Monday, November 1, 2010

Mencari Identiti Blogger

Semua orang takda kat opis sekarang. Aku la rajaaaaaaa...(motif???)

So boleh la mensiapkan tag dari Miss Chekleen yang dah berkepam dalam draft nih.

 

Tag tersebut berbunyik begini, “Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you”.

 

Ni kalau aku buat panjang-panjang mahu 3 hari baru siap. Bagi senang korang nak faham, aku bagi fakta-fakta yang senang nak ingat je...;p

 

1. Nama sebenar Yat.

2. Asal usul nama Nkara adalah diambil dari cerita Beastmaster.

3. Teman ni orang Perak.

4. Anak nombor 6 dari 9 orang adik-beradik.

5. Single but not available.

6. Umur dah nak masuk kategori lanjut usia. Tapi ada aku kisahhhh...HAHA.

7. Berat - 65kg...gila berat okkk. Haih.. (nak kena kurangkan 10kg baru cun)

8. Suka tengok citer Korea alih bahasa Melayu kat Animax setiap Rabu sampai Jumaat.

9. Selalu berangan nak kulit licin bak porselin macam artis Korea yang nyanyi tergedik-gedik kat Life Power Music.

10. Tak suka aircond. Sejukkkk...

11. Suka pakai kasut tumit tinggi sebab nak bajet model tapi model berbadan ..... Ahhhh tolong jangan kecikkan hati sendiri. ):

12. Tengah belajar pakai bulus mata palsu. KehKehKeh...

13. Sambung belajar sambil bekerja. Sungguh seksa nak menunggu setahun lagiiiii...

14. Tengah gigih nak menkurangkan lebihan lemak di perut, vontot dan peha.

15. Suka makan tomyam campur, tomyam ayam, tomyam seafood, tomyam dengan nasik, mihun tomyam, ketiau tomyam...blah blah blah...

16. Bab masak tak terer tapiiii bab makan TERsangatttt tererrrr...

17. Suka pergi Jusco walaupun sekadar tengok-tengok je. (4 Nov ni ada JCard Members Day kat Jusco Cheras Selatan woi!!!!)

18. Tak suka orang dari Republik Rakyat ...................

19. Kalau pergi kerja suka pakai baju kurung sebab boleh tutup lemak kat celah-celah pinggang. Uh! Dah lama tak pakai kebaya. Sad...

20. Suka beli kasut tapi selalu pakai kasut yang sama je. Yang lain simpan buat harta karun. LOL

21. Suka tengok orang berfesyen tapi malu nak buat sebab rasa diri huduh dan gemoks. So takde konfiden. Sigh. Why ha?

22. Ada sesiapa nak transform saya jadik cantik tak????

23. Susah nak carik seluar/ jeans yang berkenan dengan bentuk pir saya. Ingat nak try Levi’s Curve tapi kena kumpul duit dulu. T____T

24. Exam tinggal 3paper lagi so....

25. Tak reti-reti nak stop berbeloging dan stadi keeeeee??????

 

Ok ok... Kita sambung minggu depan pulak.

Aku akan mula bercuti stadi dan exam selama seminggu mulai besok. Eh ada ke orang nak tau??? HAHAHA...

Kot-kot la ada sesiapa yang pelik kenapa aku tak jenguk belog korang tu... bukan aku dah pencen berbeloging ke ape. Tengah busy sangat sekarang ni. Dengan kejenya, dengan stadinya. Ini semua untuk masa depan tauuuu...

 

Doakan aku tauuuuuu!!!!

6 comments:

qistinasafiah said...

apapun auntie ni cute pada saya :D

mama saya pun suka korean drama, boleh geng ni..hehehe

Siti Mashitah Saidin said...

exam gak eh??? gud luck!!~

gigi rongak said...

rakyat apa tu?haha..
gud luck utk exam :D

miss chekleen said...

wah!!!!da siap tag...
nkara blajo pakai mu;u mata,chekleen lak try pakai eye liner..haha..
sama2 la blajo kite...

niway gluck

Mr Ceym said...

owhh.. auntie rupanya...hehe... bukan kak lagi dah

si biskut said...

owh orang perak ghupenyer..