Friday, October 15, 2010

Setiaku di sini

Dah macam tajuk lagu la pulak kan? Tapi lagu apa ye... tak hingat la pulak.

 

Macam mana pembentangan bajet 2011 tadi? Aku tengah menunggu pukul 6 nak download teks ucapan bajet tadi. Mana tau masuk exam Malaysia Economy 7haribulan ni masak aku jadinya. So kena ada la sikit pengetahuan tu ye tak? Antara yang best-best aku dengar, cuti bersalin dah diluluskan 90 hari (oh tak sabarrrrr...), cukai import dikurangkan so sama-sama lah kita menjana ekonomi negara... boleh beli perfume banyak-banyak (ni kawan aku cakap), bantuan khas kewangan untuk orang gomen RM500 sahaja (alhamdulillahhh..), PTK dimansuhkan mulai Jun 2011 dan digantikan dengan satu kaedah or penilaian yang lain and so on...

 

Ok habis bajet 2011, sambung ‘setiaku di sini’ pulak... ;P

 

Gambar kat atas tu takda kena mengena dengan bajet tadi tapi ada kena dengan tajuk syahdu aku ni. Antara minah-minah di atas, tinggal aku seorang je masih setia di opis ni. Yang lain semua dah keluar ke opis lain. Syahdu ni petang ni sebab... eh lupa nak kenalkan aweks-aweks di atas tu. Dari kiri belakang tu, Linda dan Suhaila. Kiri depan pulak, Nadia, aku dan Sue. Ni gambar kitorang masa tahun 2007 kalau tak silap aku. Time tu semua bujang trang tang tang lagi kecuali si Suhaila tu dah beranak 2 dan Sue time nih tengah pregnant anak pertama. Hari ni, Sue pergi meninggalkan aku... bukan meninggal mati lahhhh tapi bertukar ke opis lain. Sedih okkk...

 

So hari ni aku nak membebel pasal kawan-kawan kesayangan aku ni. Tanda aku sentiasa mengingati korang semua...ecewahhh bluwekkk... :)

 

Suhaila

Aku kenal dia tahun 2006, dia masuk beberapa bulan lepas aku. Time tu dia tengah pregnant anak kedua. Agaknya korang perasan kot rupa dia ni...nama dia tengah melonjak naik dalam dunia pem-belog-an ni. Sapa tak kenal Sumijelly (http://sumijelly.com/) kan? Dia naik pangkat dan bertukar ke Tourism tahun 2008. Alih-alih tukar sana pregnant pulak anak ketiga. Sungguh produktif okkk... asal tukar opis je pregnant...ni bajet 2011 dah luluskan 90hari cuti bersalin ni boleh la pregnant anak keempat pulak ye tak? Walaupon dah tukar opis, dia ni still rajin kontek-kontek kawan-kawan kat sini especially aku.. sampaikan ada yang pelik sebab dulu aku dengan Sumi ni sangat suka bergaduh. Gaduh-gaduh sayang..HAHAHA... Memang aku salute la kat dia kalau bab-bab bertanya khabar kawan-kawan ni. Nak harapkan aku telepon jangan lah diharap sangattttt... Haihhhh...

 

Nadia

Lepas Sumi tukar, Nadia aka Kecik pulak tukar sebab naik pangkat jugak. Murah rezeki dorang kan? Aku suka panggil dia Kecik sebab dia kecik (mentang-mentang la beso kan...) HAHAHA... Dia tukar hujung 2008 jugak kalau tak salah aku or awal 2009...kurang pasti. Pandai masak si budak kecik ni. Nak-nak ikan patin masak tempoyak...memang melelehhhhh. Hujung bulan ni bakal melangsungkan perkawenan. Menu utama ikan patin masak tempoyak. Perggghhhh..wajib pergi okkkkk!!!

 

Linda

Orang pertama yang aku kenal dan rapat kat opis. Umah kitorang pun dulu kebetulan satu blok tapi lain pintu. So acara berkongsi kereta amat dipraktikkan. Yang jadik drivernya mesti lah aku kan tapi bawak kereta dia. Nasib baik kereta kecik dan auto. Senanggggg sangatttt... Dia baru tukar ke utara tanah air bulan 6 lepas. Lepas kawen kena ikut suami. So terpaksa lah melupakan keseronokan kota KL lepas ni ye Linda. Banyakkan bersabar..HAHAHA.. Jangan taktau lepas dok sana terus terer masak. Syabas bete! Oh ye...Linda boleh ditemui di sini à http://babylis-mzlinda.blogspot.com/

 

Sue

Today is her last day, next week lapor diri ke Wisma Putra. Wahhh..seronok gila dapat chance pergi obesea kan? Jeles okkk jelessss... Tapi takpa..kot-kot ada rezeki kang aku nak apply jugak lah. Mana tau rezeki aku kan.. amin cepat! HAHAHA... Lepas bos naik pangkat, dia pon kena tukar department lain jugak ikut bos. Nama pon PA bos kan? So kena lah folow walaupon hati tu tak rela... Paling aku suka, tiap tahun dia mesti buat openhouse raya. So sebagai tetamu jemputan memang aku akan dok kat umah dia dari pagi sampai petang. Dah macam tuan umah pulak lagaknya. Satu lagi alasan... makanan tak abis aku tapau bawak balik. HEHEHE...

 

Huurrmmm.. Last-last aku jugak yang dok setia kat sini. Aku kena bertahan sampai habis stadi. So nak tanak kena sabarrrrr... Sejak kawan-kawan baik aku ni takda..memang rasa sunyi sikit tapi biasa lah kan...kawan datang, kawan pergi...kawan-kawan lain ramai lagi. Betul ke????

 

7 comments:

Ramdan said...

tuan umah mcm sedey je...lex le....
telepon lah kwn2 tu....

fendi_scropio said...

salam..yg mane ssatuu..heheh

CiK QiQi said...

HHehe..bese le tu kn...masing2 punye rzki..hehehhe

nnt de lg kwn bru yg lbei happening

qistinasafiah said...

Setiaku di sini lagu ziana zain lah aunty..hehehe

Berpisah tu adatlah kan..tapi zaman sudah canggih, boleh 3g je..hehehe

miss chekleen said...

nkaraaaaaa!!!!!
anda ditag..
sila buat..ehehe

http://misschekleen.blogspot.com/2010/10/tag-mencari-identiti-blogger-bernama.html

nkara said...

ramdan,
tepon memang tepon...
tapi tak sama bila sembang tengok muka.. ;(

fendi,
ada tu haa...
pilih pilih..hehe

cik qiqi,
btol..
rezeki masing2..
insyaAllah nanti rezeki kita pulak kan...

nkara said...

nina,
wahh..nina terer lah...
3G ke?
okeh2 nnt aunty kol 3G pulak..hehe

miss chekleen,
okeh bebeh..
i hutang u okkk...hehe