Sunday, October 3, 2010

Walk on wings, tread in air

Khamis lepas aku ada order makaroni dan lasagna dari seseorang yang agak fofular. Artis kah? Ye, agak fofular macam artis jugak tapi dalam versi dunia blogger. So, petang jumaat tu aku pergi amik sendiri sebab dia dah bagitau no delivery. Ok takde hal. Lagipun kawasan tu agak familiar, masuk tol terus sampai.

Actually agak nebes ok nak jugak akak ni. Maklum la aku ni blogger kecil-kecilan je. Macam tak setaraf je nak jumpa dengan blogger otai macam dia ni. Sepanjang perjalanan nak ke rumah dia, berdebar okkkk. 1st time jumpa bakal mak mentua hari tu pun tak macam ni. HAHAHAHA.



Sesapa yang selalu folow belog walk on wings, tread in air mesti tau siapa kah gerangan wanita ini. Dalam sehari je trafik dekat 4-5ribu okkkkk. Bestnya kalo dapat trafik camni kan?

Kecik molek je orangnya. Kulit hitam manis. Tapi takde le hitam sangat macam yang selalu dia cakap dalam belog tu pon. Biasa-biasa je... Dengan muka tidak malunya aku mintak izin nak tangkap gambar dia. Alang-alang dah sampai kan? Rugi woo kalo takde bukti.



Nak bagi bukti lagi kukuh???
Tuuuu diaaaaa...
Agak selebet muka aku. Tak sempat nak basuh muka lepas senam robik.
Time datang ni, aku jumpa Kak Di je. En Wan dengan Redza ada kat tingkat atas. Jumpa pon tak lama, amik barang, sembang kejap pastu balik. Lagipon dah petang sangat, segan jugak nak lama-lama dengan orang yang baru kenal walaupon bersembang dengan Kak Di macam rasa dah kenal lama. Takpe lain kali order lagi pastu sambung sembang balik. boleh?



Rupa paras makaroni.



Ini pulak rupa paras lasagna.

Yang lasagna tu sampai je rumah aku dah perabihkan. Tak dan nak perangat balik. Takde microwave sebenarnya. HEHE.. Makaroni aku rasa sikit je pastu besok pagi bawak pergi opis. Perangat dalam microwave kat opis. Berbau satu opis kau. Pastu buat-buat taktau bila orang tanya. 

Sesapa yang nak rasa, sila order pada Kak Di okk. Sodappppp...

4 comments:

@rtzam said...

emm..mesti sedapkan,suke lasagna..nak orderlah..
_____________________________________
Recent Post:Free Badge Tak Nak Merokok

Gayahspears said...

sedap..nk try la..

qistinasafiah said...

nak cikit!

wah, banyaknya aunty order, kata mau diet! :D

green apple said...

agak kelabu okkkk muka akak..


eh bukan agak kelabu..memang kelabu!