Thursday, December 23, 2010

Rekod menang tanpa kalah.

sabtu lepas department aku buat perlawanan badminton secara suka-suka. punya la dah lama tak main, tetiba kena main pulak. adeh. seingat aku la kan, last aku main badminton ni masa sekolah rendah. takat nak main pukul-pukul tu boleh la. skill yilekkkk...



tournament (ececeh) julung-julung kali ni diadakan di sebuah dewan kat kejiranan Presint 18. dewan takde la besar sangat, boleh muat 2 court saja. sepatutnya ada 10 kumpulan yang berentap, 5 beregu wanita dan 5 beregu lelaki. tapi 1 beregu wanita menarik diri di saat-saat akhir. ada lawan beregu dan perseorangan jugak. tu pun last minit sebab nak habiskan hadiah.



lepas 3 kali perlawanan, akhirnya kami, Reepicheep team telah dinobatkan sebagai juara beregu wanita. auwwww... tak sangka u. walaupun ada gosip-gosip liar mengatakan kitorang menang sebab ada super amatur tapi tidak menjejaskan prestasi kitorang membuat rekod tanpa kalah. amatur la sangattt.. wakakaka. tapi partner aku, Ann Kurnikova ni memang terer. memang tak silap aku pilih dia sebagai partner walaupon dah sah aku akan jadik point utama kalo kitorang kalah. dah nama pon memang langsung tak terer kan. so aku ngaku la kan. -_-"




team wanita - Reepicheep (Yat Shandra & Ann Kurnikova), Boren (Intan & Hidayah Kesuma), CacaMerba (Sarah Low & Norhana Li Xi) dan Tron Legacy (Ilass Riko-San & Sarina Yourichi).

team lelaki -  H.A Power (Hafiz Hashim & Azahari Amar), Pakwer Root (Khairul Dan Dan & Syahril Kido), Aramaite (Naim Hidayat & Safwan Hendrawan), Gertok Gokgek (Faizal Tahir & Jimmy Chong) dan Massage Boy (Zakiden Zidane & Ashrolipamungkas)

nama-nama memang kelakar gila. ni GegeGegok punye pasal la. suka-hati dia taruk nama. tapi main hari tu memang best gilos. tahun depan boleh lawan lagi. tahniah pada mereka yang berjaya!



3 comments:

nub said...

gahaha.hebat2.frenly jom.hahak

ctbella said...

rindu NRE....
bile ler dapt g sane ag....

nkara said...

nub,
frenly? gulp!


ctbella,
bile2 bole datang...jgn malu2...hehe