa sampaikan gayat kami nak berdiri lama-lama. tu sebab gambar posing duduk ala-ala berat bontot je. atas bumbung memang open air. takda pagar langsung. so beware. jangan nak buat lawak terjun tiruk pulak. setakat ni belom ada kes orang jatuh. jangan kau pulak jadik orang pertama.



petang tu saja ada lima-pasangan-pengantin-baru yang buat outdoor photoshoot kat sini. yang belakang kami nih fuhhhh... memang cantik dan kacak lah. sepadan sangat. i wishhhhh... eh tetiba pulak. -_-"

yang photographers pulak ada lah lima-orang, masing-masing bawak gedabak punya DSLR. time tu rasa nak sorok je kamera ciput kitorang. pegang DSLR aemy punya je lah. tu pon tahap ciput jugak berbanding dorang punya. kalau lah aku kaya... ermmm... T____T

masa ni hujan dah turun renyai-renyai. padan muka dorang takleh shoot kat luar. nak cover lens punya hal. KAHKAHKAH. keji ok keji.





sebelom balik singgah Restoran Nasik Lemak Ayam Golek, Batu Gajah. betul-betul kat simpang-empat nak ke Kg Pisang. saja pilih nak makan ala bersimpuh dalam pondok ni. dah lah time hujan. perghh... layan tomyam memang mabeles lah. makanan ditaja oleh Aemy. thanks babe !

macam tu lah sambutan tahun baru kami sempena tahun 2011 nih. anda pulak bagaimana? (baru nak tanya daaa... dah 13 hari lepas daaaa...) HEHEHE... semoga tahun baru anda jugak indah macam kami. terima kasih berjuta-juta lemon pada Yan dan Aemy yang sempoi. korang memang sahabat sejati !

Wednesday, January 12, 2011

Neck Exercise.


A doctor advises his patients to exercise their neck by just reading this message.

In the end, all patients go home happily without asking the doctor for any medications.

'It is very effective,' said the doctor.

'All my patients never come back to me again.'

...

...

...

...

...










Tuesday, January 11, 2011

Day one.

hari pertama memulakan kerja di seksyen baru. agak haru-biru jugak. banyak yang kena catch up dengan cepat. nak sesuaikan diri dengan environment baru. kawan-kawan lama tapi baru nak bekerjasama. bos-bos baru yang macam-macam dan berbeza karenah. harap otak dapat menerima semua maklumat dengan kadar paling terpantas.

okeh mau sambung kerja. trafik mungkin akan terjejas sebab takda masa nak berbelogwalking. tolong jangan serik mentinggalkan jejak anda di sebelah kiri ini okeh. tata.

Monday, January 10, 2011

Mengelabah ayam tapi bukan salah si ayam.

pagi tadi jam 8.30 pagi dah pacak depan JPA. skrip drama-king queen dah hafal sejak 3 hari lepas. debaran toksah cakap. senak perot dibuatnya. mana taknya, borang yang sepatutnya kena hantar dalam tempoh sebulan, aku baru perasan jumaat petang. dah terlepas seminggu! call JPA tak berangkat pulak. patut laaaa waktu berkerja dah habis. aduiiiii... 

nak jumpa officer takda, jumpa assistant dia. time tu cakap pon dah terketaq-ketaq. aku dah bajet macam nak kena maki dah ni. tapi ..............

"saya nak hantar borang PBU. saya tau tarikh hantar dah tamat. boleh hantar lagi ke?"
"nak hantar ye.. boleh."
"err.. tapi saya tak matikan setem lagi..."
"ok.. pegi matikan dulu..."

erk... langsung tak tanya kenapa hantar lambat? nak nagis. unspeaches (bak kata FBI malam tadi)

terus gegas pegi LHDN hentian kajang. walaupon silap jalan tapi hati girang. lalalala... <3

setel matikan setem terus pegi JPA balik. borang perjanjian selamat dihantar. alhamdulillah. tak sia-sia 3 malam tak lena tido. o.0

pastu terus pegi UiTM shah alam. dapatkan cop tajaan kat bendahari dan ambik modul.

balik singgah seksyen 16 tapau makanan. mahal dow keli bakar rm4 seko. kalo seksyen 2 lagi murah. tak sabar nak melepak kat seksyen 2 dengan mai, sarah, macik kepoh dan idda hari ahad ni. ABC spesel nyum-nyum... mai nak belanja. oyeah. 



p.s. dapat apa-apa surat, baca dan fahamkan. jangan simpan buat pekasam. lepas tu mengelabah ayam. macam aku. -_-" 

p.s.s. bermula lah kelas semester-tujuh... (: