Monday, November 15, 2010

Putrajaya Global Diabetes Walk 2010.

sabtu lepas, aku dan geng-geng mandrem masuk Diabetes Walk. jam 5 pagi dah bangun mandi dan siap buat alarm calls kat budak-budak tu skali. sekali call je dah angkat. bagussss...kalo idak ade yang dapat makian subuh kang. jam 6.15 pagi tunggu dorang kat opis pastu jalan kaki je ke Dataran Putrajaya, Presint 3 (depan Palace of Justice) tempat event tu.



selepas registration untuk dapatkan t-shirt free ini. LOL.
Diabetes Walk ni dianjurkan oleh Novo Nordisk Pharma (Malaysia) dan Hospital Putrajaya. tahun lepas pon dah ada Diabetes Walk ni (aku dengar akak depan aku cakap) hehe.. siap ada hadiah sape yang sampai dulu. patut le bukan main laju je akak tu lari, bukan walk tu jalan ke?



gambar yang takde watermark kredits pada Erkies melalui blackberry baru beliau. tapi gambar blur... so tak best (dengki). bungkusan kat tangan tu baju yang aku pakai sebelum tu. terpaksa bawak kulu kilir jugak sebab tak bawak beg.



sebelum memulakan perlarian perjalanan kena warm up dulu yang diconduct oleh mamat dari Fitness First.  sampai skang pinggang aku sengal-sengal. nampak sangat jarang exercises.



budak ni dah kena mandrem. paksaan bawak bungkusan baju aku dan Ary. HAHAHAHA... errr...tinkiu Erkies sebab 'tolong' bawakkan...



akhirnya berjaya membuat pusingan secara berjalan kaki dan larian ala-ala sejauh 3km (ke 4km???). berjaya mentinggalkan budak-budak lain di belakang dengan tidak membuat dekkk saje semasa memintas mereka. 



lepas dapat goody bag terus kembalikan kesegaran dengan meminum secawan 100plus. 



punya la semangat angkat tangan nak jawap soalan kuiz ni. tapi langsung tak dihiraukan. sadis... kebanyakan yang aku teka dalam hati semua salah. HAHAHAHA... nasib baek tak memalukan diri sendiri.



dalam goody bag ada sijil, tuala muka, gardenia breakthru (2 keping), krim kaki (brand lupe...erkies bagi dia punye krim kat aku so aku ada dua) dan brochure pasal diabetes. macam biasa kalo ada lucky draw aku memang takde lucky. no. 0198 takde ong la...

tapi at least antara kitorang ada yang lucky jugak. Erkies (0200) berjaya mendapat hadiah lucky draw berupa sejenis alat untuk check kandungan gula dalam darah. aku taktau la dia dah test ke belom. HEHE.. grand price untuk Diabetes Walk kali ni adalah penginapan 3 hari 2 malam dan tiket outdoor theme park di Genting Highlands. takpe... tahun depan boleh cuba nasib lagi.
 

event tamat jam 9 pagi, ajak Ary dan Erkies breakfast kat Taman Warisan then gerak ke Bangi nak baiki sebelah mata si Budak Besi. sapa Budak Besi? tu kena tungguuuuu dalam entry seterusnyeeee...

8 comments:

faraleya said...

wahh bagusnyaaa :DD

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

sila ps gardenia brekthru tu kat umah zama, ehehe

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

*pos

biskut said...

sonok lar dapat tshirt tuh..nak satu.hehe

Amirrah Zawani said...

i x penah join aktiviti cm ni..
mcm menarik jugak eyhhh :)

tqaAwesome said...

dah lame tak join program larian amal cmni ^___^
rindu rindu lolololooo

NARDtheNERD said...

lama tak lari lari gini..
hehe..
:))

nkara said...

best tau skali skala join benda macam ni...
nak harapkan exercise sendri jangan arap le..
sambil kita ber-exercise, dapat tshirt free skali..hehehe