Friday, December 31, 2010

Hantu Kak Limah memanggggg balik rumah!!!

bukan hantu mak limah betol-betol okkkk... ni team Hantu Kak Limah (HKL) yang telah bungkossss... atau paling senang K.A.L.A.H. dah kalah memang balik rumah la kan? hehehe...

last week, ada bowling tournament pulak anjuran kelab kat opis aku. venue kat paling dekat. alamanda sajo. masuk ni pon dah last minit sebab gatal nak tunjuk skills. padahal palinggggg tak terer. baling asik ke longkang je. takde harapan langsungggg... ):




ini dia team HKL (hantu kak limah). takut tak? takut laaaaaaa...
nama macam dah riak tu. posing mengalahkan orang terer baling. kitorang menang posing je lahhhh...



walaupon kalah, muka kena happy okeh. baru orang konpius kitorang kalah or menang. belah kiri tu, emmy terer woooo dapat nomo 2. beso hamper dia dapat. tapi tak kasik aku pon. kedek ahhh...



aktiviti bergambar secara pukal. berapa total balingan aku jangan ditanya. sedih akak dek... -_-"
 tapiiii... ada tapi jugak tu. hahahaha. bukan aku yang paling corot hokeh. <---- tanak kalah tu... ;p



nak tau hantu kak limah dapat nomo berapa tak?
ah malu ah... (gedik!)
korang large je gambo tu... ;p










p.s. hadiah hanya nomo 1 hingga 8 je.. teka itu nomo berapa??? wekkkkk!!! hahahaha... ;p




Thursday, December 30, 2010

Cuti umum. Tahniah!

Jumaat (31 Disember 2010) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta, malam tadi. - Bernama


besok cuti yey! 
malam ni nak pack barang balik kampong. hahahaha...




Wednesday, December 29, 2010

Suntikan vaksin HPV boleh membawa maut?!

Baru-baru ini kerajaan telah memutuskan untuk memberi suntikan pelalian kanser pangkal rahim Human Papillomavirus (HPV) secara percuma kepada 300 000 remaja perempuan berusia 13 tahun mulai tahun depan. Program yang menelan belanja RM150 juta ini dianggap perlu bagi mengelakkan penularan penyakit kanser pangkal rahim yang semakin bertambah kebelakangan ini.

Adalah sudah diketahui semua orang bahawa penyakit ini hanya boleh menular melalui hubungan seks lebih-lebih lagi kerap bertukar pasangan. Apakah ini saja jalan terbaik yang kerajaan ada untuk menghalang penularan masalah kanser pangkal rahim?
 
Tiadakah jalan lain yang lebih selamat dan berperikemanusiaan?

Adakah kerajaan telah membuat kajian menyeluruh tentang keberkesanan program ini?

Mari kita lihat apa yang telah berlaku di negara Barat! 
Stacey Jones, remaja 18 tahun mengalami kerosakan kekal pada otaknya selepas beberapa hari menerima suntikan HPV. Menurut ibunya, dia percaya bahawa anaknya menjadi mangsa eksperimen (guinea pig). Dia percaya tiada bukti mencukupi bagi menunjukkan program pelalian itu selamat. "Semua ini berlaku beberapa hari selepas Stacey diberi vaksin, dan kami tidak ada apa-apa penjelasan apakah yang membuatkan kecederaan pada otaknya", kata ibunya.

Seminggu sebelum itu, Natalie Morton, 14 mati selepas beberapa jam diberi suntikan vaksin yang sama. Jurucakap perubatan mendakwa kononnya Natalie mati kerana tumor di dalam dadanya yang tidak didiagnos terlebih dahulu. Tetapi menurut NaturalNews, ia adalah laporan patologi yang palsu, berdalih bagi mengelakkan kematian Natalie dikaitkan dengan vaksin dan industri vaksin tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dr. Diane Harper, pengkaji yang yang bekerja dengan vaksin Gardasil dan Cevarix, ia sama atau lebih merbahaya dari kanser itu sendiri. Kemudian Dr. Harper menerima tekanan dari individu dan jurnal yang pro kepada syarikat farmasi untuk mengubah kenyataan beliau. Dalam laman web Guardian, kenyataan Dr. Harper telah diputarbelitkan untuk menyokong industri vaksin.

Setelah sangsi dengan laporan yang dibuat di laman-laman web pro-farmasi, Mike Adams (NaturalNews) sendiri telah pergi bertemu dengan Dr. Harper untuk mendapatkan penjelasan. Berikut apa yang dikatakan sendiri oleh Dr. Harper tentang Gardasil dan vaksin HPV:

"Kami belum tahu apa yang bakal berlaku apabila berjuta-juta dos vaksin diberi kepada manusia, sehingga mereka mengatakan anda mesti mengambil vaksin ini, bermaksud anda mesti menjadi sebahagian dari eksperimen awam secara besar-besaran. Maka kami tidak dapat melakukannya selagi kami tidak mendapatkan lebih maklumat."

"Jika kami memberi vaksin kepada kanak-kanak berumur 11 tahun dan ia masih belum berhasil, kami meletakkan dia dalam keadaan yang bahaya terhadap kesan sampingan, walaupun kecil, ia jelas, tanpa apa-apa faedah. Faedah untuk orang ramai tidak dipedulikan. Sebenarnya ia tiada pengurangan kepada masalah kanser pangkal rahim..." kata Dr. Diane Harper.

"....saya fikir ia adalah salah bagi pakar perubatan mengatakan kepada ibubapa bahawa ia (vaksin) 100 peratus selamat." - Dr. Harper.

Dr. Harper menghabiskan masa selama 2 dekad membuat kajian tentang HPV. Beliau memberitahu dalam program TV bahawa penggunaan vaksin begitu tergesa-gesa ke atas kanak-kanak perempuan yang terlalu muda tanpa ada jalan penyelesaian yang lain. Tiada kajiselidik selepas jualan dilakukan tentang kesan sampingan yang mungkin merbahaya kepada mereka. Ia hanya memberi faedah kepada syarikat farmasi Merck, tidak kepada kanak-kanak dan remaja perempuan.

_________________________________________________________________________

aku dapat maklumat di atas ni melalui emel. taktau samada maklumat ini benar atau hanya satu agenda kotor oleh pihak-pihak tertentu untuk mentakut-takutkan ibu bapa. bagi pendapat aku, pihak kerajaan mungkin dah meneliti baik buruk vaksin tu lebih dahulu sebelom mensarankan kita mendapatkan vaksin tu. apa-apa pon baik dapatkan pandangan dari doktor yang bijak lagi bistari. jangan nak hentam kromo je percaya kabo-kabo angin macam ni okeh.


Tuesday, December 28, 2010

Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears

misi cobaan nasib diteruskan...

kali ni kita terjah pulak seorang belogger yang terasa belognya suram. jom la kita meriahkan belog dia nak? jom je laaaaa... (:


sambil kita beramas-mesra dengan cik GayahSpears kita ni, kita try masuk kontest mau? kontest ni bertajuk Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears. errrr... template aku nih dah la kosong je. ada can ke ha?

 

syarat-syaratnya ibuk-ibuk bapak-bapak ya...

1. wajib menjadi pengikut gayahspears(dot)com. - dah lama jadi dah sejak gayahspears jadi dot com. gayah je tak datang umah aku. waaaawaaaa... ;p

2. copy banner beserta isi entry ni dalam blog korang dan jangan lupa buat sidebar. - setel...

3. tajuk entry korang mestilah Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears. - setel jugek...

4. tag kepada 3 kenalan blogger - ermmm... nak tag ctbella, lileey dan Yatieowner (sila buat ye..hehe)

5. copy dan paste link entri korang kat entri ni ya- kat entry gayahspears bukan kat entry aku tau!

6. kontest tamat pada 26 Januari 2011

hadiah lumayan ye ibuk-ibuk bapak-bapak... hadiah pertama sampai ke saguhati semua DOMAIN. wow! wow! (joget joget)

pe lagi?! cepat cepat!!!

Monday, December 27, 2010

Are you the eraser or the pencil?

This is for all parents out there...



Pencil: I'm sorry...

Eraser: For what? You didn't do anything wrong. 


Pencil: I'm sorry cos you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time. 

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)



I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

Friday, December 24, 2010

Perfect Two.




You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'

Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth and I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as we're together

Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
No..

I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two
baaabyyy meee andd yooooooooou


the 4th L O V E anniversary this year! 
please prays for our happiness ya... (:

p.s. dan doakan cepat naik pelamin juge... *tutup muka*
p.s.s happy belated birthday to him too... on Disember, 6th.

Thursday, December 23, 2010

Rekod menang tanpa kalah.

sabtu lepas department aku buat perlawanan badminton secara suka-suka. punya la dah lama tak main, tetiba kena main pulak. adeh. seingat aku la kan, last aku main badminton ni masa sekolah rendah. takat nak main pukul-pukul tu boleh la. skill yilekkkk...



tournament (ececeh) julung-julung kali ni diadakan di sebuah dewan kat kejiranan Presint 18. dewan takde la besar sangat, boleh muat 2 court saja. sepatutnya ada 10 kumpulan yang berentap, 5 beregu wanita dan 5 beregu lelaki. tapi 1 beregu wanita menarik diri di saat-saat akhir. ada lawan beregu dan perseorangan jugak. tu pun last minit sebab nak habiskan hadiah.



lepas 3 kali perlawanan, akhirnya kami, Reepicheep team telah dinobatkan sebagai juara beregu wanita. auwwww... tak sangka u. walaupun ada gosip-gosip liar mengatakan kitorang menang sebab ada super amatur tapi tidak menjejaskan prestasi kitorang membuat rekod tanpa kalah. amatur la sangattt.. wakakaka. tapi partner aku, Ann Kurnikova ni memang terer. memang tak silap aku pilih dia sebagai partner walaupon dah sah aku akan jadik point utama kalo kitorang kalah. dah nama pon memang langsung tak terer kan. so aku ngaku la kan. -_-"




team wanita - Reepicheep (Yat Shandra & Ann Kurnikova), Boren (Intan & Hidayah Kesuma), CacaMerba (Sarah Low & Norhana Li Xi) dan Tron Legacy (Ilass Riko-San & Sarina Yourichi).

team lelaki -  H.A Power (Hafiz Hashim & Azahari Amar), Pakwer Root (Khairul Dan Dan & Syahril Kido), Aramaite (Naim Hidayat & Safwan Hendrawan), Gertok Gokgek (Faizal Tahir & Jimmy Chong) dan Massage Boy (Zakiden Zidane & Ashrolipamungkas)

nama-nama memang kelakar gila. ni GegeGegok punye pasal la. suka-hati dia taruk nama. tapi main hari tu memang best gilos. tahun depan boleh lawan lagi. tahniah pada mereka yang berjaya!



Wednesday, December 22, 2010

Blog Paling Superb!

takyah lah nak tenyeh-tenyeh mata tu. anda sekarang memang sedang mensaksikan belog paling superb di seantero donia. tapi dalam mimpi je lah... HAHA. kelakar tak? oh tak. -_-" 

untuk kali ketiganya aku terbukak hati nak join contest. contest sblom ni semua bungkus. nak senang cakap... semua KALAH. anggap saja takde rezeki kan? kan je lah. T___T




contest kali ni di anjurankan oleh cik adik kita ni, adik Aishah Ismail. aku suke nama aishah, mesti comel nih. errr.. ini bukan bodekan ok. ini betol-betol!

untuk contest nih aku nak tag Jujue, Dieabella dan Lydia Miza sebab dorang nih semua rajin masuk contest. HEHE.

syarat-syarat penyertaan boleh klik sini ok. selamat mencuba nasib! (:


Tuesday, December 21, 2010

Putrajaya AgroBazaar.

sempena cuti sekolah ni, orang-orang di sekitar Putrajaya boleh datang beramai-ramai ke Putrajaya AgroBazaar, Taman Warisan Pertanian, Presint 16.



p.s. bestnya kalo dapat makan liewlian (durian). ohhh... -_-

Monday, December 20, 2010

Letter 'L'.

It is the final round of the Miss Universe Pageant and the 3 finalists, Miss USA , Miss Malaysia and Miss Singapore are being asked 3 simple questions:

MC: The first question is name me an electrical appliance starting with 'L'
Miss USA : Lamp
Miss Malaysia : Light bulb
Miss Singapore : LADIO
Judge: No, no, Radio does not start with the letter 'L'

MC: I am going to give you 3 more chances; Now, name me an animal starting with the letter 'L'
Miss USA : Lion
Miss Malaysia : Leopard
Miss Singapore : LABBIT
Judge: No, no, no!

MC: Your next chance. The name of a famous car that starts with 'L'
Miss USA : Lexus
Miss Malaysia : Lamborgini
Miss Singapore : Lolls- Loyce
Judge: Oh my God!

MC: I am going to give you one last chance! Name me a fruit starting with the letter 'L'
Miss USA : Lemon
Miss Malaysia : Lychee
Miss Singapore , with full of confidence, smiles and says: LIEWLIAN !! (durian)

This is not the end of the story, the Judge consulted the board of judges to determine if Miss Singapore should really be disqualified; and they decided that since Miss Singapore was having so many problems With the letter 'L', they decided to give her another chance.

Judge: OK, the final question is : Name me a human anatomy starting with the letter 'L'
Miss USA : Lung (applause)
Miss Malaysia : Liver (even more applause)
Miss Singapore : LAN CIAU !!
The Judges fainted ..!


Happy monday! (:

 

Friday, December 17, 2010

Terima kasih.


terima kasih banyak-banyak-banyak kepada mereka-mereka di atas kerana setia bersama aku. ececeh. 241 orang okkkk. bagi aku dah cukup ramai untuk belog yang tak banyak info ni. banyak merepek ada la kan? kan? sapa jawab 'kan' memang nak kenaaaaa... grrrrrrr.. HAHAHA

aku sedang sedaya upaya membalas 'follow'an korang semua. sesapa yang rasa aku tak mem'follow' korang tu baik cakap cepat. cepatttttt... ada sesetengah tu aku tak dapat nak follow sebab takda link.
 

memang ada yang bagitau melalui shoutbox. tapi kadang-kadang tak  perasan sebab nak cepat berbelogwalking. jangan mareeee... -_-" (sedih kena marah)

jangan lupa bagitau dan tinggalkan link korang dalam kotak "rumbles" okkkkkk... zaijian (goodbye)

Thursday, December 16, 2010

Mahu komen? Silakan...

 



sapa mahu komen. komen... amat dialu-alukan. kalau taknak. takpa... boleh baca dan tengok saja... takda hal.  >_<

Tuesday, December 14, 2010

Amalan mengelakkan santau.

apakah amalan yang biasa dilakukan untuk menghindarkan diri daripada terkena santau?

aku nak berkongsi satu amalan yang boleh kita jadikan panduan bersama dari emel yang aku terima ni, "kaedah perubatan Islam  bersama Dato' Hj. Ismail Kamus".

sebelum berangkat ke tempat makan, bacalah surah al-Quraisy sebanyak 1 kali. setelah sampai ke tempat makan, baca surah al-Quraisy tu 1 kali lagi.

surah al-Quraisy

setelah membaca ayat tersebut, perhatikan bayangan wajah kita di dalam air (air minuman yang diorder). sekiranya dalam air tu ada bayang wajah kita, so bolehlah kita minum. tapiiiiii kalau bayangan tu takda, sebaiknya janganlah minum. aku blom test lagi dalam air kopi, taktau la nampak ke tidak bayang tu. -_-'

untuk makanan pulak, sebelum makan tu pusingkan sedikit pinggan dan baca surah al-Quraisy tu tadi.

surah al-Quraisy (sama di atas)

jika dalam makanan tu ada racun santau, insyaAllah pinggan tu akan pecah sendirinya. pastikan korang makan dalam pinggan kaca. senang nak tengok pecah ke tidak. 

surah al-Quraisy ini hendaklah dijadikan amalan bagi mengelakkan diri daripada terkena racun santau dan juga dari sebarang gangguan. 

setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang buruk datangnya dari hamba-Nya sendiri. (:

Monday, December 13, 2010

Senyum biar sampai nampak gigi.

para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

tengok video ini mesti senyum kita makin melebar. (:




kelakar betul budak-budak ni. HAHAHA.


ada iklan terbaru kat atas header tu. thanks NUFFNANG!!!! BE kah? HEHE...





pagi tadi buat pemeriksaan gigi kat klinik kesihatan Putrajaya. ada sikit karies kat gigi atas belah kanan. doktor bagi appointment untuk buat scaling 7 Februari 2011 nanti (appointment memang selalu 3bulan lepas tu). sementara nak menunggu scaling tahun depan, dapat ubat kumur je untuk redakan bengkak kat gusi ni. aduuuuiiii... -_-"

Friday, December 10, 2010

Pujuklah diri sendiri.

bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder. tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.

walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh. dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.

maka belajarlah memujuk diri sendiri.

selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah kita sendiri sebenarnya.

  • menyediakan dasar yang kuat.

bukan mudah hendak memujuk diri sendiri. Perlukan kekuatan dan tenaga yang besar. hendak menggembleng fikiran dan rohani agar kekal tenang bukan satu perkara semudah 123. untuk melatih kita agar berjaya memujuk diri dalam situasi yang menekan, perlu ada dasar yang sangat kuat, agar mampu menampung tekanan dan bebanan yang menimpa kita.

apakah dasar itu?

itulah dia keimanan.
hanya dengan keimanan sahaja, kita akan berjaya memujuk, merasionalkan, dan menenangkan diri.


  • menangis.

kadangkala, ‘pemujuk’ itu sudah wujud di dalam diri kita. itulah dia satu makhluk bernama tangisan.

ya. menangis. menangislah. menangis puas-puas. lepaskan segalanya.

hakikatnya, menangis itu sendiri satu pujukan untuk diri. kita lepaskan bebanan itu dalam bentuk air ibarat membuka empangan yang menahan air.

tetapi jangan menangis seperti orang biasa. kita orang beriman adalah manusia luar biasa. menangislah sambil berfikir. berfikir akan masalah yang sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.

biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.

moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita.

nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar. insyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.

  • muhasabah.

satu lagi cara memujuk hati adalah dengan muhasabah.

ya. dengan kita memandang semula apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sebegini rupa. kita lihat kembali apakah yang telah kita lakukan.

“oh, aku masih tak tinggal dosa yang ni. patutlah Allah tak bagi aku yang ini”

“oh, aku silap di sini. patutlah”

“la, memang salah aku rupanya”

“hem… benda ni bolah selesaikan macam ni je rupanya. apa pasal la tak nampak tadi”

dan begitulah.

dengan muhasabah, hati akan rasa tenang. kita akan melihat kembali di mana kesalahan kita. kita akan dapat menyusun pula rancangan kita yang seterusnya.

dan orang yang hebat, adalah apabila dia jatuh, dia cepat-cepat naik semula.

bagaimana dia cepat-cepat naik semula?

dengan dia mengambil pengajaran atas kejatuhannya = muhasabah.

  • hadapi masalah. jangan lari.

justeru pujuklah diri. kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu.

jangan lari dari masalah. hadapinya. langkahinya. lari tidak menyelesaikan apa-apa.

dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.

siapa tahu?

Allah SWT tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. termasuklah ujian.

mesti ada sesuatu yang Allah SWT hendak berikan, Allah SWT hendak ajarkan, Allah SWT hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu.

tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.

maka hadapilah ujian.

pujuklah diri.

tenanglah jiwa, damailah hati!


sumber :  Langit Ilahi

Result sudah keluar Oh!

klik kalau tak nampak.

aku dah tak lalu nak buat kerja nih wehhhh.... cekodok feveret pon aku dah tolak tepi nih! waaaaaaa... takut! takuttttt!!!




p.s. info terkini!

result exam masuk dalam e-mel rupanya. baru aku tau...HEHE
alhamdulillah... semua clear. result naik sikit dari semester lepas. kena bayar nazar lepas ni. fuh fuh... >_<


Thursday, December 9, 2010

The 30's.

hepi besdei tu yu! hepi besdei tu yu!
hepi besdei tu yuuuuuu, sumijelly... 
hepi besdei tu yuuuuuu!
(masuk petang ni dah 4 kali dia call aku. mentang-mentang celcom bagi free seminggu. tapi takpe, aku sukeeee...)



dah masuk zaman 30an dah kawanku ini. tahun depan aku pulak. haih. berdebar gilak okkk... dia takpa la lahir akhir tahun. aku ni haaaa... 29 MAC (motip???) umur dah masuk fasa ketiga. ooh noooo!!!

ni gambar tahun 2006. eh ke 2007? muka suci je masing-masing baru masuk kerja gomen. time ni dia tengah mengandung anak kedua.

baru tersedar bawah mata dah berkedut-kedut. pipi dah tak licin. mana pulak datangnya pakcik jeragat nih ntah. dah la memang tak rajin nak pakai sunblock, moisturizer apa semua ni... yang aku tau krim safi saja. tu pun baru nak berjinak-jinak time dah berkerja ni. boleh? zaman student boleh pulak kau pakai loreal (dah paling mahal bagi aku ni). dah berkerja pandai pulak kau pakai safi? bukan dulu kalau sapa pakai safi kau dah jeling sampai mata naik juling, "pe kelas pakai safiiiii.." tapiiiiii... tu statement zaman dolu-dolu. zaman perabiskan PTPTipu. zaman mintak duit mak ayah. tak sedar diri kan? dah pandai carik duit sekarang ni baru la pandai nak berjimat dan berhemat. insaffff... *letak tangan atas dahi*

ada sesapa dah melepasi umur 30? meh la share perahsaan korang kat sini. bagi sokongan kat aku untuk tahun depan depan. sila.. sila.. jangan memalu miow ye... HEHE


Wednesday, December 8, 2010

Contest : Foto Posing Raya.

rasanya baru sekali aku pernah join contest. dah lama dulu. tak menang pun. tu sebab taknak ingat. boleh?
disebabkan nak merasa dua kali join contest, maka aku merelakan pulang lambat ke rumah semata-mata nak mensiapkan contest ini.

contest ni aku dapat setelah di-tag oleh Miera (rajin adik ni join contest, dengki ni kalau bagi dia menang sorang-sorang. HAHA. keji.) 


sesiapa yang ingin join contest ni boleh klik sini (klik terus kat banner pun boleh jugak). semua syarat-syarat penyertaan ada kat situ. aku malas nak tepek semua kat sini.




1st contest anjuran Lissa ni sempena korang.. korang.. dan korang semua yang dok galak berposing sempena raya tu hari. tak kira la raya puasa ke.. raya haji ke.. raya deepavali ke.. apa-apa jenis raya pun takpa. janji posing. ada paham?

setelah jenuh memilih folder-folder raya (punya banyak posing raya sampaikan berfolder-folder kauuu..., maka aku memilih gambar raya kat bawah ni.



ini gambar posing raya tahun 2007. bersama kawan-kawan sebujangan seperjuangan Aemy dan Yan. nama je raya, walaupun dah melantak lemang, ketupat, rendang, kuih raya dan segala mak nenek juadah raya tapiiiii... tetap jugak ke KFC, Teluk Intan. 

macam biasa, tiap-tiap tahun kitorang saja yang akan datang rumah si Aemy ni. nak harapkan dia memang sampai duaplohpat tahun lagi belum tentu dia jejak kat rumah kitorang. lepas perabiskan laksa (selalunya menu tambahan selain lemang, ketupat dan rendang) kat rumah dia, kitorang akan "menziarahi" KFC pulak sambil posing-posing kat Menara Condong Teluk Intan tu.

rindunya nak beraya lagi! srooot srooot... 

mengikuti syarat penyertaan kena tag 2 orang kawan. so aku nak tag dorang ni ha... >_<

itu saja untuk contest. sekian. -.-


Hijrah.


“Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432