Wednesday, December 29, 2010

Suntikan vaksin HPV boleh membawa maut?!

Baru-baru ini kerajaan telah memutuskan untuk memberi suntikan pelalian kanser pangkal rahim Human Papillomavirus (HPV) secara percuma kepada 300 000 remaja perempuan berusia 13 tahun mulai tahun depan. Program yang menelan belanja RM150 juta ini dianggap perlu bagi mengelakkan penularan penyakit kanser pangkal rahim yang semakin bertambah kebelakangan ini.

Adalah sudah diketahui semua orang bahawa penyakit ini hanya boleh menular melalui hubungan seks lebih-lebih lagi kerap bertukar pasangan. Apakah ini saja jalan terbaik yang kerajaan ada untuk menghalang penularan masalah kanser pangkal rahim?
 
Tiadakah jalan lain yang lebih selamat dan berperikemanusiaan?

Adakah kerajaan telah membuat kajian menyeluruh tentang keberkesanan program ini?

Mari kita lihat apa yang telah berlaku di negara Barat! 
Stacey Jones, remaja 18 tahun mengalami kerosakan kekal pada otaknya selepas beberapa hari menerima suntikan HPV. Menurut ibunya, dia percaya bahawa anaknya menjadi mangsa eksperimen (guinea pig). Dia percaya tiada bukti mencukupi bagi menunjukkan program pelalian itu selamat. "Semua ini berlaku beberapa hari selepas Stacey diberi vaksin, dan kami tidak ada apa-apa penjelasan apakah yang membuatkan kecederaan pada otaknya", kata ibunya.

Seminggu sebelum itu, Natalie Morton, 14 mati selepas beberapa jam diberi suntikan vaksin yang sama. Jurucakap perubatan mendakwa kononnya Natalie mati kerana tumor di dalam dadanya yang tidak didiagnos terlebih dahulu. Tetapi menurut NaturalNews, ia adalah laporan patologi yang palsu, berdalih bagi mengelakkan kematian Natalie dikaitkan dengan vaksin dan industri vaksin tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dr. Diane Harper, pengkaji yang yang bekerja dengan vaksin Gardasil dan Cevarix, ia sama atau lebih merbahaya dari kanser itu sendiri. Kemudian Dr. Harper menerima tekanan dari individu dan jurnal yang pro kepada syarikat farmasi untuk mengubah kenyataan beliau. Dalam laman web Guardian, kenyataan Dr. Harper telah diputarbelitkan untuk menyokong industri vaksin.

Setelah sangsi dengan laporan yang dibuat di laman-laman web pro-farmasi, Mike Adams (NaturalNews) sendiri telah pergi bertemu dengan Dr. Harper untuk mendapatkan penjelasan. Berikut apa yang dikatakan sendiri oleh Dr. Harper tentang Gardasil dan vaksin HPV:

"Kami belum tahu apa yang bakal berlaku apabila berjuta-juta dos vaksin diberi kepada manusia, sehingga mereka mengatakan anda mesti mengambil vaksin ini, bermaksud anda mesti menjadi sebahagian dari eksperimen awam secara besar-besaran. Maka kami tidak dapat melakukannya selagi kami tidak mendapatkan lebih maklumat."

"Jika kami memberi vaksin kepada kanak-kanak berumur 11 tahun dan ia masih belum berhasil, kami meletakkan dia dalam keadaan yang bahaya terhadap kesan sampingan, walaupun kecil, ia jelas, tanpa apa-apa faedah. Faedah untuk orang ramai tidak dipedulikan. Sebenarnya ia tiada pengurangan kepada masalah kanser pangkal rahim..." kata Dr. Diane Harper.

"....saya fikir ia adalah salah bagi pakar perubatan mengatakan kepada ibubapa bahawa ia (vaksin) 100 peratus selamat." - Dr. Harper.

Dr. Harper menghabiskan masa selama 2 dekad membuat kajian tentang HPV. Beliau memberitahu dalam program TV bahawa penggunaan vaksin begitu tergesa-gesa ke atas kanak-kanak perempuan yang terlalu muda tanpa ada jalan penyelesaian yang lain. Tiada kajiselidik selepas jualan dilakukan tentang kesan sampingan yang mungkin merbahaya kepada mereka. Ia hanya memberi faedah kepada syarikat farmasi Merck, tidak kepada kanak-kanak dan remaja perempuan.

_________________________________________________________________________

aku dapat maklumat di atas ni melalui emel. taktau samada maklumat ini benar atau hanya satu agenda kotor oleh pihak-pihak tertentu untuk mentakut-takutkan ibu bapa. bagi pendapat aku, pihak kerajaan mungkin dah meneliti baik buruk vaksin tu lebih dahulu sebelom mensarankan kita mendapatkan vaksin tu. apa-apa pon baik dapatkan pandangan dari doktor yang bijak lagi bistari. jangan nak hentam kromo je percaya kabo-kabo angin macam ni okeh.


9 comments:

!!!_Mr Nakal_!!! said...

wahhh~~nice info

thnks sharing

sharing is sexy~~hohoho

touya said...

Memang ada gadis yang meninggal di barat selepas menerima suntikan itu . Tapi dalam beribu-ribu orang hanya beberapa kes dilaporkan . Sekiranya sesuatu eksperiment hendak dibuat dengan menjadikan manusia sebagai ujikaji , biasanya mereka hanya tertumpu pada satu tempat sahaja . Dalam kes nie sudah sambai ke global .

Kalau tak nak takyah ambil .

Mohd Fitri said...

info bagus. tapi seberapa sahih? kena cari ni. hehe

nkara said...

mr nakal,

sharing is sexy... auwwwww

nkara said...

touya,

btol..tepuk dada tnya selera. kalo mak bapak takut nak bagi suntikan tu pada anak better tnya khidmat nasihat dari doktor lebih dahulu.

nkara said...

mohd fitri,

cari jangan tak cari..hehe
ada info jangan lupe sharing okeh.

yuyu xiao ling said...

nkara, last 2 months, yuyu pergi ke sekolah bg injection HPV ni kat form1. uu x setuju kot dgn mnde ni. vaksin tu perlu utk bantu kita mencegah pnyakit, sbb dgn vaksin ni badan kita membina antibodi. so jika nnt budak tu mungkin dpt HPV bile dia buat sexual intercoast mase besar, at least, bdn dia dh tau how to overcome tiz disease.

nkara said...

hi yuyu,

thanks for sharing. (:

act_male said...

Masalahnya...HPV ni hanya bleh sebar melalui hubungan seks rambang,maknanya klau org tu memang kaki maksiat,confirm free2 bleh dapat kn?Jadi kenapa kerajaan nk sngt bg suntikan ni sngt?X pelik ke?Mcm nk kata kt org malaysia (1 Malaysia la kan?) yg Seks with anyone is safer with HPV vaksin..bull****...sori,just geram bila Pkir blik..just nk share dgn nkara dan smua orang...