Monday, November 29, 2010

Lawatan ke Menara Taming Sari

tajuk macam lawatan budak-budak sekolah kan? padahal lawatan mak budak, bapak budak, makcik dan anak-anaknya. kahkahkah. ok tak lawak. phew! *sambil picit kepala. maybe power konteklens dah bertambah*

jumaat malam tunggu Kakina kat tepi highway saja. toksah suruh dia ambil kat rumah. kompom sesat. so tunggu tepi highway dekat CALTEX sebelum exit HICOM menuju ke selatan lagi senang.




besoknya (sabtu) Abg Ajeap dan Kakeya ajak jalan-jalan town Melaka. nak pegi Eye of Melaka Malaysia sudah takda. dengar cerita kos penyelenggaraan terlampau mahal. kerajaan Melaka dengar khabarnya nak beli Ferris wheel dari China pulak. betul kah orang Melaka? *orang bukan Melaka pun boleh jawap jugak*





setelah bersesak dan bersesat, akhirnya sampai juga ke destinasi.
menara pandang setinggi 110 meter dan berputar 360 darjah yang terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan Dataran Pahlawan.
punya la teruja sampai terlupa nak snap the whole menara. ): tapi takpa, pakcik google sedia membantu anda. sila tengok sini.






tiket boleh didapati dengan harga RM 20 (dewasa), RM 10 (kanak-kanak) dan RM17 (warga emas). bagi warganegara Malaysia boleh hulurkan MyKad anda untuk mendapatkan potongan separuh harga. (:




dont worry! boleh tangkap gambar dalam Taming Sari. takda siapa nak marah. cuma jaga keselamatan diri bila menara jenis Gyro yang pertama di Malaysia berteknologi Switzerland ini mahu berputar. nanti anda terpelanting pening.




geram dengan budak comel (errr...yang kecik tu) yang garang dan cememeh (kuat nangis).

pagi tadi dah makan nasi goreng, tapi beli nasi tomato pulak. errr... (*_*)

Friday, November 26, 2010

Veranganku musnah.


baru verangan nak bermata kaler-kaler... alih-alih barang tak sampai-sampai.

sebelom balik raya haji hari tu, aku ada order color lens secara online. tengah banyak duit la katakan. semua benda rasa macam nak beli kan.. ce cuba dah takde kang... pandai pulak lah kau nak berpuasa sunat. padahal nak cover nak makan duit takda. kuikuikui...


time tu tengah promotion 4 pasang seratus henget. kalau sepasang 26henget. ingat nak untung lah kununnyeee.. terus order 4 pasang hokeee... budak ni kata barang kena order dulu dari korea and maybe sampai malaysia around 11 - 19hb. aku pulak time tu sedih lah jugak sebab dah verangan nak melaram di pagi raya haji kang. padahal pagi raya menghadap tv sambil cicah lemang dengan rendang. hampeh saje...


                                      
semua pics di atas, aku amik dalam fb minah tu...


kaler sama je ek? saja nak ambil kaler yang safety, brown and grey sajo. baru nak test kunun-kununnya. kalau mata takda infection baru lah boleh beli banyak-banyak lagi. ;p

ingatkan lepas balik cuti raya tu barang dah sampai. tapi ngak ado... ishhhh aku dah terpikir, kena tipu ke ni? pagi tu time ondaway ke opis bukak radio hot fm tengah discuss pasal "sekurang-kurangnya rm300,000 sebulan orang kena tipu dalam urus niaga online". mak aihhhh... adakah?

aku dah kontek dia dalam fb semalam. dia kata barang untuk jenis aprillover ni ada masalah untuk sampai ke malaysia sebab dia order benda ni kat korea. dia tengah usaha untuk setelkan masalah ni secepat mungkin dan suruh para customers yang dah berhangen ni sabarrrrr... uh iye lah tuuuu... ntah betol ntah tidak lah yang minah ni cakap. kita tunggu je lah sampai hujung bulan ni. hagak-hagak tak dapat kang memang nak kena kuntau lah minah ni. jangan minah  ni deactivated fb dia sudahhhh...

baru verangan nak melaram pegi kawen si Sarah minggu depan. hurmmmm.... ):

Wednesday, November 24, 2010

Ice Room Bandar Baru Bangi.

selepas habis Diabetes Walk dan uruskan si Budak Besi, kami menterjah lokasi comel berkaler green apple ini. congrats to Kak Green Apple kerana selamat melahirkan baby Lion (Rayyan) beberapa minggu yang lepas (eh tetiba). 




 
baru aku tau Ice Room ni ada banyak outlets. kat Shah Alam - UiTM pon ada? camno boleh taktau ni? haihhh... sesapa yang dok area BBB tu, yang nak pegi tu, ice room ni berhadapan dengan Brother's ye cik kak. sebelah ice room aku lupa kedai apa. so pandai-pandai la korang carik ye. aku ni bukan reti sangat area Bangi ni. sipi-sipi boleh la...



muka teruja.
serius tempat ni COMEL sangattttt... patutnya tangkap wall belakang tu. (sambil jeling kat Erkies si tukang tangkap gambar). 


good food and fun.
tang good food tu aku belom try lagi tapiiii...bab fun, memang fun. rasa cam comel je mentangkap gambar secara suka-hati-macam-bapak-saya-punya-kedai. time ni customer tak ramai, so semua area kami terjah.



cecat kah? eh tak.
mahu promot tapi takda bayaran. nak privasi boleh duduk sini ye cik kak.



cafe world?
saya sudah level 82... kekekeke



macam-macam ada. top selling dia punye ice cream. perghhhh... terbaek hooo...
nanti nak celebrate besdei Dahling kat sini la. pstttt ni rahsia tau... hikhikhik (geediksnyeee)




area tingkat atas. open area. agak serabut, maybe dorang belom kemas lagi kot. erkies cakap malam-malam tingkat atas ni bukak.



kombinasi ais kisaran ala Itali dan buah-buahan semulajadi yang sungguh lazat...
kami order fresh mango cube snow ice dan mixed fruits snow ice. yummy!





penuh perahsaannnnn...
tetiba si Ary terselit. cesss... aku dah suruh dah dia jangan menselit. kang kena marah kang... HOHOHO




Erkies yang dah 2 kali datang sini, tapi baru ni nak bagitau. nak kena niiii... nasib baek dia dah terkena sumpahan mandrem aku, so terima kasih kerana belanja kami. free... memang lagi sedappppp!



JJCM sudah datang sini.
bestnya jadik Serina kan? boleh makan sedap-sedap, banyak-banyak... gemok-gemok. HIKHIKHIK



sebelom balik sempat tapau fresh mango cube snow ice untuk di bawak balik. makan bersama-sama mak, ayah dan adik yang nak datang umah hari tu. lastnya, adik je habiskan sorang-sorang. cisss punye adik!

Tuesday, November 23, 2010

Shoutmix dipedajal oleh CBox.

baru je nak buat makian untuk shoutmix tetiba ok pulak. cam tau-tau pulak ko ye shoutmix. 

dari pagi tadi aku try refresh shoutmix asyik la error semedang. so saja nak pedajal (errr..kome tau ke pedajal tu ape?) si shoutmix ni, aku dah taruk cbox pulak bawah tu. so sapa-sapa rasa shoutmix di sini agak biut, guna la cbox ye.

tu je nak bebel. rehat kang nak carik baju penyepit pengapit. bos tengah takde kita amik la kesempatan. tak gitu bos??? HAHAHAHAUHAU...


p/s: shoutmix sedang ERROR lagiiiiiii...cis cis
what should i do??? 

Monday, November 22, 2010

Belasungkawa.

 


salam takziah buat sahabat baikku (geng kamceng dari kecik sampai beso), Yan dan keluarga...

setelah pemergian Abang tersayang setahun yang lalu kerana menghidap kanser kolon (usus), kini giliran Abah tersayang pula  menghadap Illahi kerana menghidap kanser paru-paru petang semalam. harap Yan dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini...

semoga roh abah tersayang dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Aidiladha.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Sumber : Wikipedia

Tuesday, November 16, 2010

Sebelah mata baru.

lepas habis Diabetes Walk, ajak Ary dan Erkies temankan check mata si Budak Besi. bukan tak boleh ajak Dahling, tapi sian la pulak nak suruh dia datang semata-mata nak temankan aku gi check kan. kunun-kunun nak berdikari la pegi sendiri padahal ajak member skali. hehe.



kitorang gi check kat kedai tayar petronas presint 16. si Ary kate takat nak tukar bulb boleh je kat sini sebab aku dah pow Ary punye bulb. sebijik rm18...jimat duit aku. 

tengok le bukan main teruk bulb si Budak Besi ni. kat tangan aku tu bukan takat pecah je tapi cair. yang kat tangan Ary tu bulb baru. aku rasa lebih 6 bulan jugak mata si Budak Besi sepet sebelah. teruk betul la tuan dia ni kan?



tokei kedai tayar tengah buat check up kat mata si Budak Besi. lastnya dia kata sebelah mata ni dah takleh pakai. sebab ada benda yang dah patah kat dalam tu, so takleh nak masukkan bulb balik. if masukkan pun bulb takleh nak lekat dan akan berlaku short circuit. tu yang tokei kedai tayar ni cakap le. aku angguk-anguk percaya je la kan. 

lepas mentekedarah nasik lemak ayam dara kat Taman Warisan, terus gerak cari workshop kat Bangi. singgah kat Brother's tanya harga sebelah lampu, amoi tu kata rm88 including pasang. aku taktau le harga tu mahal ke murah untuk sebelah lampu satria, janji mata sebelah Budak Besi aku tak sepet lagi.




Budak Besi sedang menjalani operation sebelah mata beliau. banyak berjasa budak ni tau. gi keja.. gi kelas.. balik kampong.. tak susah jaga dia ni. janji tiap bulan standby duit, kot-kot ada emergency. (:



Aku : eh ice room... kedai ape tu? aiskrim ke?
Erkies : aah... sedap kak Yat, aku dah pegi dah.
Aku : yeke? mahal tak?
Erkies : takde la mahal pon... jom le aku blanje...
Aku : ok set.
Ary : daus, ko dah kena mandrem dengan diaaaaaaa... taktik tuuuu...
Erkies : aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Aku : hahahahahahaha!!!

nantikan kisah seterusnye selepas ini. (mungkin lepas balik raye aji nnt)





p/s: hujan turun lebat gile... nak balik kampong camno ni???

Monday, November 15, 2010

Putrajaya Global Diabetes Walk 2010.

sabtu lepas, aku dan geng-geng mandrem masuk Diabetes Walk. jam 5 pagi dah bangun mandi dan siap buat alarm calls kat budak-budak tu skali. sekali call je dah angkat. bagussss...kalo idak ade yang dapat makian subuh kang. jam 6.15 pagi tunggu dorang kat opis pastu jalan kaki je ke Dataran Putrajaya, Presint 3 (depan Palace of Justice) tempat event tu.



selepas registration untuk dapatkan t-shirt free ini. LOL.
Diabetes Walk ni dianjurkan oleh Novo Nordisk Pharma (Malaysia) dan Hospital Putrajaya. tahun lepas pon dah ada Diabetes Walk ni (aku dengar akak depan aku cakap) hehe.. siap ada hadiah sape yang sampai dulu. patut le bukan main laju je akak tu lari, bukan walk tu jalan ke?



gambar yang takde watermark kredits pada Erkies melalui blackberry baru beliau. tapi gambar blur... so tak best (dengki). bungkusan kat tangan tu baju yang aku pakai sebelum tu. terpaksa bawak kulu kilir jugak sebab tak bawak beg.



sebelum memulakan perlarian perjalanan kena warm up dulu yang diconduct oleh mamat dari Fitness First.  sampai skang pinggang aku sengal-sengal. nampak sangat jarang exercises.



budak ni dah kena mandrem. paksaan bawak bungkusan baju aku dan Ary. HAHAHAHA... errr...tinkiu Erkies sebab 'tolong' bawakkan...



akhirnya berjaya membuat pusingan secara berjalan kaki dan larian ala-ala sejauh 3km (ke 4km???). berjaya mentinggalkan budak-budak lain di belakang dengan tidak membuat dekkk saje semasa memintas mereka. 



lepas dapat goody bag terus kembalikan kesegaran dengan meminum secawan 100plus. 



punya la semangat angkat tangan nak jawap soalan kuiz ni. tapi langsung tak dihiraukan. sadis... kebanyakan yang aku teka dalam hati semua salah. HAHAHAHA... nasib baek tak memalukan diri sendiri.



dalam goody bag ada sijil, tuala muka, gardenia breakthru (2 keping), krim kaki (brand lupe...erkies bagi dia punye krim kat aku so aku ada dua) dan brochure pasal diabetes. macam biasa kalo ada lucky draw aku memang takde lucky. no. 0198 takde ong la...

tapi at least antara kitorang ada yang lucky jugak. Erkies (0200) berjaya mendapat hadiah lucky draw berupa sejenis alat untuk check kandungan gula dalam darah. aku taktau la dia dah test ke belom. HEHE.. grand price untuk Diabetes Walk kali ni adalah penginapan 3 hari 2 malam dan tiket outdoor theme park di Genting Highlands. takpe... tahun depan boleh cuba nasib lagi.
 

event tamat jam 9 pagi, ajak Ary dan Erkies breakfast kat Taman Warisan then gerak ke Bangi nak baiki sebelah mata si Budak Besi. sapa Budak Besi? tu kena tungguuuuu dalam entry seterusnyeeee...

Facebook di era P. Ramlee.



Semoga ceria di pagi Isnin (errrr..ceria kah?)
Teringat nak balik beraya haji di kampong je dah ni... (:


p/s : kredit to Giantpolar. (seriusly tak penah masuk ini blog...google nak cari link tapi tak jumpe)

actually taktau pon pic kreatif ni ade watermark...patut le ada ruang kosong kat belah kanan tu...aku dapat ni pon dari emel yahoogroups...thanks Mr Ceym for the info... (: 



Saturday, November 13, 2010

Mangsa simbah asid oleh ahli keluarga mohon bantuan kos pembedahan.


ada jugak adik-beradik yang sanggup buat kat ahli keluarga sendiri macam ni. kot ye pun si abang ni ada buat salah or memang si abang ni jahat orangnye, still ada cara untuk sedarkan dia. jangan le buat adik-beradik korang camni weh... tak kesian ke hancurkan hidup orang??? if terus meninggal ok jugak kot dari hidup penuh derita camni... bawak-bawak le berbincang. lidah lagikan tergigit, ni kan pulak hidup berkeluarga...sayangi lah keluarga anda!!!

sesapa yang berlebihan duit tu, kalau nak beramal jariah bole la tolong abang ni...kesiannnnnn... ):


p/s : ensem jugak si abang ni sebelum tragedi maut ni kan?

Friday, November 12, 2010

Stress.

takde la stress pun. gimik je tu... hehe.

semalam dengar desas-desup si pengkabar angin mengatakan akan berlakunye rotation jobs sekali lagi. dan nama aku sekali lagi menduduki carta teratas. hahaha...

actually, aku takde hal dalam pertukaran keja ni. mana kau nak letak aku, aku tak kisah... tapi orang lain tu la yang mengelabah takut nak dok tempat aku. takut kena selalu outstation. alasan takleh pakai de... aku rasa mana-mana tempat dalam gomen ni kau memang kena keluar outstation. tapi maybe sebab aku dok latihan kot. nak pulak yang kena reshuffle tu agak berusia orangnye so masing-masing tanak dok latihan yang ramai orang-orang bujang ni. 

dalam keja ni takyah nak stress sangat. lagi kau stress lagi banyak keja tak siap. betul tak? agak-agak keja tu perlu hold, kau holdkan dulu. buat keja yang lain, dah siap then kau buat balik.

rasanye stress dengan keja ada kaitan jugak dengan situasi dan persekitaran tempat keja kan? kalau kawan or bos salah satu punca stress kau, kau abaikan je...janji keja kau siap. kalau kawan-kawan mensakitkan hati, carik je kawan lain. takyah nak penin-penin...tak kawan dengan dia pun bukan tak potong gaji kan? macam bos pulak, kalau banyak cengkadak sangat buat dekkk je...sama-sama makan gaji kan? as long kau tak bergaduh dengan dia sudah. kalau masuk bab gaduh melawan pe semua ni payah skit kalau dalam gomen ni. yang jadik mangsa laporan nilaian prestasi tahunan. bab ni memang agak tidak puas hati jugak sebab dia melibatkan periuk nasik orang nak naik pangkat, gaji dan so on. 

agak-agak takleh nak tahan stress tu, moh le kita ramai-ramai baca doa apabila menghadapi stress ni. insyaAllah dapat membantu...





Rebah ketika bermain bola.


Penyanyi kumpulan Fotograf, Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pada jam 6.30, petang semalam.

Cerita selanjutnye, sila baca Metro

Kalau EO aku tak bagitau tadi memang kompom seminggu lepas tu baru aku tau. Maklum le baca paper malas, tengok berita pun malas. Not good not good ):

Penyanyi top zaman-zaman aku sekolah-sekolah dulu. Lagu glamer time tu, Di Alam Fana Cinta dan Ke Pintu Kasihmu. Dah la ensemmmm, suara serak-serak macho. Perghhhhh... Siap tampal poster penuh satu almari okkk (orang lain, bukan aku).

Takziah kepada keluarga Allahyarham... Al-Fatihah


Wednesday, November 10, 2010

Musim exam telah berakhir

yei yei exam dah abis...hahahahaha
oh lupaaaa...orang lain ada yang dah lamaaaa abis. ada yang baruuuuu nak abis. yang baru nak setat pun ada jugak. ahhh tak kira... tak kira... yang penting aku dah abis exam! last paper 9 nov, 2 hari lepas... yei lagi skali.. yei yei!!!

sonot gila lah intenet kat opis skang ni. kelajuan tahap empat ibu jari la (including ibu jari kaki). (:

macam sem-sem yang lepas, exam semua kat DRMM seksyen 7. sem ni paper 1st je pagi, lagi 3 paper sesi petang. so kitorang akan datang awal, parking kat kedai mamak sebelah dewan tu (lupa ape nama kedai mamak tu..rasanya Ali Maju), makan dulu siap-siap...kul 12 gerak pegi dewan stadi kat tingkat atas. port baek punye sebab ada aircon dan tak ramai orang. cuma ada beberapa manusia yang ingat dia je yang nak stadi, kitorang tak payah dok bising-bising. orang lain pon stadi group jugak takde la bising macam kauuuuu!!! oh temper kejap.




enterance DRMM.
ni aku snap time 1st day exam. sesak gila wehhhh...siap main tolak-tolak lagi. apedaaaaa...

sepanjang exam sem ni aku perati student-student kali ni pegi exam dress up bukan main...mak aiiiii!!! kalo takat pakai jeans, baju jarang, pesyen pelik semua ada... tapi hari ke-3 exam ada sorang minah ni pakai t-shirt kaler grey bodo (aku cakap bodo sebab t-shirt tu hanya layak dipakai time ko bergolek kat umah depan tv), pastu pakai legging kaler hijau! cuba image... dah la legging tu ketat, berkaler hujau, tshirt lak terselak-selak menampakkan bontot, kau ingat gorges sangat kah? tapiiiii...takde sorang pengawas peperiksaan pon yang tegurrrrrr. buta ke ape???? 

hari ke-4 pulak, ada 2 orang minah ni berseluar capri dan berbaju tshirt yang kalo ko angkat ketiak sikit je dah nampak dah bulu kena tegur dengan lecturer (aku rasa lecturer sebab dia berani tegur minah ni, kalo harap pengawas lain mesti buat dekkk je ni). minah-minah tu kena marah dan kena amik nama. kalo ikutkan boleh kena usir takleh amik exam. macam ni la sepatutnye kena kat minah-legging-hijau (takyah klik, takde link pon) tuuuuuu... takde etika berpakaian langsung!
 




ekspresi mentelaah past years paper.
so far, sem ni soklan banyak yang ulang balik. tapinyeeeeeee...aku asyik tak cukup masa. boleh tak 3 jam tu up jadi 4 jam? harap-harap betol la apa yang aku merepek dalam kertas jawapan tu. nebesnye nak dapat result bulan dpn... T_______T




nampak dalam itu dewan? 
kejap lagi nak masuk dalam tu la. tapi ikut pintu bawah, bukan terjun ikut ini tingkap.
idda saja  menselit kat belakang aku sebab nak bagi efek kurus.
tak aciiiii...




 
haaaa...baru aci.
gambar dengan sarah takde sebab dia tangkap pakai henpon dia.

nampak celah ketiak idda tu?
kitorang exam kat zon C tu la.


semalam terima berita baik.
aku berjaya dapat PBU daripada JPA setelah direjek tahun lepas sebab tak cukup perkhidmatan.
alhamdulillah. (:

Tuesday, November 9, 2010

Kalau berpacaran

Monday, November 1, 2010

Mencari Identiti Blogger

Semua orang takda kat opis sekarang. Aku la rajaaaaaaa...(motif???)

So boleh la mensiapkan tag dari Miss Chekleen yang dah berkepam dalam draft nih.

 

Tag tersebut berbunyik begini, “Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you”.

 

Ni kalau aku buat panjang-panjang mahu 3 hari baru siap. Bagi senang korang nak faham, aku bagi fakta-fakta yang senang nak ingat je...;p

 

1. Nama sebenar Yat.

2. Asal usul nama Nkara adalah diambil dari cerita Beastmaster.

3. Teman ni orang Perak.

4. Anak nombor 6 dari 9 orang adik-beradik.

5. Single but not available.

6. Umur dah nak masuk kategori lanjut usia. Tapi ada aku kisahhhh...HAHA.

7. Berat - 65kg...gila berat okkk. Haih.. (nak kena kurangkan 10kg baru cun)

8. Suka tengok citer Korea alih bahasa Melayu kat Animax setiap Rabu sampai Jumaat.

9. Selalu berangan nak kulit licin bak porselin macam artis Korea yang nyanyi tergedik-gedik kat Life Power Music.

10. Tak suka aircond. Sejukkkk...

11. Suka pakai kasut tumit tinggi sebab nak bajet model tapi model berbadan ..... Ahhhh tolong jangan kecikkan hati sendiri. ):

12. Tengah belajar pakai bulus mata palsu. KehKehKeh...

13. Sambung belajar sambil bekerja. Sungguh seksa nak menunggu setahun lagiiiii...

14. Tengah gigih nak menkurangkan lebihan lemak di perut, vontot dan peha.

15. Suka makan tomyam campur, tomyam ayam, tomyam seafood, tomyam dengan nasik, mihun tomyam, ketiau tomyam...blah blah blah...

16. Bab masak tak terer tapiiii bab makan TERsangatttt tererrrr...

17. Suka pergi Jusco walaupun sekadar tengok-tengok je. (4 Nov ni ada JCard Members Day kat Jusco Cheras Selatan woi!!!!)

18. Tak suka orang dari Republik Rakyat ...................

19. Kalau pergi kerja suka pakai baju kurung sebab boleh tutup lemak kat celah-celah pinggang. Uh! Dah lama tak pakai kebaya. Sad...

20. Suka beli kasut tapi selalu pakai kasut yang sama je. Yang lain simpan buat harta karun. LOL

21. Suka tengok orang berfesyen tapi malu nak buat sebab rasa diri huduh dan gemoks. So takde konfiden. Sigh. Why ha?

22. Ada sesiapa nak transform saya jadik cantik tak????

23. Susah nak carik seluar/ jeans yang berkenan dengan bentuk pir saya. Ingat nak try Levi’s Curve tapi kena kumpul duit dulu. T____T

24. Exam tinggal 3paper lagi so....

25. Tak reti-reti nak stop berbeloging dan stadi keeeeee??????

 

Ok ok... Kita sambung minggu depan pulak.

Aku akan mula bercuti stadi dan exam selama seminggu mulai besok. Eh ada ke orang nak tau??? HAHAHA...

Kot-kot la ada sesiapa yang pelik kenapa aku tak jenguk belog korang tu... bukan aku dah pencen berbeloging ke ape. Tengah busy sangat sekarang ni. Dengan kejenya, dengan stadinya. Ini semua untuk masa depan tauuuu...

 

Doakan aku tauuuuuu!!!!