Wednesday, October 13, 2010

Siaran Secara Langsung Ucapan Bajet 2011 melalui Portal Perbendaharaan Malaysia

Pembentangan Bajet 2011 oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan pada 15 Oktober 2010 (Jumaat) jam 4.00 petang.

 

Selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2011 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Perbendaharaan Pembentangan Bajet 2011.  Ini bagi memudahkan pengguna-pengguna internet mengikuti siaran langsung Ucapan Bajet 2011 berkenaan.  Siaran langsung ini boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my

 

Teks Ucapan Bajet 2011 dan Laporan Ekonomi 2010/2011 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejurus selepas Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Bajet 2011.  Selain dari itu Bajet 2011 boleh diakses melalui:

 

 Mobile Web -  www.treasury.gov.my/bajetmobile

Pautan RSS - www.treasury.gov.my/bajet2011rss.xml

 

Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

Kastam Di Raja Malaysia - http://www.customs.gov.my

Bank Negara Malaysia - http://www.bnm.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti - http://www.sc.com.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri - http://www.hasil.gov.my

 

 

 

p/s: Info dari emel opis… Berdoa lah kot-kot ada ‘habuan’ untuk kita… HEHEHE…

 

3 comments:

qistinasafiah said...

wah, macam baca surat khabar pula :P

qistinasafiah said...

wah, macam baca surat khabar pula :P

nkara said...

hehehehe...
penting ni..kot-kot dapat bonus..