Wednesday, October 27, 2010

Kisah Ferarri, Evo10 & Kelisa

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa biru tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada seorang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datanglah sebuah kereta evo10 berhenti di sebelah kelisa tu tadi.

"Ada apa ni pakcik? Kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

 

"Aah..rosak." jawap pakcik tu simple aje...

"Ok, cam ni…saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" kata mamat ni bagi idea.

"Worrait gak tu. Tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik..." mamat ni pun ikatlah tali kat kereta kelisa di depan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanlah dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat ni laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo10. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari ni...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi high beam bagai nak rak. Mamat evo10 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommmmmmm......berdesup peginye...

 

“Ini dah lebih speed limit ni...” kate polis ni. “Cecah 250kmj memasing ni...”

 

Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju ni...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa biru tengah cucuk angin evo10 tu dan bagi hon dan high beam nak potong!!!"

9 comments:

Akma Azlin said...

salam.waaah! lawak cite ni..
Hi, followed ur blog.singgahlah ke blog i!

Fara Dee Dilah said...

cian pkcik tu..xpsl2..hahha

Nasir Bravo said...

kelisa cucuk angin evo 10 n ferrari,,,polis fenin nie,,hahaha
Ibu Bohong Kita

Kuman Chaos said...

ahhaha..
aku nak kelisa tu la ahhhaha
kesian pakcik tu
kuman "18SX??.." Entry

Kingcappati said...

dasyat2.....kena mintak petua ngn pakcik kelisa tu...hebat....bleh cucuk Evo10.....hehehehe..

Cik Cyida said...

hahahahaaaa...

blh pulok kelisa kena speed trap sekali.. kesian pacik tu!

Nur-Za Marlyana Mohd Kamal said...

yg kelisa tu x bole blah ! hahaha

Amirrah Zawani said...

hahaha!!!
kelakar siot..
kesian pak cik tu.. x pasal2 kena..

qistinasafiah said...

hehehe kelakar!