Friday, December 10, 2010

Pujuklah diri sendiri.

bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder. tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.

walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh. dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.

maka belajarlah memujuk diri sendiri.

selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah kita sendiri sebenarnya.

  • menyediakan dasar yang kuat.

bukan mudah hendak memujuk diri sendiri. Perlukan kekuatan dan tenaga yang besar. hendak menggembleng fikiran dan rohani agar kekal tenang bukan satu perkara semudah 123. untuk melatih kita agar berjaya memujuk diri dalam situasi yang menekan, perlu ada dasar yang sangat kuat, agar mampu menampung tekanan dan bebanan yang menimpa kita.

apakah dasar itu?

itulah dia keimanan.
hanya dengan keimanan sahaja, kita akan berjaya memujuk, merasionalkan, dan menenangkan diri.


  • menangis.

kadangkala, ‘pemujuk’ itu sudah wujud di dalam diri kita. itulah dia satu makhluk bernama tangisan.

ya. menangis. menangislah. menangis puas-puas. lepaskan segalanya.

hakikatnya, menangis itu sendiri satu pujukan untuk diri. kita lepaskan bebanan itu dalam bentuk air ibarat membuka empangan yang menahan air.

tetapi jangan menangis seperti orang biasa. kita orang beriman adalah manusia luar biasa. menangislah sambil berfikir. berfikir akan masalah yang sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.

biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.

moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita.

nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar. insyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.

  • muhasabah.

satu lagi cara memujuk hati adalah dengan muhasabah.

ya. dengan kita memandang semula apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sebegini rupa. kita lihat kembali apakah yang telah kita lakukan.

“oh, aku masih tak tinggal dosa yang ni. patutlah Allah tak bagi aku yang ini”

“oh, aku silap di sini. patutlah”

“la, memang salah aku rupanya”

“hem… benda ni bolah selesaikan macam ni je rupanya. apa pasal la tak nampak tadi”

dan begitulah.

dengan muhasabah, hati akan rasa tenang. kita akan melihat kembali di mana kesalahan kita. kita akan dapat menyusun pula rancangan kita yang seterusnya.

dan orang yang hebat, adalah apabila dia jatuh, dia cepat-cepat naik semula.

bagaimana dia cepat-cepat naik semula?

dengan dia mengambil pengajaran atas kejatuhannya = muhasabah.

  • hadapi masalah. jangan lari.

justeru pujuklah diri. kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu.

jangan lari dari masalah. hadapinya. langkahinya. lari tidak menyelesaikan apa-apa.

dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.

siapa tahu?

Allah SWT tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. termasuklah ujian.

mesti ada sesuatu yang Allah SWT hendak berikan, Allah SWT hendak ajarkan, Allah SWT hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu.

tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.

maka hadapilah ujian.

pujuklah diri.

tenanglah jiwa, damailah hati!


sumber :  Langit Ilahi

7 comments:

abid_PM said...

yea, kalau nak orang lain sayang kita, kita kena belajar sayang diri sendiri.

syukur, sabar, redha :)

cikk yaya said...

betul tue !
yaya nanges jee ,
senang
nanti lega

misyamissyou said...

aww sis..i wanna hug you for sharing this..thanks! :D

.::: Princess MOMOY :::. said...

yup. hadapi masalah dengan rasional !!
MY RECENT POST : ETUDE HOUSE - Korean Cosmetics

Jangan lupa VOTE di BBPM No. 382 !!

A.N.N.A.@L.A.D.Y M.A.D.O.N.N.A said...

anda terbaik.. +_+

Luffy said...

yang ni memang terbaik..:)
kadang2 manusia ni ego, taknak menangis sebab jage air muke..
pastu selalu pikir dia je yang betul..

Keep Blogging..(^_~)

qistinasafiah said...

saya selalu nangis aunty..huhu