Tuesday, November 16, 2010

Sebelah mata baru.

lepas habis Diabetes Walk, ajak Ary dan Erkies temankan check mata si Budak Besi. bukan tak boleh ajak Dahling, tapi sian la pulak nak suruh dia datang semata-mata nak temankan aku gi check kan. kunun-kunun nak berdikari la pegi sendiri padahal ajak member skali. hehe.



kitorang gi check kat kedai tayar petronas presint 16. si Ary kate takat nak tukar bulb boleh je kat sini sebab aku dah pow Ary punye bulb. sebijik rm18...jimat duit aku. 

tengok le bukan main teruk bulb si Budak Besi ni. kat tangan aku tu bukan takat pecah je tapi cair. yang kat tangan Ary tu bulb baru. aku rasa lebih 6 bulan jugak mata si Budak Besi sepet sebelah. teruk betul la tuan dia ni kan?



tokei kedai tayar tengah buat check up kat mata si Budak Besi. lastnya dia kata sebelah mata ni dah takleh pakai. sebab ada benda yang dah patah kat dalam tu, so takleh nak masukkan bulb balik. if masukkan pun bulb takleh nak lekat dan akan berlaku short circuit. tu yang tokei kedai tayar ni cakap le. aku angguk-anguk percaya je la kan. 

lepas mentekedarah nasik lemak ayam dara kat Taman Warisan, terus gerak cari workshop kat Bangi. singgah kat Brother's tanya harga sebelah lampu, amoi tu kata rm88 including pasang. aku taktau le harga tu mahal ke murah untuk sebelah lampu satria, janji mata sebelah Budak Besi aku tak sepet lagi.




Budak Besi sedang menjalani operation sebelah mata beliau. banyak berjasa budak ni tau. gi keja.. gi kelas.. balik kampong.. tak susah jaga dia ni. janji tiap bulan standby duit, kot-kot ada emergency. (:



Aku : eh ice room... kedai ape tu? aiskrim ke?
Erkies : aah... sedap kak Yat, aku dah pegi dah.
Aku : yeke? mahal tak?
Erkies : takde la mahal pon... jom le aku blanje...
Aku : ok set.
Ary : daus, ko dah kena mandrem dengan diaaaaaaa... taktik tuuuu...
Erkies : aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Aku : hahahahahahaha!!!

nantikan kisah seterusnye selepas ini. (mungkin lepas balik raye aji nnt)





p/s: hujan turun lebat gile... nak balik kampong camno ni???

No comments: